Rabu, 28 Julai 2010

sedarkan diri dari mimpi yang panjang....

kenapa ye dengan hatiku ini,
salahkah pertuturanku,
salahkah percakapanku,
salahkah pertimbanganku,
untuk mendapatkan sesuatu kita kena korbankan sesuatu,
tapi dalam nak korbankan sesuatu tu pasti ada yang akan terasa..

aku x berniat nak lukakan hati sesiapa
aku x berniat nak mempergunakan sesiapa
aku x berniat nak mengambil kesempatan atas apa yang ada,
aku x berniat nak mengetuk hati kalian..

kenapa ye dengan hatiku kini,
semakin cepat terasa pula dia,
semakin manjakah dia,
semakin lupa kah dia pada pengalaman yang lama,
semakin mencuba semakin bnyk pula salahnya,

kenape ye dengan hatiku ini,
terasa bagai di asak-asak,
terasa bagai tersekat-sekat,
terasa bagai bertolak-tolak,

hatiku kini menjadi berbelah bahagi,
antara KAU dan DIA,
yang mana satu untukku pilih,
itulah masalahnya,, aku tiada pilihan lagi,

KAU dan DIA harus ku manjakan
KAU dan DIA harus ku belaikan,
KAU dan DIA harus ku utamakan,
KAU dan DIA sudah mula menjadi sebuah rutin harian kehidupan,

semakin alpakah aku??
semakin lekakah aku??
semakin lalaikah aku??

berilah aku jawapan yang pasti wahai hati...
berilah aku ketengan yang diredhoi ...
berilah aku peluang meperbaiki diri...
berilah aku waktu untuk saling mengenali...
berilah aku kesempatan memuhasabah diri...

maafkan aku andai terlanjur kata,
maafkan aku andai terlepas bicara,
maafkan aku andai terleka seketika,
maafkan aku!!!!!!!!!!!!

kembalilah!!!!!!!!
kembalilah !!!!!!!!
keyakinanku...
marilah berada disisiku.....

jika dahulu.. gelak tawamu disusuli tawa riangku..
jika dahulu.. senyumanmu diikuti dengan seri di wajahku..
jika dahulu.. teguranmu menjadi pedoman dalam hidupku..
jika dahulu... pertemuan denganmu menjadi impian dalam hidupku....

ohhhh rintihnya hati ini,,,

wahai sahabat disisi,,
kejutkanlah aku dari tidur yang panjang,,
sedarkanlah aku dari mimpi bukan kenyataan..
pimpinlah aku dengan memegang tangan..
pimpinlah aku dengan memegang tangan...
pimpinlah aku dengan memegang tangan...

aku takut berada disini,,
aku takut aku keseorangan...
aku takut tercicir dari landasan...

ya Ilahi...
tetapkanlah hati hambamu ini...
jauhilah aku dari sebarang prasangka buruk..
jauhilah aku dari segala umpatan yang keji,,
peliharalah akhlakku..tutur bicaraku
peliharalah HATIKU...

Ahad, 25 Julai 2010

Masa yang terlalu Anjal...

aku pernah mendengar secebis kata- kata daripada seseorang tentang keanjalan masa...pada mulanya aku menerima yang.. kadang-kadang kita kena bersedia dengan sebarang kemungkinan terutamanya yang berkaitan dengan masa.. kerana tidak semua yang hendak kita lakukan dapat dilaksanakan tepat pada waktunya... tapi....keadaan yang berlaku membuatkanku terfikir semula... kadang-kadang keanjalan masa tersebut boleh melekakan dan melalaikan... bukannya aku tidak bersetuju dengan pendapat itu cuma.. padaku mungkin keanjalan itu perlu dilihat pada tempatnya.. hmmm.. jangan terlalu anjal dan fleksibel... sampaikan masa kita membazir tanpa kita sedarinya...

demi masa....
sesungguhnya manusia kerugian
melainkan yang beriman dan beramal soleh....

