Berhibur Tiada Salahnya
Kerna Hiburan Itu Indah
Hanya Pabila Salah Memilihnya
Membuat Kita Jadi Bersalah
Disini Kita
Berkumpul Bersama
Menyanyikan Lagu Yang Suci Indah
Alunan Pujian Kepada Allah
Alunan Selawat Kepada Rasul
Hiburkan Hati Yang Masih Gelisah
Ubati Hati Yang Terluka
Ikat Kembali Persahabatan
Dengan Iman Dan Kasih Sayang
Bersungguh Kita
Dalam Bekerja
Seperti Hidup Untuk Selamanya
Beramal Soleh Sebaiknya
Seolah Esok Sudah Tiada
Hati ini telah bersatu.. bersatu di perut bumimu.. Hati ini telah bersatu.. bersatu memikul beban dakwah Mu.. Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendokong syariatMu di alam maya..

Selasa, 29 Jun 2010
Berhibur Tiada Salahnya..
Jom kita Berperang Dengan..
" nape ko rasa ko tu bagus sangat ker?"
" ish kenapa lah x wat macam ni... kan aku dah pesan..."
Itu adalah antara istilah yang boleh menaikkan kemarahan mana-mana individu.. tidak terlepas juga diriku. mungkin bagi kalian tidak.. tapi bagi aku mungkin... YA mungkin TIDAK.. terpulang..
kerana masing-masing ada tanggapan tersendiri.. banyak orang bercakap tentang positive thinking tapi pada pendapat aku.. mustahil tidak tercetus walau sedikit.. tapi itu tidak bermakna kita boleh beranggapan buruk pada orang lain...
Bercakap tentang kemarahan ini aku teringat satu kisah.. yang selalu didengar daripada ustaz dan guru-guru.. berkenaan hebatnya Saidina Ali mengawal perasaannya. Dalam satu peperangan, ketika bertempur dengan seorang musuh, beliau punya kesempatan bagi menghapuskan riwayat musuh, tetapi tiba-tiba musuh meludah ke mukanya.Ketika mengangkat pedang untuk menetak musuh itu, tiba-tiba beliau berhenti seketika.
Lalu musuh bertanya: "Kenapa kamu tidak bunuh saja aku?" Beliau menjawab: "Aku tidak ingin membunuhmu kerana perasaan marahku. Marah kerana engkau meludah ke mukaku...berperang kerana agama adalah kebenaran, tetapi berperang kerana marah adalah kerana nafsu." ini bukannya hendak bercerita soal perang di medan jihad, tetapi adalah perang nafsu melawan panas baran. Lihat bagaimana hebatnya Saidina Ali mengendalikan perasaan beliau, walaupun berada dalam keadaan genting, beliau dapat membezakan antara tuntutan agama dan nafsu amarah. Hmmm
Tetiba aku terfikir... kita pula bagaimana? dapat ke kita kawal...? bagi aku mungkin sukar.? tapi biasanya kemarahanku x lama... fikirlah tentang kebaikan bila kita rasa tidak puas hati...
FIKIRLAH TENTANG KEBAIKAN..
nasihat utk diriku sendiri dan kalian..
Isnin, 28 Jun 2010
Selasa, 22 Jun 2010
Hati-Hati.. Melintas Jalan..
Keceriaan yang ku pendam kini menjengah kembali..
Kesulitan yang ku simpan kini berlayar pergi..
Kegembiraan yang datang membahagiakan insan disisi..
Aku bahagia.. aku gembira.. aku ceria.. dan aku suka..
Itulah yang ku cuba pancarkan sebenarnya...
Namun dalam semua ada yang kita perlu menjaga..
Jangan terlalu leka mengejar...
Jangan terlalu lalai memburu...
Jangan terlalu asyik memantau....
Takut kita tersasar...
Jauh daripada landasan sebenar..
Kelonggaran yang diberikan bukan untuk melalaikan..
Tapi sekadar untuk memudahkan..
Kelonggaran yang diberikan bukan untuk memudahkan..
Tapi cukup sekadar untuk berurusan..
Kelonggaran yang diberikan bukan untuk mengundang kemaksiatan...
tapi AWAS!!!
Kelonggaran itu bukan memberi ruang untuk mengambil kesempatan..
Duhai Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w Kebanggaan Siti Khadijah..
Berhati-hatilah....
Isnin, 21 Jun 2010
Siapakah pencetus corak kehidupan..??
