Sabtu, 26 November 2011

Tahun Baru..

Syukur ke hadrat Allah kerana aku masih punya kesempatan ini..
hari ini. terasa diriku ingin membuka lembaran baru..
hati ini.. terasa tidak mahu mengingati perkara yang menyentuh perasaan...

sepi dan sunyi..
hari ini.. ku sambut datangnya maal hijrah..
bersama sahabat yang hatinya sedang berbunga cinta pada Ilahi..

dalam diam..
memori itu kembali lagi...
ahh sudah cuba untuk ku lupakan..
segalanya yang tidak penting untuk berada dalam kamus hidupku...
ahh sudah cuba kubiarkan memori silam itu pergi...
namun tatkala hatiku sunyi...
ia datang menyapa diri...

sambutan tahun baru bagi umat Islam kali ini...
cukup untuk mengingati diriku yang kian lupa padaNya..
pernah satu ketika. terlintas di fikiranku..

apakah aku meletakkan pengharapan pada manusia
melebihi pengharapanku pada Allah Taala...
mungkin inilah balasan yang Allah datangkan kepadaku...

sempena tahun baru...
aku punya azam baru..
aku tidak mahu jadi seperti dulu..
biarkanlah yang dulu itu berlalu..
tapi kini aku punya harga diri...
aku punya maruah dan malu..
aku berazam tidak akan tunduk lagi pada yang tiada hak..
kerana aku hanya patut tunduk pada pencipataku sahaja..

kini aku sedar yang
aku masih punya Allah untuk mendengar segalanya..
aku masih punya Allah untuk menjadi saksi pada segalanya..
dan aku masih punya Allah untuk ku curahkan segalanya...

kembali lah pada Allah..
dia yang memberi..
dia juga yang mengetahui....
ameennn....

Sabtu, 19 November 2011

Rupanya sahabatku adalah ahli syurga


sahabat merupakan orang yang paling dekat dengan kita..
bnyak ungkapan yang selalu kita dengar berkaitan dengan sahabat..

contohnya:
sahabat kita adalah cerminan diri kita..

sahabat kita adalah insan yang paling setia..

tapi inilah kali pertama aku mendengar yang sahabat adalah ahli syurga..

dalam hidup ni kita hanya menumpang sementara di bumi Allah ini..

kita semua ada matlamat tersembunyi yang jarang2 kita mengingatinya..
ataupun kadang-kadang kita terlupa akannya iaitu mencari syurga...

aku terpaku pabila mendengar kata2 seorang ustazah yang juga kakak seniorku..
ikuti dialog di bawah:

ustzah :" apa yang antum faham tentang ukhwah"

jawpn :" ukhwah ini adalah hubungan persahabtan sesama manusia"


ustzah :" ok sekarang anta bangun dan perkenalkan ciri sahabat yang paling anta sayang

sebutkan dulu kenangan manis dengan sahabat anta kemudian baru anta sebut..

orang yang ana maksudkan ialah......"


jawpn :" pernah satu hari tu.. ana memang tidak duit untuk makan.. tapi pada masa itu ana
malu nak minta pinjam duit dengan sahabat.. tapi tiba-tiba datang seorang
sahabat
ana dia kata " jom anta.... hari ni ana rasa ana nak belanja anta" masa tu ana
rasa
bersyukur sangat sbb pada ketika itu memang ana tidak ada duit langsung
untuk makan.
dan orang yang ana maksudkan ialah............"


cuba sahabat semua berfikir pernah x sahabat mengalami situsi seperti ini...
pada masa ini dapat dirasakan bahawa indahnya dunia ciptaan Tuhan..
melimpah ruah dengan kasih sayang...
kalaulah aku insan tersebut terasa macam nak peluk

cium sahabat aku itu.. terasa sungguh dihargai....

perbualan diteruskan::

ustzah : " antum semua tau x serendah-rendah ukhwah itu adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhwah itu adalah ' ithar'- pengorbanan.. hmm jadi andailah Allah menguji persahabatan antum di saat antum memerlukan sahabat antum... apa yang antum akan buat??"

jwpan : " ana akan menangis ustazah.." jawab seorang muslimat jujur

ustzah :
" kebiasaanya.. dalam bersahabt ni memang akan ada sikap terasa hati.. terutamanya dalam melaksanakan gerak kerja dakwah pasti ada.. ustazah yakin .. tipulah kalau antum kata 'eh!! ana x pernah pon ada masalah' .. "

" dalam kita bersahabat ni banyak ujian yang Allah datangkan.. kerana apa Allah datangkan ujian pada ukhwah??.. kerana Allah nak bagi antum lagi kuat.. kalau ada musuh bunuh sahabat antum.. antum akan rasa lagi kuat bukannya antum terus berhenti berjihad.. dan antum rasa antum mampu ke nak harungi semua tu kalau antum tidak ada ukhwah yang hebat???"


