Ahad, 20 Februari 2011

Pilihanraya raya Kampus

muslimat power

selamat pagi sahabat sahabat semua..
hmm camne dengan hari anda hari ini..
hari merupakan hari penentu pemilihan
majlis perwakilan pelajar
universiti pendidikan sultan idris..


jom kita keluar mengundi..
sama -samalah kita pilih
pemimpin yang boleh mewakilkan suara kita
pada masa akan datang...

jangan tersalah undi..
ayuh . mulakan langkah anda..
jangan hanya tnggu dan mengomel sahaja
lakukanlah kewajipan yang sepatutnya....


jom.. jom.. jom...
pilihlah yang layak..
jangan terpengaruh dengan usikan anasir luar...
buktikan mahasiswa berhak bersuara...

hidup! hidup! mahasiswa
bangkit ! bangkit ! mahsiswa...

SAYA SUDAH MENGUNDI...
ANDA BAGAIMANA?????

assalamualaikum/ salam/ akum/ askum?? mana yang sebenarnya???

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

http://www.facebook.com/album.php?fbid=203012433047808&id=100000171577437&aid=62375#!/profile.php?id=100000520752355

Jumaat, 18 Februari 2011

Untuk kedua kalinya...

Untuk kedua kalinya...

Aku terasa diriku bodoh dan diperbodohkan..

Ohh rupanya.. kau bertopengkan kata-kata hikmah yang penuh dengan kebaikan..

Haha.. baru ku sedar yang tidak semua manusia baik bicaranya ..

Aku terasa diriku lalai dan melalaikan..

Dek kerana kau datang memberi harapan...

Palsu dan semata-mata untuk menenangkan..

Ahh.. aku tak gentar dengan semua ugutan..

Apa kau tahu aku memiliki Tuhan..

Lagi hebat daripada makhluk ciptaan..

Kau hanyalah.. sekelumit di bumi Tuhan..

Apa kau berani datang bertemu denganku...??

Kemukakan kehendak kau satu persatu...

Katakan kepadaku

Apa kau berani berhadapan denganku..??

Aku ingin mendengarnya...

Katakanlah kepadaku...

Hahah aku tahu kau bukan orang yang sebegitu..

Sekadar datang membawa harapan palsu..

Dan mengganggu emosiku..

Lal u pergi ibarat angin yang menyapa sebentar di pipiku...

Hmm.. fikirlah wahai manusia..

Dalam hidup mengejar bahagia...

Jangan biarkan yang lain merana..

Fikirlah harapan ayah bonda...

Dan matlamat UTAMA..........

Alhamdulillah.. hilang sudah satu beban di minda....

Khamis, 17 Februari 2011

Maaflah....

Maaf itu susahkah??

Ok find just say sorry....

Susah jugak kah???

Itulah persepsi masyarakat kini...

Mempertahankan ego tidak bertepi..

Wow ada yang mengatakan...

Perkataan itu ibarat bermain api...

Benarkah... ???

Aku mempunyai pandangan sendiri...

Maaf itu ucapan yang menguji diri....

Kemampuan seseorang hamba memaafkan insan lain...

Layakkah kita untuk memarahi...

Sedangkan kita juga tidak terlepas dari diuji...

Hmm sama-samalah kita koreksi diri...

Lihat kelemahan diri dan saling memperbaiki..

Moga Tuhan sentiasa mengampuni....

Dunia khayalan vs dunia impian

Kenapa ya..??

Disaat aku memberi ruang..

Kau tidak menggunakannya...

Kenapa ya ..??

Disaat aku membuka laluan..

Kau tidak mengambil kebaikannya..

Kenapa ya..??

Disaat aku memberi jalan..

Kau tidak meluruskannya..

Kenapa ya..??

Kau dengan dunia khayalan yang kau ciptakan..

Aku dengan dunia impian yang aku gambarkan..

Khalayan dan impian.. mungkin boleh menjadi kenyataan..

Tapi alangkah ruginya andai kau terus dengan dunia khayalan...

Kerana ia tidak akan membawa sebarang perubahan..

Aku dengan dunia impian...

Dunia impian membawa gerakan...

Bukan statik dan tetap tanpa perjuangan...

Tapi mengorak langkah maju kehadapan...

Aku perlukan sokongan..

Untuk terus berdiri dan berlari..

Ke jalan yang aku impikan....

Ahad, 13 Februari 2011

arghhh..

arghhhh...
aku kehilangan...
ibarat
tangan ku patah...
kaki ku lumpuh..
badan ku lemah..
minda ku goyah..

arghhh..
aku kepenatan...
ibarat..
seekor kuda yang kelaparan..
berjalan-jalan dan hilang arah tujuan..
penat lalu berhenti di tengah jalan...

arghhh aku kesepian..
ibarat
unggas di celah-celah dahan..
belum kita pasti akan kewujudan..

arghhh..
aku kesedihan
ibarat
percikan air yang menjadi serpihan...
tidak memberi makna kepada manusia bernama insan...

arghh apa yan g harus aku lakukan??
fikiran buntu mencri jalan...

Ahad, 6 Februari 2011

Kau Bukan Pilihanku...

Laut hatiku sedang berkocak..

Laut hatiku sedang bergelora

Laut hatiku sedang berombak..

Laut hatiku sedang beralun..

Oh kapal perasaan ku kian tenggelam..

Oh nakhoda pengemudianku kian berubah arah..

Oh ya Tuhan..

Aku hilang arah tujuan..

Aku tercicir arah pedoman..

Aku tertinggal peganganku di tengah lautan...

Air laut menghempas pipiku perlahan-lahan..

Aku terasa dibuai..

Aku terasa dilamun angin yang beterbangan..

Aku kian.. jauh..

Matlamat pengemudianku kian tersasar...

Datanglah tsunami menghempas pipiku..

Barulah kusedar yang aku tertipu..

Dek godaan syaitan dan hawa nafsu...

Ya tuhan..

Jauhilah aku dari perasaan itu..

Aku takut aku lupa ibadah padaMu..

Aku takut...

Peganglah tanganku..

Aku terasa malu dan tertipu..

Aku bertaubat ya Tuhan

Aku terasa malu dan tertipu..

Aku terasa malu dan tertipu...

Aku seolah-olah menempah maut untuk diriku..

Soal hati dan perasaan ku tiada siapa yang tahu..

Aku rasa dipersendakan

Aku rasa aku adalah bahan gurauan

Aku rasa aku hanyalah sekadar mainan..

Aku rasa aku sekadar menjdi bualan...

Oh aku tidak sedar rupanya..

Yang ianya akan membuatkan aku jauh daripada tuhan..

Aku bukan bidadari yang kau harapkan..

Aku ialah mawar berduri yang telah dipagarkan..

Aku tidak mahu dinoda..

dek kumbang-kumbang yang berkeliaran...

tolong aku ya Tuhan...

jauhilah hatiku....

dek tergoda dengan gurauan syaitan...

Aku terasa ditertawakan....

Bolehkah jika aku......

Ingin salahkan semua manusia bernama insan...

Kerana tidak membimbing aku ke jalan Tuhan ...

Mengapa mengatakan diri muslimah acuan al-quran

Andai perbuatan dilaknat Tuhan..

Kau bukan pilihanku..

Tapi jika kau adalah pilihan aku..

Biarlah Tuhan yang jadi penentu...