Rabu, 2 Februari 2011

Kursus Pemantapan Organisasi.. JMK KHAR

subhanallah... ku panjatkan rasa syukur pada yang Esa..
lapang dada rasanya.. menghadiri kursus kepimpinan pada kali ini..
bnyak manfaat yang aku dapat.. dalam keadaan yang tenang..
dan aku rasa ianya lebih tenang menerima ilmu dalam keadaan yang lapang berbanding tekanan..
sekali lagi alhmdulillah...

sekadar perkongsian pengalaman...

29 jan 2011 (Sabtu)

-kami tiba agak lewat.. di kem d idaman semungkis..dek kerana bas yang kami naiki terlajak.. huhu..n sangat lama ye mencari tempat untuk berpatah balik.. setibanya kami di tapak kem kami disambut baik oleh exact training consultant.. pada mulanya banyak tanggapan awal yang aku berikan kepada mereka.. hehe.. biasalah manusia.. x habis2 nak judge orang... then.. terus ke kafe tempat minum petang... petang tu kami di beri tag nama.. yang kami dah tulis namanya.. huhu aku suka tag nama dia cantikk warna hijau.. huhu (like).. nama kami disebut satu persatu untuk amik tag nam tu... kalau korang lah kan ape yang korang rasa.. aku masa tu rasa dihargai sangat... tah lah tapi itulah yang aku rasa.. hehe. sbb kalau sebelum nieh.. bila bagi taq nama ...fasi.. pakat pas gitu je.. huhu.. mungkin ada sedikit pembaharuan...

aktiviti 1: pembahagian kumpulan
pemilihan ahli kumpulan kali ni unik sangt.. kami semua kena cabut undi.. n dalam tu ada satu perkataan.. lelaki dan perempuan adalah berbeza... hehe suprise.. cuba korang teka apakah perkataan yang ada dalam kertas yang di cabut tu.. hehee rupanya ada perkataan berkaitan dengan memek muka... aku kena memek muka ceria,... then kami kena cari ahli kumpulan berdasarkan memek muka tersebut.. kami x dibenarkan bercakap.. hmm..masa tu leh tengok macam2 memek muka kawan2.. huhu actualy kretif sangat pembahagian kumpulan nieh.. x perlukan masa yang lama pon.. kejap je kami dah leh bentuk kumpulan.. kira cam redho gak lah... sbb x pilih sendiri.. tapi memang kreatif sangt lahh ....

aktiviti 2: nama kumpulan
teruskan pasai nama kumpulan hehe.. nama kumpulan aku SPICA.. ada 4 kump semuanya.. antarest/ aldebaran/ sirius.. gitulah kot ejaannya.. actualyy. aku bukannya tau pon apa nama kategori nama kump nieh... heeh...then bila en Faizal ( pengarah Exact) tanya.... kak nisah terus jawab bintang.. huhu pastu korang tau group kak nisah dapat apa .. heeh dapat duit 30 hinggit.. then mulalah kami semua dok angkat tangan nak menjwab.. hhu sbb ape?? sbb ada ganjaran... hmm manusia ni perlu ada faktor pendorong barulah nak bertindak.. Ganjaran yang diberikan pon leh jadi penggalak.. macamtu juga bila kita jadi cikgu sokk.. kna sentiasa galakkan murid...opps lupa nak crita.. dalam setiap kumpulan kami kena lantik ketua kumpulan.. hehe digelar MENTERI.. penolong ketua kump ... digelar TIMB MENTERI.. n bendahari digelar KETUA SETIAUSAHA NEGERI huhu.. ni yang best sbb aku dapat rasa pegang jawatan menteri sekejap je.. pastu aku terpaksa melepaskan jawatan tersebut kerana.. nantikan jawapannya.. heehehe..

aktiviti 3: belon
tiup belon.. huhu rasa cam kalakar je pada mulanya.. main cam mainan budak2.. tapi huh best gak kadang2 jadi budak2.. hehe.. tiup belon sampai besar gak lah saiznya.. aku pilih belon warna pink hehe besalh.. kan.. PINK??.. then kami kena tukarr belon tu dengan jiran sebelah heeh... putus semangat sekejp.. oh belon pink ku..jangan ku x rela kau pergi... huhu.. game fisrt kami main ialah.. kami kena letak belon tu kat perut,.. dalam kedaan berdiri.. antara satu sama lain dalam kumpulan.. kena pastikan belon tu x jatuh.. hmm apa lagii pakat lawan peluk lah kami nieh..hmm then kami kena amik sumthing like manik tapi besar dia sebesar duit 10sen.. gitulah.. huh masa nieh dah mula pressure.. cos.. nak kena amik benda tu agak jauh kot.. kami pon mulalah mengatur strategi sbb nak kena atsi pihak lawan.. nak johan lah katakan.. bincang pnya bincang dapatlah satu strategi... pertandingan pon bermula... satu.. dua.. satu.. dua.. aku dengar suara menteri kumpulan sirius dok membilang sambil memberi arahan jalan kepada anak buahnya.. masa nieh aku dah mula gelabah.. huhu.. takut x menang... then bila dah hampir nak sampai.. kump sirius telah berjaya.. n kumpulan aku dapat tempat kedua.. huh alhamdulillah lega rasanya pada masa tu.. tiba2 en faizal kat.. " ok kamu dah fahamkan cara mainnya.. " adoi masa tu rasa cam klakar je.. kami punya lah pulun nak menang leh pulak ddikatakan sebagai demo ja..adoiii sabar jelah.. tapi ada sbb nya kenapa kadang2 dijadikan demo.. ( akan diulas.. diakhir penceritaan nanti).. dah selesai satu pertandingan.. then kami perlu mengulang perkara yang sama tapi kali nieh dalam keadaan duduk.. n kaki kawan diatas paha kawan.. hmm lagi mencabar kali nieh.. huhu..kami nieh asyik ketawa je.. hmm.. then kami kena pecahkan belonn..

aktiviti 4: botol kicap
inilah permainan yang paling aku takut.. huhu.. sbb aku rasa aku x sempat berfikir. memang sebelum nieh dah besa main.. tapi.. huhu.. tahlah aku akan jadi blurr x tahu nak kata apa .. terutamanya bila kawan kat sebelah sebut botol kicap.. aku dah x tau nak sambung apa hehe jadi terputus fikiran kejap.. haha.. tapi mainan nieh lah yang paling klakar.. Kalau korang nak belajar sila bejumpa dan menuntut ilmu dengan permaisuri botol kicap.. di FB beliau Permaisuri erika nuris.. hehe cuba korang bilang..1,2,3,4,5,6, botol kicap,8,9,10...hmm gandaan berapa tu.. gandaan 7 kan.. huhu.. tulah mainan botol kicap.. semua gandaan 7 n no yang ada kaitan dengan 7 akan dsebut botol kicap.. hmm lepas nieh kita tukar wat gandaan 2 lak. banyak cket nak sebut botol kicap haha melawak je... habis je main botol kicap.. kami diberi rehat sbb esok da aktiviti luar.... yahoooooo...

30 jan 2011 (Ahad)

aktiviti 5: menara impian..
menara impian nieh.. sama cam main tuju kasut.. huhu.. lama dah x lari sana sini.. rasa macam hilangkan tension.. bila main nieh.. best sangat.. kami kena susun tin.. tuju guna bola.. pastu kena lari2 then susun semula.. huhu.. teringat masa zaman kanak2 dulu.. huhu main tuju tin.. memang leh tengok lah.. keceriaan yang terpancar di wajah setiap pemain.. heehe

aktiviti 6: jungle trekking
hujan renyai2 seolah-olah x mengizinkan kami pergi.. hmm tapi kami semua tekad n sebulat suara.. memilih jalan itu... teruskan perjuangan ... huhu.. first time masuk hutan dalam keadaan hujan dari mula masuk sampai keluar.. huhu mencabar giler trek dia.. kejap memanjat.. kejap melompat.. kejap meluncur... paling x leh lupa cuiman percuma untuk setiap langkah perjalanan.. oh tidak.. rasa tak sanggup nak terima ciuman.. tapi apakandaya aku.. dia lebih berani untuk mencuba.. dan aku menerima kehadirannya dalam keadaan tidak rela dan terpaksa.. ahahaha.. ohh pacat kenapa kau biar aku mnederita begini.. heehe.. bnyak giler pacatnya.. aduhaiiii. pujaannku.. rasa cam penat.. tapi memang seronok.. masa nieh lah.. nak tengok ukhwah kawan2.. tolong pegang tangan.. tanya keadaan sesama kawan.. tolong buang pacat yang menumpang sesama.. oh bnyak benor kenangan .. ye disitu.. x kusangka yang kita semua.. menjadi mangsa.. heehhe.. tapi apa hasilnya.. ukhwah kita terbina.. huhu.. sebaik sahaja sampai kat satu kawasan nieh.. kami kena masak sesama sendiri.. bayangkan hujan turun tanpa henti.. kalau guna kayu pon confirm x masak nya.. hehe.. masing2 muka nampak kepenatan dan kelaparan... then kami kena masak sendiri.. hmm bestnya masak n makan dalam hujan.. aku dah tahan dah.. sejuk sangat rasa cam dah getar seluruh badan.. aku dah mula dok senyap kat bawah bumbung yang dibuat oleh jurlatih.. heehe tq for helping us.. hmm time to eat.. menu dia standard lah.. nasi putih.. sardin n telur goreng... n teh ooo... hmm sedapnya.... hingga menjilat jari...

solat
berkaitan dengan solat kali ni.. kami kena solat dalam keadaan pakaian yang basah sepanjang jungle treking tu.. then solat dalam keadaan hujan yang masih turunn.. solat tanpa telekung,.. kat kawasan lapang.. huhu.. memang terbukti bahwa Islam itu mudah.. dalam keadaan apa jua pun kita leh solat... asalkn pakaian kita bersih... alhamdulilah.. aku rasakan nikmat kebesaran Tuhan ketika dahiku sujud di atas rumput.... bersejadahkan tanah di bumi Tuhan.. berbumbung langit ciptaan Tuhan.. Ya Allah ampunilah dosa hambamu.. aku bersyukur dengan rahmatmu ya Allah... amin..

aktiviti 7: straw n getah
lepas habis tunaikan solat .. kami teruskan aktiviti pada petang tu..kena amik getah guna straw.. then pasiing kat kawan gunakan straw gak. hehe.. suka sangat.. rupanya bukan senang erk.. tq wahida.. sbb jdi menteri yang baik.. hehe bersungguh-sungguh nak amik getah untuk diedarkan kepada anak buahnya.. hhuhu...

aktiviti 8: ulat bulu
main ulat bulu... huhu kena peluk pinggang kawan.. then menteri kena baling dadu kalau genap langkah ke depan kalau ganjil langkah kebelakang.. huhu.. yang nie sebenarnya bergantung kepada nasib.. tapi alhamdlillah kami dapat tempat kedua.. hehe... yang lawakknya.. kalau dapat bilangan genap.. kena langkah kedepankan.. punya lah langkah besar sampaikan orang belakang nak jatuh.. tapi bila langkah kebelakang.. huhu paham-paham jelah.. setengh tapak kaki je kami langkah.. hehe.. apa yang penting nak menang masa.. tu tapi yang lagi penting kepercayaan sesama kawan...