"macam mana antum nak capai ukhwah yang HEBAT??.. "


PANDANGLAH SAHABAT ANTUM SEBAGAIMANA
PANDANGAN ANTUM PADA AHLI SYURGA!!


"macam mana pulak antum nak pandang ahli syurga??.."


"antum kena anggap yang sahabt antum ini adalah ahli syurga..
kerana
jika sahabat antum adalah ahli syurga:

antum tidak layak utk berperasangka pada ahli syurga

antum tidak layak untuk bercakap buruk tentang ahli syurga..
antum tidak ada hak untuk menilai ahli syurga..
antum tidak ada hak untuk menghukum ahli syurga..


kerana Allah sahaja yang layak untuk menilai ahli syurga...
"

"jadi seandainya antum meletakkan pandangan antum..

sahabatku adalah ahli syurga..

ustazah yakin yang masalah hati tidak akan berlaku..

kerana antum x layak menilai...
sahabat antum sebelum antum mengetahui perkara yang sebenarnya.."

Allah terasa teruja aku mendengar celoteh ustazah berkaitan dengan adab dalam bersahabat.. baruku sedar rupanya sahabatku adalah ahli syurga...
alhamdulillah banyak yang telah aku pelajari kali ini
moga hati ini sentiasa istiqamah di jalan-NYA
.

Ukhwah penting dalam Perjuangan

Dalam perjuangan...
semuanya penting..
masa penting.. pendidikan penting.. tidur penting.. ilmu penting
nak katanya semua penting..

Allah..
bukan senang ye nak bawa perjuangan sahabat-sahabat..
hmmm hari ni mood rasa nak kongsi cket ttg
dalam semua perkara yang penting
ada lagi satu
perkara terpenting dalam perjuangan..

hah cuba sahabat teka..
??
??
??

UKHWAH.. lah jawapannya.. :)
tau x ukhwah itu asalnya daripada kata akar 'akha'
yang bermaksud saudara..
dalam kata lain..
ukhwah tu adalah hubungan yang terjalin sesama manusia..

tapi ada lagi satu lagi istilah UKHWAH ISLAMIYAH
ukhwah ini terjalin atas dasar aqidah yang sama..

dalam berukhwah..
Allah kurniakan banyak sangat nikmat
nikmat kasih sayang..
nikmat saling mengingati..
nikmat saling memperbaiki diri..
tapi hanya yang betul2 berukhwah yang
akan merasai nikmat dalam memahami...

untuk mencapai proses ukhwah ada 3 peringkat
taaruf (berkenalan)
tafahum (memahami)
takaful (menolong)

hmm ada cerita masa zaman Rasulullah dulu..
bagaimana mereka merasai ukhwah ini..

kisah pertama
antara Rasulullah dengan saidina Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan seorang sahabat Rasulullah yang
sanggup bekorban segalanya kerana baginda..
beliau sentiasa membenarkan segala apa yang dikatakan oleh Rasulullah..
beliau sanggup berkorban seluruh hartanya untuk agama Islam

Allah
kalau nak dibandingkan dengan kita sekarang ini..
nak keluarkan 10 sen untuk derma kepada masjid pun susah
apatah lagi nak korbankan segala harta yang kita ada utk perjuangan
jauh sekali bezanya...

untuk meneruskan perjuangan perlu ada ukhwah didalamnya
andai ada sahabt yang terseliuh
akan ada yang bantu memapahnya..
ukhwah penting dalam semuanya...

Jumaat, 18 November 2011

Destinasi yang pasti

hari ini aku telah keluar dari dunia.. yang tidak pasti..
perjalanan kali ini bnyak membawa aku
melayang dan meneroka diriku sendiri..

kini aku telah berada di destinasi yang pasti..
di sini ibarat aku tidak punya siapa lagi..
hanya tinggal aku dan hatiku sahaja di sini..

dalam kamar kecil ini..
aku mengambil kesempatan untuk mencoretkan
sekali lagi rasa hati..

lapang, tenang dan mendamaikan..
sudah hampir seminggu aku
tiada selera untuk makan..
rasa macam mengalahkan orang bercinta pula...
makan x kenyang..
mandi x basah...
tapi hari ini alhamdulillah.. seleraku kembali seperti biasa..
mungkin selepas ku lepaskan diriku jauh dari dunia itu,

disini..
aku mula belajar untuk koreksi diriku sendiri..
belajar menerima ketentuan Ilahi..
dan redho.. dengan apa yang di uji..

mohon pada petunjuk Ilahi
mula meredhoi.. akan ketetapanNya...

