Bukan Bibir ini berbicara..
Namun Jiwa ini Berbahasa...
Setelah sekian lamanya aku meninggalkan laman kasih sayang ini..
baru ku sedar sudah hampir 5 bulan aku tidak mempedulikannya..
hmm kini aku kembali mewarnai laman ini supaya
rasa hatiku dapat disampaikan pada yang menatapnya...
banyak rahsia yang terbuku dihatiku..
terasa ingin ku luahkan satu persatu...
namun masa yang ada terbatas cuma..
membuatkan aku memilih untuk berbicara seadanya..
masa yang ada berlalu dengan pantas..
dalam keadaan sedar aku merasakan yang masaku kian tiba di penghujungnya..
memegang Title sebagai penuntut ISMP UPSI selama hampir 4 tahun.
banyak memberikan aku pengalaman yang tidak dapat ku lupakan..
rasanya seperti sebuah travelog perjalanan yang perlu dirakamkan..
supaya tidak hilang kemanisan dan keindahan dalam melaluinya..
dalam kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan semester akhir..
aku juga membuat persiapan untuk walimahku yang bakal kunjung tidak lama lagi..
hmm banyak cabaran yang perlu aku hadapi..
aku seolah-olah berperang dengan Hati dan Mindaku sendiri..
namun dengan bantuan dan kekuatan yang Allah berikan..
satu persatu urusanku disempurnakan.. alhamdulillah...
syukran Ya Rabb..
dalam tempoh permusafiranku di bumi Murabbi ini
tidak mampu untuk ku ungkapkan bertapa berharga dan bernilainya..
nikmat yang Allah berikan kepadaku.... terlalu banyak..
sehinggakan tidak mampu untuk ku catatkan semuanya..
nikmat paling utama yang aku rasakan ialah
nikmat hidup dalam jemaah.. Allahuakbar!!!
hidup dalam jemaah..
bersahabat dengan sahabat yang berpegang pada Quran dan Sunnah..
bersolat jemaah sesama sahabat.. Allah nikmat itu tidak boleh dilupakan..
aku dikejutkan sahabat untuk menunaikan solat subuh berjemaah..
sahabat sefikrah ini akan menunggu semua sahabatnya bersedia untuk berjemaah..
sabar.. tawadhuk.. tiada langsung perasaan amarah ketika menunggu..
dalam diam.. aku mengagumi sikap sahabat2 ku ini..
terlalu baik sehinggakan perbuatan mereka berjaya mengubah keinginanku..
sehinggakan mereka berjaya membuatkan aku ternanti2 saat menunaikan solat subuh
di teratak solehah ini.. sungguh indah suasana hening di subuh hari..
hidup dalam jemaah..
membuatkan aku sedar erti ukhwah yang dijadikan panji utama dalam perhubungan berlandaskan Islam..
teringat aku pada sabda Rasulullah:
" Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian
hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
bergetar jiwaku tika aku.. melihat sahabat2ku ditimpa musibah..
sungguh tersentuh dan sayu melihat keadaan mereka...
Ya Allah kau berikanlah kesembuhan kepada sahabt2ku ini.. ameen..
namun.. keadaan itu sekali lagi membuka mata hatiku
untuk melihat halawatul ukhwah fi jamaatul Islamiyah...
terpaku dan terfikir seketika...
indahnya punya sahabat yang sebegini..
hadirnya bukan hanya tika gembira malah tika berduka..
sahabat ini tetap setia menunggu dan menunggu di birai katil sahabatnya..
mendengar rintihan sahabatnya.. tidak ada ungkapan yang terluka dari bibirnya..
sabar dan terus menunggu sahabatnya sehingga sembuh..
aku terharu melihat keikhlasan hatinya..
syukran sahabat... memberikan aku kesempatan dalam menilai bertapa mulianya hati budimu..
terlalu indah qudwah yang kau pamerkan padaku..
terasa nikmat punya sahabat sepertimu..
hidup dalam berjemaah..
mengingatkan aku pada kepentingan berdakwah..
kepentingan menyampaikan sunnah Rasulullah..
kepentingan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah..
kepentingan dalam bergerak kerja menegakkan daulah Islamiyah..
selalu aku diingatkan oleh sahabat..
tika kaki ku terlalu malas untuk melangkah ke jalan dakwah..
tika diriku telalu berat untuk hadir ke lapangan ceramah..
tika hati ku timbul bibit bibit untuk berlengah-lengah untuk berusrah..
ada sahabt yang mengetuk semula pintu hatiku supaya berlapang dada..
katanya.. jika dahulu aku lah yang menjadi pemberi..
apa salahnya jika saat ini dia pula menjadi penyeri..
penyeri kepada pemberinya suatu tika dahulu..
dia mengingatkan aku pada kata-kataku dahulu..
tingkahnya seolah memberi suntikan semangat pada diriku..
yang semakin kelihatan pudar warnanya..
dia memberi kekuatan kepada ku saat aku terleka dengan duniaku..
terima kasih sahabat..
indahkan.. kehidupan dalam berjemaah..
aku terasa dihargai.. dan bersyukr kerana dipertemukan dengan
sahabat2 yang sebegini.. alhamdullilah..
moga ukhwah yang terbina ini tersimpul selamanya..
teruskan berjuang sahabat2..
doakan juga utk aku.. supaya sentiasa thabat di medan ini.. ameenn..
sekian..
catatan hati seorang insani..