aktiviti 9: barbque
dalam masa yang sama pada petang tersebut kami diberi dua task.. 1 kena masak barbque.. then ada task baru kena wat lakonan.. huhu malam.. tu...... kami pon mula lah wat pembahagian tugas.. tq to all my friends you did a good job.. well done... tq to abg riey, abg syam, lin, kak onichan.. kak jah.. sbb setup tempat n wat persiapan untuk makan VIP..tq to zurin n abu for da nice kad jemputan.. tq to fizan, mirul, francis.. kak mariyah, wahida, abg fakri n abg atau... cos tolong hidupkan bara api.. untuk wat barbque.. tq to kak ilya.., shirah, sue, awin, aisyah, syahrir cos tolong bakar semua.. ayam.. n ikan n sosage.. tq to achik, fatin... n rina for da 3k...heeh aku x pandai nak hidupkan api.. aku tau makan je.. huhu..tahniah kepada semua.. sbb dah berjaya dapatkan 5 bintang.. hmm bestnya.. tahniah.. n terima kasih... huhu

aktiviti 10: jual ubat
satu persembahan yang menarik dan klakar yang pernah aku tengok.. even dalam satu konsep yang sama tapi korng sangt kreatif ye.. tahniah.. huhu... 1st.. exact power.. hehe ubat tenaga batin..boleh lihat dalam iklan.. sebelum dan seleps menggunakannya...pasangan bahagia.. tukang balak.. n.. " esok bolehlah saya angkat beg korang semua".. heehh... hmm then..2nd (jari-jariku sakit semua penat bekerja sehari-hari....mari rapat- rapat duduk- erat-erat..... oh ubat urat...) then.. 3rd spica peot.. ( ubat senggugut) gunakan produk ini hanya menggunakan lipstik sakit perut anda pasti lega ....huuhu 4th ubat ber_ _ _ _ n.. hmm " guna lah akaq kayu.. jangan dok risau.."...huhu... rupanya kita semua nieh berani nak wat persembahan.. even satu perkara yang kita x jangka.. nak jadi cikgu kena kreatif kawan2.. huhu... bukan senang nak jual ubat.. macam tu juga nak bagi ilmu kat anak murid.. bukan senang... macam2 teknik n gaya yang perlu digunakan... ingat?? macam2 teknik n ilmu kna digunakan.....

31 jan 2011 ( Isnin)

after subuh.. semua kelihatan cam x leh nak buka mata tidak terkecuali aku.. hmm tamparan hebat daripada jungle trekking semalam.... hmm pakat sakit urat.. hmm malas nak bangun pon ada... duduk sakit bangun sakit angkat tangan sakit.. hmm nilah akibatnya jarang exercise.. huhu.. pagi tu fasi wat sesi nyanyian.. tidak kusangka.. hujan yang turun tanpa henti.. disusuli pula oleh hujan air mata para peserrta... teringat aku pada lirik nasyid... hormatilah ibu bapa .. janganlah menderhaka.. ingatlah jasa mereka janganlah kita lupa...... n soo onnn... hmm menitis air mataku keharuan.. kepada sebuah pertemuan.. maka terjadilah slot muhasabah pada pagi itu.. sayu sangat hati.. hujan yang turun seolah-olah faham isi hati kami disini...

aktiviti 11: upceiling.. ( x tahu camne nak eja hmm kira betul jelah erk)
hmm best sangat dok tunggu turn nak memanjat.. lama dah x memanjat.. tapi x sangka kaki aku terlicin masa nak turun.. then aku terwat adegen yang membahyakan sekejep.. moralnya.. jangan pakai kasut crocs masa nak wat aktiviti outdor.. k... bahaya.. jagalah keselamatan diri anda..

kembali kepada persoalan yang belum terjawab tadi sal demo kan.. hmm sebenarnya.. ada benda yang kita perlu wat banyak kali untuk tau hasilnya.. satu g nak tengok tahap kepekaan kita terhadap arahan yang diberikan.... hmm

kami semua rasa cam x nak balik je.. hmm best sangat kem kali... x tahu nak gambarkan camne.. hmm tq to.. pihak pengurusan cos pilih exact training consultant.. tq to all jmk members.. hmm tahniah.. moga manfaat yang dapat dikongsi dan dipraktikkan bersama..

from a bouquet of love... ika....( timbalan presiden)...

2 ulasan:

  1. Salam ukht...nama kump ana aldebaran yer..sesuci lebaran..salah eja kt atas tu...

    BalasPadam
  2. ok.. huk3 akn ana betulkn... marah menteri kump aldebaran..huhu... syukran..

    BalasPadam