Khamis, 17 November 2011

Esok.. Aku akan Pergi..

kan melangkah kaki dengan pasti..
menempuh segala onak duri..
kan melangkah diri dengan pasti..
menempuh segala yang mendatangi..

esok ..aku akan pergi
berjihad..
esok ..aku akan pergi
berjuang..
esok ..aku akan pergi
berperang..
esok.. aku akan kembali
pada jalan juang..

tergambar di mataku..
wajah-wajah para pejuang..
perit-jerih Rasulullah
terasa berkobar di dalam hati..

esok aku akan pergi..
mencari destinasi yang pasti..
esok aku akan pergi
meninggalkan bumi ini..
esok aku akan pergi..
mencari redho Illahi..
esok aku akan pergi..
mengisi kekosongan hati..

"Ya" kata hatiku bulat dan tekad..
aku akan pergi..
pergi dari sini..
keluar dari dunia yang tidak pasti..

esok aku akan pergi..
untuk menunaikan hak sebagai seorang hamba..
yang sudah lama aku tidak
melaksanakan tuntutan ini..

esok aku akan pergi..
sahabat.. aku mohon
kau titipkanlah doa untukku dalam doamu..
mohon kau doa akan kelapangan hatiku..
mohon kau doa akan keselamatan perjalananku..

andai esok aku pergi..
dan tiada berita lagi tentangku..
mohon kau doakan kejayaanku..

sahabt esok aku akan pergi..
mencari matahari..
yang terang dan mampu menerangi..
malam yang kian menyepi..

sahabt maaf andai banyak
coretan yang tersalah persinggahan..
mungkin ia perit dan melukakan..

aku mohon kemaafan..
pada luka yang mungkin telah aku lakukan..
aku doakan moga bintang mampu
menyinari dan memberi kegembiraan padamu..

"ESOK AKU AKAN PERGI"..
kata hatiku lagi..

Isnin, 7 November 2011

Mimpiku pada muslimah berjiwa jihad


tidak ku tahu apa yang ku rindu,
hati kosong tanpa ilmu,
apakah masih ada ruang untukku menjadi seperti dulu,
pabila amalan kian ditinggalkan,
andai ku lakukan ia berlebihan,
rasa macam diriku menjadi tontonan.

terasa diriku ini sudah tidak lagi memberi,
percakapanku kian tidak tersusun,
bibirku kian berat untuk menyampai,
tingkahku kian kasar,
apakah masalah ini datang dari suasana?
bagaimana cita mahu menjadi
muslimah berjiwa jihad
akan tercapai..?
andai diri tidak pernah berusaha
untuk memiliki cinta-NYA..

bukan mudah hendak dilepaskan melalui kata-kata
takut bila diungkap salah tafsiran jadinya,
takut juga pada diriku sendiri,
takut berselindung di sebalik penampilan sahaja...

jika dilihat pada pakaian,,
manusia akan mudah mengukur
akan ilmu yang dimiliki oleh pemakainya,
sedangkan pakaian tidak melambangkan
kekuatan iman yang ada di dalam dada..

ilm
u yang ada tidak sebanyak mana,
takut tindak tidak sejajar dengan apa yang dikata,
kelak akan disoal oleh Tuhannya,
terketar-ketar menjawab andai diri hipokrit cuma,
bukan mudah untuk kuluahkan segala rasa,
kerana tidak semua yang memahaminya,,

Ya Tuhan,,
andai aku bisa melakukan semuanya..
andai aku bisa mengubati yang terluka..
andai akan aku bisa
akan ku pelihara semua muslimah yang ada,,

tapi
hanya inilah kudratku sebagai seorang muslimah...
aku hanya mampu bertutur dengan pena,,
bagi membantu menyubur jiwa jihad
yang aku sendiri belum pasti memilikinya..

Ya Tuhan..
suburkanlah jiwa kami
"muslimah" dengan jiwa jihad..
kuatkanlah benteng hati-hati kami
dengan mengejar redhomu..

AKU IMPIKAN MUSLIMAH BERJIWA JIHAD
AMEENN