Hati ini telah bersatu.. bersatu di perut bumimu.. Hati ini telah bersatu.. bersatu memikul beban dakwah Mu.. Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendokong syariatMu di alam maya..
Selasa, 14 Mei 2013
Sabtu, 9 Februari 2013
-Butterfly in my stomach-
Bismillahirrahmanirrahim..
Perasaan aku bercampur baur tika ini.
hatiku pula berdebar kencang sejak semalam
perutku pula mula meragam sejak pagi tadi
bagai ada seekor rama-rama yang sedang bebas beterbangan
(butterfly in my stomach)
Persoalan demi persolan menerkam mindaku..
aduhai mengapa sampai begini sekali keadaan diriku..
Aku sentiasa berdoa
moga Allah memberi kelapangan dalam pertemuan kali ini..
moga Allah memudahkan segala urusanku pada hari ini..
Jauhkanlah diriku daripada segala fitnah dunia..
Jauhkanlah diriku daripada menjadi tohmahan manusia..
Jauhkanlah diriku daripada tekaan dan tanggapan yang tiada asasnya..
Aku meletakkan harapan bahawa kali ini adalah yang terbaik..
untuk aku.. masa depanku.. keluargaku..hidup dan juga matiku..
Aku terus dan terus meletakkan keyakinan bahawa inilah yang terbaik buatku..
aku yakin dengan pemberianmu..
Ya Aku yakin..
Mungkin sukar untuk menjelaskan..
Mungkin payah untuk ku utarakan..
mungkin juga lidahku kelu untuk menceritakan..
namun aku yakin bahawa hikmahnya akan tersingkap jua..
moga aku memperoleh sesuatu dalam masa depanku..
aku yakin dengan percaturan yang Allah susun untukku..
maka aku redho dengan pilihan ibu bapaku..
ku pilih bahagia untuk mereka..
syukran ya Rabb..
Selasa, 1 Januari 2013
** 2013 **
hari ni dah masuk tahun 2013..
maka genaplah umurku 24 tahun
walaupun ada 7 hari lagi nak cukup..
(bezday aku 8 jan. hehe jgn lupa)
hmm bnyak target tahun 2013 nieh..
salah satunya termasuklah nak tukar status hehe..
aku harap segalanya berjalan dengan baik dan lancar..
moga Allah memberikan aku kesempatan utk memperbaiki diri
dan menjadi yang terbaik dan solehah buat nya..
setiap tahun orang akan ckp nk renew diorang nya target tahun..
aku cam2 juga ker erk??
hmm.. x tahulah.. tapi apa y aku perasan
aku memang akan meletakkan sesuatu utk aku capai..
rasanya mang dr kecik lagi aku macam tu..
hmm then lau x dapat aku akn berusaha utk dpat juga..
walau apa jua jalannya..
tapi lau x dapat aku selalu fikir yang Allah tau semuanya yang terbaik utk aku..
target ataupun aim sangat penting dalam hidup..
sebabnya bg aku manusia nieh cepat lupa n berubah..
jadi kalau dia ada target atau impian nak dicapai..
maka dia akan bekerja ke arah itu..
n x dak lari jauh sangt dari landasan kehidupan yang dia nak..
contohnya:.. kalau kita target..
satu hari nak bca atleast 1 muka surat al-quran..
jadinya kita akan cuba utk melakukannya ke arah tu..
mungkin aku je macam tu..
hmm saja je nak ingatkan diri aku dan sahabat2 yang membaca post aku nieh..
jangan asyik nak letakkan target nak berjaya kat dunia ja..
ingat sama kita nie akan kembali ke mana?
so letakkan lah target utk diri anda dekatkan diri pada Allah..
jangan asyik fikir nak cari duit n nak kaya je..
kan lagi baik lau
kita cuba fikir nak kaya dengan ilmu Allah..
n nak kaya dengan amalan kepada dia..
tak salah kita nak letakkan apa2 target..
yang penting seimbang dunia dan akhirat..
jangan lupa kita di dunia sekejap je..
masa ni lah nak menanam pahala..
bukannnya nak menabur dosa..
hmm aku ckp nieh.. utk diri aku juga..
manusia kan pelupa..
jom kita tengok ayat kat bawah nieh: moga beri manfaat kepada sahabat sekalian.
Rabiah Al Adawiyah pernah berkata kepada Imam Sufian At Thauri:
Dirimu dan kehidupanmu adalah hari-hari yang tertentu, apabila berlalu satu hari, maka sebahagian dari dirimu telah hilang dan pergi, maka apabila sebahagian telah pergi maka sebahagian yang tinggal juga akan turut pergi, engkau amat mengetahui akan hal tersebut oleh itu perbanyakkanlah membuat amal yang soleh.
satu lagi masa tu sebenarnya berlalu dengan pantas.. kadang2 kita terleka..
dengan segala kegembiraan..
sedangkan pada ketika itu kita x sedar yang kita sedang diuji..
jadinya.. jom lah kita muhasabah diri
sejauh manakah amalan kita?
sedangkan pada ketika itu kita x sedar yang kita sedang diuji..
jadinya.. jom lah kita muhasabah diri
sejauh manakah amalan kita?
rasanya sampai sini sahaja saya nak kongsi sal tahun baru nie..
jangan alpa dan leka ye sahabat..
jangan alpa dan leka ye sahabat..
PEPATAH Arab menyebut, ‘Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.’
Langgan:
Catatan (Atom)