Ahad, 11 Disember 2011

Hatiku di sapa lagi

Allah berat benar ujian kali ni..
hatiku disapa lagi..
oh tidak..
apakah akan berlaku pencemaran hati
buat kedua kalinya..

Allah aku x sanggup lagi..
kerana hatiku memang benar-benar
sudah dimiliki..
dan pemiliknya memang sangat ku pasti..
pemilik hatiku tidak boleh disangkal lagi..

Dialah pendengar setia di kala aku sepi
Dialah perawat luka dikala aku sendiri..
Dialah segalanya.. biarpun aku hidup dan mati..

hatiku di sapa lagi..
dek gangguan yang tiada akak umbi..
kerisauan kian menjelma..
pabila hatiku disapa lagi...

kini yang aku pasti..
aku tidak mahu semuanya dinodai...
hati yang bersih hanya boleh dimiliki
oleh insan yang cinta pada Illahi...

hatiku disapa lagii..
benar-benar merunsingkan..
benar-benar merisaukan..
aku kah yang menjadi punca..
aku kah yang membuka jalannya...

ohh aku tidak sanggup membiarkan
hatiku disapa oleh orang yang tidak dikenali...
aku tidak sanggup...
biarlah hatiku menyepi.. dan tidak dimiliki...
kerana aku risau..
akan percubaan dalam menakluk hatiku..
aku takut aku lalai dan leka....
pada segala yang tidak pasti..

kerana aku perlu tetap dengan segalanya..
supaya hatiku dimiliki
oleh orang yang hatinya milik Illahi..
ameen...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan