Sabtu, 26 Disember 2009

Ziarah Sahabat

ana dan sakinah

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinnya dapatlah kita bertemu setelah sekian lama membawa haluan masing-masing.. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.aw. kerana dengan jerih payah baginda dapatlah kita semua umat Islam mengecapi dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah...


Atiqah, Fairuz, Fadila, Syakinah

Memang tidak sangka perkara yang dirancang selama ini akhirnya terlaksana jua. Berkat keikhlasan sahabat yang sekisas dengan ana (Atiqah, Fairuz, Syakinah & Fadila) menemani ana ke Teluk Intan sedikit sebanyak telah menghilangkan kegusaran yang bersarang dihati.. perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam .. memang penuh dengan keindahan .. tentang manisnya dalam bersahabat.. memang ana akui ana tidak pernah merasa kebosanan dan kesedihan mengharungi bahtera di upsi bersama sahabat seperjuangan...Walaupun ada di antara insan lain yang mempertikaikan tapi..... (fikirlah.. ) hmm manisnya.. sentiasa..


Syakinah, Sakinah, Fadila, Atiqah, Fairuz dan Ana..

Ni waktu dalam bilik kinah.. hmm tapi bila tengok balik macam dah tak dak tempat lain dah nak possing.. Unikkkan.. hmm. kalau skali pandang macam dok dalam bilik pengantin.. tapi bila dah dua kali pandang macam ..... bilik kinah lahh... :) Rasa seronok bila dapat bersama sahabat sefikrah.. terima kasih Allah.. kerana bagi ana jumpa.. apa yang sepatutnya di jumpai.. hehe... Kita ni sesama muslim kenalah saling ingat- mengingati antara satu sama lain..

Akhir Sekali.. ana rasa persahabatan @ ukhwah ini adalah.. sesuatu yang sukar untuk digambarkan... payah untuk ditafsirkan.. lihatlah dalam surah Al- Hujurat.. ayat 10.. Allah berfirman..

" sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan