Selasa, 20 Disember 2011

Tersingkap Jua Hikmah Nya

Allah... Allah.. Allah..
Perjalanan aku buat kali kedua
kali ini benar-benar membawa mindaku keluar dari belenggu masalah dunia..
selepas berjumpa dengan sahabat sefikrah kali ni..
mindaku telah bertukar pula coraknya..
alhamdulillah..

permulaan perjalananku masih memikirkan tentang hikmahnya
Allah jadikan ujian itu buat diriku yang kerdil ini..
sudah banyak kali hampir ku katakan yang aku tidak mampu..
terasa bagai dunia ini menghempap diri ku sendiri..
aku rasakan yang aku tidak mampu meneruskan lagi...
perjalanan ini..
Allah...

bnyak yang berlaku diluar jangkaan kotak pemikiranku..
namun aku cuba berdiri kembali..
biarpun hanya aku sendiri...
lama juga aku bermenung..
dan cuba untuk mencari seseorang utk berkongsi..
namun akhirnya aku menenangkan diriku sendiri..
kerana penenangku kian menyepi..

setelah beberapa hari aku pergi.. kini aku melangkah kembali...
biarpun Tuhan je yang tahu bertapa beratnya hati...
bertapa bebannya mindaku.. memikirkan..
mungkinkah air sungai itu akan jernih lagi..
fikiranku sudah pulih kembali...
motivasi diri kian ku miliki setelah lama hilang entah kemana ia pergi..

kepulanganku kali ini membawa keyakinan yang secubit cuma..
namun cukup untuk bekalan diri seorang hamba..
supaya jangan lupa pada yang Maha Esa...
ku melangkah kaki lemah dan longlai..
dengan membawa hati yang mungkin ada sekelumit bahagia..
dan kali ini.. aku nekad yang aku perlu redho ...


aku pulang jua..
akhirnya aku meneruskan perjalanan pulang ke destinasi yang pasti
ditakdirkan Allah.. aku bertemu seorang sahabt yang boleh diibaratkan
sebagai sayap kiri.. mungkin juga sahabatku ini..
merupakan insan yang sudah memiliki sebahagian daripada hatiku ini..
Allah sekali lagi aku panjatkan rasa syukur..
kerana Kau memberi ruang yang lapang untuk aku bertemu dengannya
walaupun dalam keadaan yang tidak dijangka...

sekali lagi rungkaian hati mula berlaku..
TRAGIS itulah perkataan yang mampu aku gambarkan tentang segala yang berlaku..
Allah.. terima kasih kerna Kau mempertemukan aku dengan sahabtku..
sekali lagi... Hikmah yang ingin Kau berikan kpdku kian tersingkap
Allah.. ku panjatkan rasa syukur..

kau pertemukan aku dengan sahabatku kali ini.
telah berjaya membuatkan aku sedar yang AKU ni SIAPA??
telah berjaya membuat aku KELUAR dari dunia ANGAN-ANGANKU..
telah berjaya merungkai segala derita yang ku tanggung selama ini..
syukur Tuhan...
syukur sangat...
ada hikmah disebalik setiap kejadian....

perjalanan aku kali ni..
benar-benar membawa perubahan untuk hatiku.. fikrahku... agamaku.. dan juga hidupku,..
biarpun.. jauh lagi perjalanan yang ku rancang utk membawa
sahabatku bersama aku di jalan ini...
mungkin bukan aku insan yang dipilih Allah untuk memilih siapa yang layak..
jadi cukuplah setakat ini usahaku ke arah itu...
mungkin akan ada sahabat lain yang membawa sahabatku ini ...
aku doakan moga sahabatku bertemu jalan yang dicarinya selama ini..


mungkin sudah sampai masanya Allah membuka haluan...
untuk aku dan sahabatku mengemudi dalam dua perjalanan..
yang mungkin akan ada titik persamaan dihujungnya walaupun lambat dan jauh..
biarpun pengemudian kali ini.. bagai meredah air terjun yang sedang berkocak..
mungkin ini lah hikmahnya..
bukan aku yang dipilih Allah untuk memilih..
aku memilih juga atas pilihan yang Allah pilih..
jadi.. cukuplah..

cukup x bermakna aku putus asa,..
tapi mungin pengemudianku seorang diri ini.. sudah mula bergerak perlahan..
tapi cukup untuk bekalan aku di masa depan..
aku redho dengan apa jua pilihan..
kerana biarpun apa jua pilihan yang dilakukan..
ia adalah pilihan yang ditentukan Tuhan..

berdoa dan tawakal lah selepas berusaha..
aku x kan lupa pada janji NYA..
aku akan terus berusaha biarpun mulutku terkunci tanpa suara..
aku akan terus berusaha biarpun hatiku sudah berdarah luka..
aku akan terus berusaha kerana aku ada matlamat untuknya..
aku cuba sedaya upaya.. biarpun tiada lagi harapan untukku..


tekanan air yang kuat.. membuatkan aku rasa hendak berhenti menjadi pengemudi..
tapi hakikatnya.. aku yang tidak sanggup menghentikan perjalanan ini..
tapi air terjun itu.. benar-benar menguji..
derasnya.. cukup mencabar jiwa pengemudi kerdil sepertiku ini..
ohh rupanya..aku sudah sampai di penghujung air terjun ini..
baruku buka mataku melihat keindahan air terjun ini..
Allah.. indahnya hikmah yang Kau singkap di hadapan mataku..

namun ku doakan moga masih ada harapan..
untuk sama-sama mengemudi..
dalam satu kapal yang sama...
ameeen..

1 ulasan:

  1. ameenn..
    sabar ye selagi anda mampu..
    ujian..ade hikmah yang tersingkap disebalik yang berlaku..

    mungkin sekarang adalah sebuah kepahitan...
    dihujung sana adalah kemanisan yang disediakan untuk dirimu..

    BalasPadam