Jumaat, 18 Februari 2011

Untuk kedua kalinya...

Untuk kedua kalinya...

Aku terasa diriku bodoh dan diperbodohkan..

Ohh rupanya.. kau bertopengkan kata-kata hikmah yang penuh dengan kebaikan..

Haha.. baru ku sedar yang tidak semua manusia baik bicaranya ..

Aku terasa diriku lalai dan melalaikan..

Dek kerana kau datang memberi harapan...

Palsu dan semata-mata untuk menenangkan..

Ahh.. aku tak gentar dengan semua ugutan..

Apa kau tahu aku memiliki Tuhan..

Lagi hebat daripada makhluk ciptaan..

Kau hanyalah.. sekelumit di bumi Tuhan..

Apa kau berani datang bertemu denganku...??

Kemukakan kehendak kau satu persatu...

Katakan kepadaku

Apa kau berani berhadapan denganku..??

Aku ingin mendengarnya...

Katakanlah kepadaku...

Hahah aku tahu kau bukan orang yang sebegitu..

Sekadar datang membawa harapan palsu..

Dan mengganggu emosiku..

Lal u pergi ibarat angin yang menyapa sebentar di pipiku...

Hmm.. fikirlah wahai manusia..

Dalam hidup mengejar bahagia...

Jangan biarkan yang lain merana..

Fikirlah harapan ayah bonda...

Dan matlamat UTAMA..........

Alhamdulillah.. hilang sudah satu beban di minda....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan