Khamis, 24 Mac 2011

khas buat sahabat di sisiku

hatiku menjadi sayu..
pabila kulihat air matanya mengalir..

hatiku menjadi pilu..
pabila ku dengar rintihan hatinya..

hatiku menjadi kaku..
pabila ku pandang matanya..

insan yang tenang dan hatinya tidak pernah bergelora..
menjadi kekuatan aku dikala suka dan duka..

hari ini kulihat air matanya mengalir...
aku menjadi terkelu...
inginku bantu.. tapi aku tidak tahu..
kerana aku dan dia berada di persimpangan yang sama..

saling menderita..
perasaan bergelora silih berganti...

kenapa sahabat... janganlah begini..
ku perlukan ketenangan engkau yang dulu...
ku perlukan semangat engkau yang jitu..
ku perlukan kata-kata hikmah tulus dari hatimu...

tatkala kau mengalirkan air mata..
hatiku menjadi hiba..
tapi apakandaya aku sahabat..
aku masih setia.. bersama..
tapi kita tidak mampu mengubah segalanya..
kita perlu belajar menerima dengan redho..

kita kini berada di persimpangan..
dan kita sedang memilih jalan..
ayuh sahabat..
kita berpimpin tangan melangkah.. dengan penuh kepastian
dan dengan niat membawa pembaharuan..
ukhwah kita jadikan tonggak utama dalam perjuangan..
moga Allah memudahkan segala urusan..

hatiku menjadi hiba kembali..
tatkala ku dengar rintihan hatimu..
sahabat kau wanita bekerjaya yang adil dan saksama..

ku kenal dirimu wahai sahabatku..
ku sanggup menadah payung untukkmu..

andai payung itu bocor..
kita akan basah bersama..
mengahrungi badai- badai yang melanda..
biar duka mahupun lara..

sahabat..
kuatkanlah semangat..
kerana perjalanan kita masih jauh..
ingat... Allah datangkan ujian atas kemampuan setiap hambanya...
ku perlukan kau sahabat..
dalam meneruskan perjuangan...
kita harungi bersma..
moga Allah mendengar rintihan setiap hambanya....

1 ulasan:

  1. Allahuaknbar...
    Subhanallah...
    Moga hati2 kita sentiasa kuat dengan dugaan yang diberi ini..
    Mungkin ini rezeki kita sahabat...
    Hanya insan terpilih diantara yang dipilih...
    Moga Allah sentiasa bersama2 kita...
    InsyaAllah..
    Allahuama'ana...

    BalasPadam