hari ni dah masuk tahun 2013..
maka genaplah umurku 24 tahun
walaupun ada 7 hari lagi nak cukup..
(bezday aku 8 jan. hehe jgn lupa)
hmm bnyak target tahun 2013 nieh..
salah satunya termasuklah nak tukar status hehe..
aku harap segalanya berjalan dengan baik dan lancar..
moga Allah memberikan aku kesempatan utk memperbaiki diri
dan menjadi yang terbaik dan solehah buat nya..
setiap tahun orang akan ckp nk renew diorang nya target tahun..
aku cam2 juga ker erk??
hmm.. x tahulah.. tapi apa y aku perasan
aku memang akan meletakkan sesuatu utk aku capai..
rasanya mang dr kecik lagi aku macam tu..
hmm then lau x dapat aku akn berusaha utk dpat juga..
walau apa jua jalannya..
tapi lau x dapat aku selalu fikir yang Allah tau semuanya yang terbaik utk aku..
target ataupun aim sangat penting dalam hidup..
sebabnya bg aku manusia nieh cepat lupa n berubah..
jadi kalau dia ada target atau impian nak dicapai..
maka dia akan bekerja ke arah itu..
n x dak lari jauh sangt dari landasan kehidupan yang dia nak..
contohnya:.. kalau kita target..
satu hari nak bca atleast 1 muka surat al-quran..
jadinya kita akan cuba utk melakukannya ke arah tu..
mungkin aku je macam tu..
hmm saja je nak ingatkan diri aku dan sahabat2 yang membaca post aku nieh..
jangan asyik nak letakkan target nak berjaya kat dunia ja..
ingat sama kita nie akan kembali ke mana?
so letakkan lah target utk diri anda dekatkan diri pada Allah..
jangan asyik fikir nak cari duit n nak kaya je..
kan lagi baik lau
kita cuba fikir nak kaya dengan ilmu Allah..
n nak kaya dengan amalan kepada dia..
tak salah kita nak letakkan apa2 target..
yang penting seimbang dunia dan akhirat..
jangan lupa kita di dunia sekejap je..
masa ni lah nak menanam pahala..
bukannnya nak menabur dosa..
hmm aku ckp nieh.. utk diri aku juga..
manusia kan pelupa..
jom kita tengok ayat kat bawah nieh: moga beri manfaat kepada sahabat sekalian.
Rabiah Al Adawiyah pernah berkata kepada Imam Sufian At Thauri:
Dirimu dan kehidupanmu adalah hari-hari yang tertentu, apabila berlalu satu hari, maka sebahagian dari dirimu telah hilang dan pergi, maka apabila sebahagian telah pergi maka sebahagian yang tinggal juga akan turut pergi, engkau amat mengetahui akan hal tersebut oleh itu perbanyakkanlah membuat amal yang soleh.
satu lagi masa tu sebenarnya berlalu dengan pantas.. kadang2 kita terleka..
dengan segala kegembiraan..
sedangkan pada ketika itu kita x sedar yang kita sedang diuji..
jadinya.. jom lah kita muhasabah diri
sejauh manakah amalan kita?
rasanya sampai sini sahaja saya nak kongsi sal tahun baru nie..
jangan alpa dan leka ye sahabat..
PEPATAH Arab menyebut, ‘Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.’