Khamis, 22 Julai 2010

Who is she????


sudah lama kiranya aku tidak meneruskan coretan
dek kerana kesibukan berkuliah...
hmm mencabar ya jadual kuliahku pada kali ini..
sedar tidak sedar dah 2 minggu aku berkuliah di proton city ..
satu tempat yang menarik,,cantik..
tapi kadang2 aku merasakan seolah-olah tidak sanggup untuk ku teruskan jihad ini...
mehnah dan tribulasi..
bermula daripada terbitnya matahari..
sehingga tenggelamnya mentari..
hmm baru sedikit ujian Allah lontarkan..
aku sebagai hamba yang hina sudah tidak mampu menguruskan..
Ya Allah..
apakah aku sedang mengharunginya...
tabah dan teruskanlah..

suka untuk aku berkongsi tentang ragam manusia...
aku juga insan biasa yang tidak lari daripada segala kekurangan..
dalam proses mengenali dan memahami
banyak benda atau perkara baru yang akan kita temui...
bak kata pepatah TAK KENAL MAKA TAK CINTA...
bila dah kenal tau lah ragam sebenarnya.. huhu..

aku sebenarnya cuba belajar..
berkomunikasi dengan baik..
aku cuba untuk bertindak rasional..
aku cuba belajar tentang orang lain..
tapi kadang-kadang terjadi juga diriku yang sebenar hehe..
for me its ok if I try to be da best for the others..

but i.m really like to.. see her..
for me she is da best..
eventhough i'm trying to act as her..
but it didnt change.. anything...
she is always smiling...
she is always in a positive thinking..
she is always happy and cheerful..
she never say anything that can make the other person sad..
she is always there to listen our problems.
you are the precious gift from Allah...
thanks to Allah for giving me this opportunity..

to meet and see you..


she-- she-- and-- she....

terima kasih kerana hadir disisi tatkala aku mula melangkah..
terima kasih kerana tidak membiarkan aku melangkah seorang diri..
terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia..
terima kasih kerana sentiasa ada ketika aku memerlukan mu..
terima kasih kerana sudi mendengar luahan rasa..
terima kasih untuk segalanya...

"INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG"

* maaf jika terdapat kesalahan nahu.. :)

Rabu, 14 Julai 2010

The Road not Taken...

Hari Ini Ku Ingin Berkongsi Tentang The Road Not Taken...
Aku Melangkah Ke Alam Universiti Dengan Semangat Yang Berkobar-Kobar..Begitu Juga Sahabat Di Sekelilingku.. Pilihan Utama Kita Ke Universiti Adalah Untuk Meneruskan Perjalanan Menuntut Ilmu.. Menuntut Ilmu Bukan Perkara Yang Mudah Seperti Yang Kita Bayangkan.. Andaikata Kita Tersalah Langkah Maka Kita Akan Rebah..

Bercakap Tentang Jalan Yang Tidak Diambil.. (The Road Not Taken)
Dalam Hidup Kita Ini... Banyak Pilihan Yang Ditawarkan..
Pelbagai Perkara Yang Memerlukan Kita Membuat Keputusan...

Contohnya Tentang Jalan..
Ada Jalan Yang Berliku-Liku..
Ada Jalan Yang Lurus...
Ada Jalan Yang Penuh Dengan Kerosakan..
Ada Jalan Yang Selesa Untuk Kita Gunakan...
Ada Jalan Yang Berlumpur..
Ada Juga Jalan Yang Ber..Tar...

Secara Tidak Sedar Aku Juga Sedang Meniti Jalan-Jalan Kehidupan..
Corak Jalan Yang Aku Lalui Adalah Pilihan Aku Sendiri...
Keindahan Pengalaman Di Jalan Ini.... Juga Ku Rasai...
Kepahitan Dalam Mengharungi Jalan Ini... Juga Ku Redhoi..
Inilah Ketetapan Yang Ditentukan Ilahi...

Kadang-Kadang Aku Terfikir...
Apakah Ini Yang Terbaik Untukku..
Apakah Ini Yang Telah Ditetapkan Buatku...
Aku Harus Sedar Yang Jalan Ini Aku Yang Pilih..
Maka Aku Harus Meneruskannya...

Buat Sahabat Yang Membaca Coretan Ini..
Tentukanlah Jalan Kehidupan Kalian
Pilihlah Yang Terbaik Untuk Diri Kalian..
Jangan Menyesal Dan Mengalah Dengan Apa Yang Telah Kalian Tentukan..
Teruskan Dengan Redho... Dan Sabar..


"ingatlah..
Allah tidak akan membebankan hambanya..
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
."

Ahad, 4 Julai 2010

CAKAP: Amalan Gambaran Hati..


Apabila kita lupa Allah, apa saja dibuat dalam hidup serba tak kenaADA frasa menyebut antara maknanya: 'Sesiapa yang banyak ingat sesuatu, dia akan banyak menyebut yang diingatinya'. Contohnya remaja, kalau dia ingat kerja, selepas tamat pengajian mereka akan mencari pekerjaan sesuai dengan kelulusan bagi membantu menyara kehidupan diri serta keluarga.