Entah kenapa tiba-tiba teringat aku dekat kanak-kanak tadika di kampung malau.. ,,air jada,,... terlintas di fikiran.. siapakah pencetus corak kehidupan mereka..??? begitulah ..sebenarnya, aku ada mendengar pendapat seorang sahabat tentang pendidikan.. aku sendiri sebenarnya kurang pengetahuan tentang pendidikan walaupon professionku sendiri.. huhu..semuanya bermula daripada peringkat awal..ape-ape pon perlu bermula dari awal.. bila sudah meningkat dewasa.. bukan lagi untuk dilentur.. kanak-kanak ini lahir ibarat kain putih.. kita yang mulakan coraknya.. hitamkah ? hijaukah? birukah? orenkah? itu semua kita.. GURU.. satu perkataan yang tidak asing lagi dalam bidangku..... hakikatnya.. kitalah pencetusnya..
Secebis bicara hati..
Sabtu, 19 Jun 2010
ANDA PERNAH GALI LUBANG KE TAK?
kesibukan yang datang..
kesibukan yang datang..
kesibukan yang datang..
kesibukan yang datang..
dan
kesibukan yang datang
aku tanpa sedar mengharungi kehidupan baru..
ya yang itu..
aku tanpa sedar telah menemui sahabat baru..
sehari sebelum aku menulis cerita ini, aku menemui seorang insan di surau ar-Rasyidin.. teringat lagi persoalannya kepadaku:" macam mana dengan keputusan?" sekuntum senyuman ku hadiahkan kepadanya..ku teruskan bicara dengan menyoalnya kembali.. " bagaimana nak bahagikan masa.. ish takutnya nak hadapi semester depan"
satu rungkaian gelisah di dalam hati ku lontarkan..
" boleh.. mesti boleh.." satu jawapan yang ringkas diberikan..
dan terbit satu mutiara daripada.. kata-katanya.
itulah Akademik dan organisasi..
hmm tiba-tiba ku terfikir.. :
tak kisah lah nak gali berapa lubang pon yang penting..
JADI : " ANDA GALI BERAPA LUBANG????"
Selasa, 2 Mac 2010
Siapakah kita?

Teringat pesan ayahanda...
"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...
Peringatan buat diriku yang sering lupa........
Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah.
Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan
dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri.
Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik
sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...
Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???
Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal
dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf...
Dapatkah
kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.
Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang
tidak berilmu..
Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!!
Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.
Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ...
* kita yakin semua itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela
kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?
Siapa Kita????
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
Siapa kita....????
Rabu, 3 Februari 2010
Riadah Muhimmah fil Hayah...
saban hari.. kalimah Lughatul arabiah kian malap di minda.. aduhh sayangnya.. yang tinggal hanya cebisan- cebisan nya sahaja.. indah nya bahasa arab...
hmm.. kadang-kadang seolah ingin meraung..." kembalikan kehidupanku dulu..".. tapi itulah hakikatnya.. bagi yang sedang, masih dan akan mempelajari bahasa Arab teruskan dan jangan mudah putus asa.. jangan mengeluh... bahasa arab itu Bahasa Al-quran, bahasa Syurga..
tidakkah kita mahu mempelajari bahasa syurga?
ingat
MAN JADDA WAJADA...
MAN ZARA'A HASODA
Khamis, 14 Januari 2010
Wahai Kaum Hawa

Wahai hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana ana khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki...