Hati ini telah bersatu.. bersatu di perut bumimu.. Hati ini telah bersatu.. bersatu memikul beban dakwah Mu.. Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendokong syariatMu di alam maya..
Sabtu, 19 November 2011
Rupanya sahabatku adalah ahli syurga
sahabat merupakan orang yang paling dekat dengan kita..
bnyak ungkapan yang selalu kita dengar berkaitan dengan sahabat..
contohnya:
sahabat kita adalah cerminan diri kita..
sahabat kita adalah insan yang paling setia..
tapi inilah kali pertama aku mendengar yang sahabat adalah ahli syurga..
dalam hidup ni kita hanya menumpang sementara di bumi Allah ini..
kita semua ada matlamat tersembunyi yang jarang2 kita mengingatinya..
ataupun kadang-kadang kita terlupa akannya iaitu mencari syurga...
aku terpaku pabila mendengar kata2 seorang ustazah yang juga kakak seniorku..
ikuti dialog di bawah:
ustzah :" apa yang antum faham tentang ukhwah"
jawpn :" ukhwah ini adalah hubungan persahabtan sesama manusia"
ustzah :" ok sekarang anta bangun dan perkenalkan ciri sahabat yang paling anta sayang
sebutkan dulu kenangan manis dengan sahabat anta kemudian baru anta sebut..
orang yang ana maksudkan ialah......"
jawpn :" pernah satu hari tu.. ana memang tidak duit untuk makan.. tapi pada masa itu ana
malu nak minta pinjam duit dengan sahabat.. tapi tiba-tiba datang seorang sahabat
ana dia kata " jom anta.... hari ni ana rasa ana nak belanja anta" masa tu ana rasa
bersyukur sangat sbb pada ketika itu memang ana tidak ada duit langsung untuk makan.
dan orang yang ana maksudkan ialah............"
cuba sahabat semua berfikir pernah x sahabat mengalami situsi seperti ini...
pada masa ini dapat dirasakan bahawa indahnya dunia ciptaan Tuhan..
melimpah ruah dengan kasih sayang...
kalaulah aku insan tersebut terasa macam nak peluk
cium sahabat aku itu.. terasa sungguh dihargai....
perbualan diteruskan::
ustzah : " antum semua tau x serendah-rendah ukhwah itu adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhwah itu adalah ' ithar'- pengorbanan.. hmm jadi andailah Allah menguji persahabatan antum di saat antum memerlukan sahabat antum... apa yang antum akan buat??"
jwpan : " ana akan menangis ustazah.." jawab seorang muslimat jujur
ustzah : " kebiasaanya.. dalam bersahabt ni memang akan ada sikap terasa hati.. terutamanya dalam melaksanakan gerak kerja dakwah pasti ada.. ustazah yakin .. tipulah kalau antum kata 'eh!! ana x pernah pon ada masalah' .. "
" dalam kita bersahabat ni banyak ujian yang Allah datangkan.. kerana apa Allah datangkan ujian pada ukhwah??.. kerana Allah nak bagi antum lagi kuat.. kalau ada musuh bunuh sahabat antum.. antum akan rasa lagi kuat bukannya antum terus berhenti berjihad.. dan antum rasa antum mampu ke nak harungi semua tu kalau antum tidak ada ukhwah yang hebat???"
"macam mana antum nak capai ukhwah yang HEBAT??.. "
PANDANGLAH SAHABAT ANTUM SEBAGAIMANA PANDANGAN ANTUM PADA AHLI SYURGA!!
"macam mana pulak antum nak pandang ahli syurga??.."
"antum kena anggap yang sahabt antum ini adalah ahli syurga..
kerana jika sahabat antum adalah ahli syurga:
antum tidak layak utk berperasangka pada ahli syurga
antum tidak layak untuk bercakap buruk tentang ahli syurga..
antum tidak ada hak untuk menilai ahli syurga..
antum tidak ada hak untuk menghukum ahli syurga..
kerana Allah sahaja yang layak untuk menilai ahli syurga..."
"jadi seandainya antum meletakkan pandangan antum..
sahabatku adalah ahli syurga..
ustazah yakin yang masalah hati tidak akan berlaku..
kerana antum x layak menilai...
sahabat antum sebelum antum mengetahui perkara yang sebenarnya.."
Allah terasa teruja aku mendengar celoteh ustazah berkaitan dengan adab dalam bersahabat.. baruku sedar rupanya sahabatku adalah ahli syurga...
alhamdulillah banyak yang telah aku pelajari kali ini
moga hati ini sentiasa istiqamah di jalan-NYA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan