Ahad, 30 Oktober 2011

Sinarnya.. datang tanpa kusedari..

malam ini aku berada dalam satu suasana yang sangat tenang..
dalam kesejukan hembusan angin "air-cond "
di Perpustakaan Negara Malaysia yang sangat mendamaikan..
di celah-celah kesulitan mendapatkan jaringan internet..
aku cuba mengeluarkan bait-bait kata utk dikongsi bersama..

dalam kelekaan tanganku menaip huruf-huruf di papan kekunci komputer
yang dipanggil sebagai dekstop bukan laptop..
tanganku terus dan leka membentuk perkataan...

fikiranku melayang jauh mengimbau detik-detik bermulanya program ini..
bukan calang-calang program yang aku pegang...
melibatkan bnyak institusi pengajian tinggi di sekitar utara..
entah apa yang Allah cuba sampaikan kpdku.. bilamana..
aku memegang mandat sebagai pengarah program ini..
tapi aku percaya ada hikmah disebalik semua ini..

pada mulanya hatiku terasa berbunga gembira..
kerana padaku inilah titik permulaan pengalamanku..
menguruskan program yang menjurus kepada bidang pengajaranku akan datang..
namun.. dalam cahaya yang terang .. dalam diam..datang pula ribut yang kelam..

argrghhhhhh....
terdengar jeritan suara hatiku yang tidak dapat dikeluarkan..
Allah... berikanlah aku kekuatan...
ribut yang datang membawa bencana dalam hatiku..
terasa bagai dirobek-robek..
dikorek-korek..disiat-siat..

Allaaaaaaaaaahhhhhhhhhhuuuakbarrr!!!
begini rupanya rasa sakit yang diinjak-injak..
begini rupanya rasa sakit pabila dihentak-hentak
begini rupanya rasa sakit bilamana hatiku memberontak..
tahan dan terus menahan..

biarlah..
KUATKAN KETAHANAN WAHAI HATI
KUATKAN KETAHANAN WAHAI EMOSI
KUATKAN KETAHANAN WAHAI DIRI..

terasa didiku ini tidak berguna.. pada yang lain..
terasa diriku ini tidak layak duduk sebaris dengan kalian..
terasa diriku ini tidak lagi dihiraukan..
apakah salah pada jawatan terbaru yang ku pegang???

"terasa serik pulak " kata hatiku..
tapi mindaku pula tidak berpendapat begitu..
mindaku kata.. "wah bagusnya.. disinlah tempat utk kau bermula
menyelami dan terus mengenali.."
hati pula tidak bersetuju..
kata hati " cukup lah sekali"
tapi hakikatnya.. ada benar kata pensyarahku..
" inilah pengalaman awak.. bila awak menjadi guru..
inilah yang akan bantu awak"..
bibirku mengungkap senyuman..
terkenang memori berkongsi rasa dengan pensyarahku...
terima kasih kerana memberi aku kesempatan ini.. :)

saat ini..
aku merasakan pengalaman itu memberi aku sesuatu..
selain mengetahui prosedur baru..
aku juga belajar menghadapi suasana
yang jarang hadir dalam hidupku..
ohh begini rupanya..
baru ku tahu yang...

tidak semua yang kita pandang cantikk.. di dalamya cantik
tidak semua yang kita pandang kemas.. didalamnya tersusun rapi..
tidak semua yang kita pandang ceria.. didalamnya gembira..
tidak semua yang kita pandang selesa.. didalamnya damai..
lihatlah pada realiti hidup kita sekarang.. sayang..

pandanganku dilempar jauh ke suatu sudut.. di hujung perpustakaan ini..
tenang.. lapang ... dan mendamaikan..
terima kasih Tuhan kerana memberi aku kesempatan ini..

syukur juga kerana ada kesempatan untuk aku mencoret rasa hati..
biarlah ia tertulis dan terkubur disini...
hatiku terasa ingin berehat..
sekian..

* terima kasih sudi membaca.. moga dptlah kita berkongsi rasa..
* hargailah segala yang ada.. jangan merungut x tentu hala..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan