Selasa, 21 Jun 2011

Apa Khabar Mu di Sana ?? Sayang..


Sudah sekian lamanya aku tidak merasakan rindu seperti ini..
entahlah..
aku rindukan mereka sahabat2 seperjuangan..
FARAHIN(ummi) ..
SAKINAH( along)..
MUSFIRAH(angah)..
bila lagi kita nak berbual ye..

Farahin..
anti ingat x sal gambar ni..
ana wat waktu anti nak g mesir hari tu..
ana letakkan gambar kita..
bagaikan kita semua berada di Bumi anbiya..

walaupun hanya anti dan angah je yang sampai..
tapi rasanya..
anti juga membawa harapan ana dan along kan..
jangan lupa sentiasa doakan kami di malaysia..

Ya Allah x terungkap rasanya..
rasa rindu ini..
aku rindukan..
adik2 seperjuangan..
DILAH, SOLI, IDA, AISYAH,
FARHANA, JANG, UMMU, AINUL, SU, ALONG


antunna semua rindu akak x???
bila antunna semua nak balik n berkumpul macam dulu...
akak rindu.. gelak tawa antunna..
hmm semua pegi jauh2
kita semua dah lama x jumpa kan..

Ya Tuhan,..
pertemukanlah hati-hati kami
satukanlah hati-hati kami..
sampaikanlah salam ku kepada mereka..
biarpun melalui tiupan angin..
biarpun melalui rintik hujan..

khabarkanlah bahawa aku sentiasa mengingati mereka..
walaupun jasad jauh dari mata..
hmm aku rindu..
rindu sangat dengan mereka....

Selasa, 14 Jun 2011

Dukaku bukan pengubat ceria mereka..

masa yang ada kini
bukan lagi untuk diriku..
masa yang ada kini
bukan lagi untuk bermain..
masa yang ada kini
bukan lagi masa yang sia -sia..

aku kini bukan aku yang dulu..
aku kini memegang taklifan baru..
terasa berat di bahuku..
memikul tugasan ini..

astagfirullah..
apakah amanah ini satu bebanan buatku.??
atau
amanah ini satu ujian padaku??
Duhai Sang Pencipta..
yang mengetahui akan segala kemampuan hambanya..
berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi segalanya..

saat ini kurasakan fikiranku sesak..
tanpa muncul bait-bait kata..
saat ini kurasakan diriku lemah...
tanpa ada tulang-tulang yang mendokongnya..
saat ini kurasakan tanganku penat..
tanpa kemampuan untukku catitkan segala..

tapi aku juga dapat rasakan
yang hatiku ceria..
tika ku bersama mereka..

wajahku berseri..
tika ku lihat telatah mereka..

semangatku berkobar..
tika ku pandang cara mereka berbicara..


mungkin inilah kekuatan yang ku ada..
mereka sentiasa bersama aku..
tapi.. ketahuilah..
akan ku sembunyikan segala duka..
selagi mana ku mampu..
kerana bagiku ..


bukan dukaku pengubat ceria mereka..
tapi sebaliknya..
tawaku adalah untuk dikongsi bersama..