Ahad, 30 Oktober 2011

Travelog Maraton Pembudayaan Puisi 1 Malaysia..

Travelog = catatan perjalanan

26/10/11 ( rabu)
usai menunaikan solat asar di "apartment" kolej..
ku mulakan langkah dengan semangat..
hati tekad utk menuntut ilmu..
bas menyusuri jalan "highway"
bergerak ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) jam 5 ptg..
tiba di perkarangan PNM sekitar jam 6.30 ptg
ku lemparkan pandangan ke luar jendela..
dapat dilihat keikhlasan penyambut setia di post Guard PNM
menerima kunjungan kami..
terseyum ceria.. memancarkan kedutan di wajah yang menggambarkan usia..
"excited" mengambil gambar di sekitar kawasan PNM
menunjukkan kegembiraan aku dan sahabt2ku..
hati terasa bahagia..
9.00 mlm teruskan perjalanan selepas perjalanan kami dilepaskan..
matlamat konvoi kali ini sesuai dengan tema programnya.. "maraton"
rakaman bacaan puis bermula..
ku mulakan langkah sebagai pemuisi dengan membaca sajak..
" BANGSAKU BANGSA MALAYSIA BERJAYA"

27/10/11 (khamis)
bas tiba-tiba tidak meneruskan perjalanannya..
membuatkan ku tersedar dari lamunan mimpi
aku menggosok-gosok mataku.. melihat kawasan sekeliling..
rupanya.. 6.00 pg tiba di hadapan masjid Alwi, Perlis..
tunaikan solat Subuh di masjid..Allah damainya..
terasa lapang dada pabila menghirup udara pada waktu subuh yang hening..
disusuli dengan kemerduan suara imam membaca ayat2 suci Al-Quran..
perjalanan di teruskan..
7.00 pg.. tiba di kolej kediaman Tun Abdul Razak (KKB) Unimap
sempat "melepak" di surau (KKB) sementara menunggu kunci penginapan..
aku sempat membuat 1 persepsi huhu.. "kediaman ibarat deretan rumah kedai.."
tapi.. wahh!!! bila pintu utama bilikku dikuak.. Allah selesanya..
cukup untuk membantu pelajar yang menginap cemerlang dalam pembelajrannya..

matlamat diteruskan..
jam 12 tghri bergerak ke Dewan Kapitol Unimap..
mulakan jejak ke 2 sebagai seorang pemuisi..
Dewan kapitol yang 1 masa dulu merupakan sebuah panggung budaya
menjadi saksi akan keberanianku...
pabila aku membuat persembahan pantun dalam bentuk melagukannya dalam..
irama (pandai2 pak pandir).. mana datangnya keberanian ini..
x pernah aku menyanyi di depan khalayak ramai..
persembahan demi persembahan diteruskan..
kulihat jam ditangan.. 5.00 ptg..
kami pulang ke tempat penginpan..
8.00 mlm perasmian pembukaan..

28/10/11 ( jumaat)
hari bersejarah dalam hidupku..
8.00 pg.. bergerak ke negeri Jelapang Padi
negeri kelahiranku.. negeri yang tertumpah semua kasihku..
ye ye ye ye.. nak p kedah..
hari ini aku menjadi pemndu pelancong.. duduk didepan sekali..
menjadi penujuk arah pd pakck bas..
10.00 pg tiba di Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PANK)..
terus ku dail no yang tidak asing lagi..
no Rumahku.. oh tidak berangkat..
teruskan mendail no handphone ayahku.. uwaa. tidak berangkat..
harapan terakhir.. no mak!! :) alhamdulillah..
dalam dewan utama di PANK terasa gemuruh kali ni menjadi-jadi..
sedang leka berlatih berpuisi dengan sahabat di sebelah kerusi..
tiba-tiba.. terasa tanganku dicuit dari belakang..

MAK!!! ABAH!!!
"bila sampai?? awat cheq x perasan pon"
itulah ayat spontan yang kluar dari mulutku..
sebaik shaja melihat wajah ibubapaku.. ceria kembali bertamu..
hampir 2 bulan tidak ku tatap wajah itu..
11.30 pg.. aku lah pelajar pertama yang mula baca puisi di PANK
bukan sebab excited tapi sebab abah nak balik cepat.. nak solat jumaat..
hmm ditemani rakan seperjuanganku kk aku tampil di depan pentas..
ok lagi di depan pentas.. tapi mengadap mak dan abahku..
huhu... rasa darah semua jadi beku..
teringat bait lagu " seumur hidup ini yang pertama"..
rasa syukur.. dan rasa bangga sebab dapat baca puisi depan mak dan abah..
rasa diri ini lebih dihargai..
12.15 tghri..bye!!! mak & abah dah balik.. :(
4ptg bertolak ke penang

29/10/11 ( sabtu )
tiba di usm jam 6.30ptg (28/10/11)
ada makan malam tajaan naib canselor USM.. wah3
makan time..
8.00 pgi.. bacaan puisi di teruskan..
upsi jus leh wat 1 je persembahan.. huhu
masa kat usm.. aku wat persembahan nyanyian lagu rakyat terengganu..



" ayun buai kok kek, kok kek ulu golok,


hok dio lokek, hok orang dio nok.."


jadi backup singer jah...hehe.. tapi bes sangat
nampak kesatuan pelajar BM kali nie.. alhamdulillah..
3.00 ptg bertolak ke UPSI

30/10/11 ( ahad)
9.00 pg bacaan puisi diteruskan..
hari ini aku x sibuk nak berpuisi sbb aku jd PIC program..
bnyak gak kesalahan yang aku dah wat utk hari ni..
by the way.. tq to all. for helping me..
tapi sempat gak baca pantun tadi..
temankan hajar.. rexco Lps....huhu
tajuk.. dia " tanggungjawab"
4.30 ptg bertolak ke PNM semula..
sedang berda di PNM..
mengisi masa lapang dengan dok menaip kat blog..
catatan perjalanan akan di sambung.. huhu

31/10/11 ( isnin)

5.30 pg... tubuhku terasa bergetar..
sebaik sahaja mataku terbuka..
kulihat.. tubuh- tubuh bergelimpangan di kiri dan kananku..
bagai udang dibakar.. dibalut... dengan berselimutkan tuala kecil..
tidak dapat lagi untuk ku teruskan perjalanan mimpi ini..
lantas ku bangun menunaikan semua hak ku di waktu pg..
8.00 pg.. bertolak ke akademi seni budaya dan warisan. ( ASWARA)
menaiki hampir lebih 50 anak tangga... untuk tiba di Dewan Orkestra Aswara
cantik.. tersusun dan moden.. bangunan di sekitar kawasan ini,

pengalaman baru hari ini,..
diamanahkan sebagai pengganti pensyarahku..
ditugaskan pada jam 10 pg.. menyempurnakan penyampaian
warkah maraton puisi kepada Timbalan Rektor Aswara...
dalam majlis rasmi.. penyerahan watikah maraton..
huh!! percikan peluh terasa mula mengintai...
walau penghawa dingin sudah berada pada suhu yang paling menyejukkan..
aku tetap terasa gemuruh..
bukan kelayakan aku utk menyampaikan warkah ini..
tapi alhamdulillah sempurna juga..

menanti dan menanti..
giliran utk berpuisi..
sebaik sahaja nama dipanggil..
kami keluar langkah dengan pasti...
tema hari ini : PANTUN 1 MALAYSIA
....
di baca ikut rentak
" mai cheq adik cheq mai...
datang ke negeri kedah..."

rasa terhibur membaca puisi dalam dialek kedah...
inilah persembahan terakhirku...
utk perjalanan kali ini...
sehingga kita bertemu lagi...
dalam maraton yang akan bersua kembali....
5.00ptg.. bertolak pulang ke kolej kediamanku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan