Selasa, 27 September 2011

Anak-Anakku Dengarlah...

hatiku terasa begitu merana..
menghadapi situasi yang tidak ku jangka..
kehadiran orang baru tidak dapat kuterima..
Allah sungguh kurasakan tidak selesa...

ya Tuhan berikanlah kami kekuatan menghadapi
semua ini..
kuatkanlah hati-hati kami..
mudahkanlah kami untuk menerima dia seadanya..
campakkanlah rasa kasih kepadanya..
aku mohon ya Allah biarpun ada kekurangannya
biarlah kekurangan itu dilihat sebagai kelebihannya..

aku tidak mampu untuk menanggung semua ini..
andai insan yang kuharap tempat bergantung..
terasa terseksa..
aku akan lebih rasa derita..
derita menanggung perasaan hiba..

menitis air mataku melihat kesuraman di wajahnya..
jauh disudut hati ...aku tahu
yang dia telah bnyak memberi jasa..
bnyak sangat y telah dia pertahankan
hak untuk aku dan anak-anakku..
ye hak aku dan anak-anakku..

hati ini..
hati..
tau x soal hati..??
hati yang derita untuk menanggung sume ini
bukan semua perkara boleh untuk ku telan..
kadang-kadang tersekat juga di korongkong..
sape yang akan bantu untuk menepuk belakangku
jika ada sesuatu yang terlekat di kerongkong ku...???

SIAPA?? SIAPA??
bagaimana jika kau tiada di sisi aku...
sampai hati kau nak tinggalkan aku..

JANGAN-JANGAN..
jangan buat aku begini..
aku terlalu memerlukanmu di saat ini..

kerana hanya kau sahaja yang mengerti
akan apa yang terjadi..
antara aku.. dan anak-anakku....