Mereka akan banyak bercakap berkenaan kerja, jenis serta gaji. Orang miskin pula apabila kekurangan belanja akan memikirkan bagaimana untuk mengatasinya. Orang kaya dan berharta sentiasa membayangkan harta dan kekayaannya. Mereka akan bercakap soal projek dan bagaimana mengatur strategi bagi menambah kekayaan.

Seorang pendakwah fikirannya sentiasa berlegar terhadap masalah umat dan cara memperbaiki serta menyampaikannya. Mereka sentiasa berbicara bagaimana dakwahnya boleh sampai ke telinga mereka yang masih tidak dapat menerimanya.


Seorang yang sentiasa hidup memburu nafsu akan mencari kawan sealiran dengan mereka untuk berseronok. Seorang yang sedang bercinta akan suka bercakap dengan kekasihnya hingga ia terbawa-bawa di dalam mimpi disebabkan terlalu banyak mengingatinya.

Apa yang kita cakap dan lakukan selama ini mencerminkan apa yang ada di dalam hati kita. Apa yang diutarakan ini nampak seperti berbelit-belit tetapi sebenarnya yang lebih ditakuti, jika kita terbelit dengan fikiran dan tindakan yang tidak berasaskan ingatan terhadap Allah s.w.t. Kita banyak berfikir terhadap hal keduniaan tetapi kita tidak berapa mengingati kepada yang lebih agung iaitu Allah yang mencipta seluruh kejadian di muka bumi ini. Kita banyak memikirkan ciptaan Allah s.w.t tetapi kita lupa kepada penciptanya.


ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah

Kalau kita bercakap pun kurang, apatah lagi amalan kita. Kalau yang kita cakap itu pun belum tentu dibuat, apatah lagi yang tidak bercakap langsung, malah lebih parah terlintas di fikiran pun tidak.
Bayangkan kalau tidak terlintas sedikit pun mahu melaksanakan perintah beribadat, bersyukur, berzikir serta memperjuangkan kalimah Allah. Itulah yang membawa kepada segala gejala. Sebenarnya gejala sosial bermula apabila kita 'bermasalah' dengan Allah.

Pendek kata, punca segala yang tidak kena dengan kehidupan kita apabila kita melupakan Allah s.w.t. Kalau menyebut pun sudah jarang-jarang, bagaimana pula hendak berjuang serta mempertahankannya? Dalam suasana orang kita bercakap polemik kalimah Allah ditulis di gereja, sebahagian kita baru tersentak yang mana satu betul. Masa ini baru hendak ambil pusing nama Allah yang dulunya banyak 'terpusing' dengan putaran dunia. Solat dan zakat serta haji entah ke mana, malah semuanya tidak ke mana. Kita bukan hanya perlu memperjuangkan kalimah Allah s.w.t yang Maha Agung semata-mata tetapi hendak hidup dan mati dengan 'skrip' Allah melalui al-Quran dan hadis.

Apa ertinya kita pertahankan nama Allah tetapi hidup menyusahkan Islam dan membuat fitnah terhadap agama gara-gara perilaku kita.

Sama juga kita bermati-matian mempertahankan identiti seorang mualaf yang mati supaya dikebumikan di kubur orang Islam. Tetapi ketika hidupnya, kita tidak prihatin untuk menyampaikan dakwah dan tidak ambil tahu kehidupan agamanya.

Kita berdoa semoga Allah s.w.t memberi kekuatan serta petunjuk kepada pemimpin dan ulama supaya kita dapat menyelesaikan isu kalimah Allah yang hendak ditulis di gereja ini.
Sebagai penutup bicara, elok kita meneliti di peringkat mana hati dan ingatan kita terhadap Allah s.w.t agar selepas ini, kita lebih prihatin dengan keadaan umat Islam serta hubungan kita dengan Allah s.w.t.

Cuba perhatikan senarai berikut, di mana kedudukan kita?

1. Hati yang lalai kepada Allah.
2. Hati yang ingat Allah bila susah dan bermasalah.
3. Hati yang asyik dengan Allah.
4. Hati yang makrifat kepada Allah
Kedudukan hati di peringkat pertama dan kedua, kita belum selamat dan tidak boleh diharap menjadi penyelamat serta pembela kepada diri, keluarga serta masyarakat. Usahakan semoga kita dapat naik ke peringkat ketiga kerana pada peringkat itu kita mulai selamat dan menyelamat manakala peringkat keempat adalah peringkat pejuang serta pemenang dunia dan akhirat.