Program Rakan Penggerak Ad-din(RPA) merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Pusat Islam Upsi bagi meningkatkan pembangunan diri mahasiswa di setiap kolej kediaman. Objektif utamanya ialah untuk memantapkan kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mahasiswa di samping menerapkan nilai dan membentuk sahsiah mahasiswa. Selain itu RPA juga bertujuan untuk melatih kemahiran berinteraksi, memberi pandangan dan menyelesaikan masalah dalam kumpulan serta mewujudkan budaya saling menasihati dalam kalangan pelajar.
Baru- baru ini RPA telan mengadakan program kepada para nuqaba' sesi semester 2 2009/2010. Alhamdulillah.. program tersebut sedikit sebanyak telah membantu nuqaba' dari pelbagai sudut. Selain daripada mendengar ceramah kami juga berpeluang mengeratkan ukhwah sesama nuqaba' melalui aktiviti sukan yang diadakan. Bagi muslimat kami bermain Kurratussalah (Bola jaring ) dan Kurratulyad (Bola tampar). Manakala Muslimin bermain Futsal.
Melalui aktiviti seperti ini maka dapat menambahkan lagi halawatul ukhwah (kemanisan ukhwah) sesama kami.. kami dapat mengenali antara satu sama lain.. dengan lebih dekat dan rapat.. alhamdulillah.. sesuailah dengan..
firman Allah dalam surah Al-Hujurat : 13 yang bermaksud
" Wahai manusia kami telah ciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal....."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan