Selasa, 27 Disember 2011

Best Friend Till jannah



comelkan video..
penuh makna yang tersurat dan tersirat...
rasa lapang...
dan indah.. punya sahabat yang sebegini...
kurniakanlah sahabat kepadaku
Ya Allah...

Selasa, 20 Disember 2011

Tersingkap Jua Hikmah Nya

Allah... Allah.. Allah..
Perjalanan aku buat kali kedua
kali ini benar-benar membawa mindaku keluar dari belenggu masalah dunia..
selepas berjumpa dengan sahabat sefikrah kali ni..
mindaku telah bertukar pula coraknya..
alhamdulillah..

permulaan perjalananku masih memikirkan tentang hikmahnya
Allah jadikan ujian itu buat diriku yang kerdil ini..
sudah banyak kali hampir ku katakan yang aku tidak mampu..
terasa bagai dunia ini menghempap diri ku sendiri..
aku rasakan yang aku tidak mampu meneruskan lagi...
perjalanan ini..
Allah...

bnyak yang berlaku diluar jangkaan kotak pemikiranku..
namun aku cuba berdiri kembali..
biarpun hanya aku sendiri...
lama juga aku bermenung..
dan cuba untuk mencari seseorang utk berkongsi..
namun akhirnya aku menenangkan diriku sendiri..
kerana penenangku kian menyepi..

setelah beberapa hari aku pergi.. kini aku melangkah kembali...
biarpun Tuhan je yang tahu bertapa beratnya hati...
bertapa bebannya mindaku.. memikirkan..
mungkinkah air sungai itu akan jernih lagi..
fikiranku sudah pulih kembali...
motivasi diri kian ku miliki setelah lama hilang entah kemana ia pergi..

kepulanganku kali ini membawa keyakinan yang secubit cuma..
namun cukup untuk bekalan diri seorang hamba..
supaya jangan lupa pada yang Maha Esa...
ku melangkah kaki lemah dan longlai..
dengan membawa hati yang mungkin ada sekelumit bahagia..
dan kali ini.. aku nekad yang aku perlu redho ...


aku pulang jua..
akhirnya aku meneruskan perjalanan pulang ke destinasi yang pasti
ditakdirkan Allah.. aku bertemu seorang sahabt yang boleh diibaratkan
sebagai sayap kiri.. mungkin juga sahabatku ini..
merupakan insan yang sudah memiliki sebahagian daripada hatiku ini..
Allah sekali lagi aku panjatkan rasa syukur..
kerana Kau memberi ruang yang lapang untuk aku bertemu dengannya
walaupun dalam keadaan yang tidak dijangka...

sekali lagi rungkaian hati mula berlaku..
TRAGIS itulah perkataan yang mampu aku gambarkan tentang segala yang berlaku..
Allah.. terima kasih kerna Kau mempertemukan aku dengan sahabtku..
sekali lagi... Hikmah yang ingin Kau berikan kpdku kian tersingkap
Allah.. ku panjatkan rasa syukur..

kau pertemukan aku dengan sahabatku kali ini.
telah berjaya membuatkan aku sedar yang AKU ni SIAPA??
telah berjaya membuat aku KELUAR dari dunia ANGAN-ANGANKU..
telah berjaya merungkai segala derita yang ku tanggung selama ini..
syukur Tuhan...
syukur sangat...
ada hikmah disebalik setiap kejadian....

perjalanan aku kali ni..
benar-benar membawa perubahan untuk hatiku.. fikrahku... agamaku.. dan juga hidupku,..
biarpun.. jauh lagi perjalanan yang ku rancang utk membawa
sahabatku bersama aku di jalan ini...
mungkin bukan aku insan yang dipilih Allah untuk memilih siapa yang layak..
jadi cukuplah setakat ini usahaku ke arah itu...
mungkin akan ada sahabat lain yang membawa sahabatku ini ...
aku doakan moga sahabatku bertemu jalan yang dicarinya selama ini..


mungkin sudah sampai masanya Allah membuka haluan...
untuk aku dan sahabatku mengemudi dalam dua perjalanan..
yang mungkin akan ada titik persamaan dihujungnya walaupun lambat dan jauh..
biarpun pengemudian kali ini.. bagai meredah air terjun yang sedang berkocak..
mungkin ini lah hikmahnya..
bukan aku yang dipilih Allah untuk memilih..
aku memilih juga atas pilihan yang Allah pilih..
jadi.. cukuplah..

cukup x bermakna aku putus asa,..
tapi mungin pengemudianku seorang diri ini.. sudah mula bergerak perlahan..
tapi cukup untuk bekalan aku di masa depan..
aku redho dengan apa jua pilihan..
kerana biarpun apa jua pilihan yang dilakukan..
ia adalah pilihan yang ditentukan Tuhan..

berdoa dan tawakal lah selepas berusaha..
aku x kan lupa pada janji NYA..
aku akan terus berusaha biarpun mulutku terkunci tanpa suara..
aku akan terus berusaha biarpun hatiku sudah berdarah luka..
aku akan terus berusaha kerana aku ada matlamat untuknya..
aku cuba sedaya upaya.. biarpun tiada lagi harapan untukku..


tekanan air yang kuat.. membuatkan aku rasa hendak berhenti menjadi pengemudi..
tapi hakikatnya.. aku yang tidak sanggup menghentikan perjalanan ini..
tapi air terjun itu.. benar-benar menguji..
derasnya.. cukup mencabar jiwa pengemudi kerdil sepertiku ini..
ohh rupanya..aku sudah sampai di penghujung air terjun ini..
baruku buka mataku melihat keindahan air terjun ini..
Allah.. indahnya hikmah yang Kau singkap di hadapan mataku..

namun ku doakan moga masih ada harapan..
untuk sama-sama mengemudi..
dalam satu kapal yang sama...
ameeen..

Ahad, 18 Disember 2011

Bowling Piala Muslimat 2011

JOHAN BOWLING PIALA MUSLIMAT 2011

NAIB JOHAN BOWLING PIALA MUSLIMAT 2011

Teringin pula nak berkongsi:

Baru-baru ini aku bermain bowling bersama sahabat2... alhamdulillah ketagihan nak main bowling terubat... rasa teruja.. bila mana ada seorang sahabat ni.. tiba- tiba kata: " ana tengah fikir analogi bermain bowling dengan tarbiyah" masya Allah.. masa tu aku sudah hilang deria rasa kerana aku rasa terlalu gembira.. lama dah aku x dengar kata2 sahabt y sebegitu syukur padaMU Allah..
kerana mempertemukan aku pada mereka..
sama-samalah kita kongsi..
kepada para naqibah di luar sana
teruskan mengorak langkah
dengan pelbagai cara moga matlamat utama dapat kita kecapi bersama
ameen

P/s: segala penceritaan ini ditulis oleh Johan Bowling Piala Muslimat 2011.. :)
dalam asyik b'main, smpt aku b'fikir....
analogi permainan bowling dgn tasawur tarbiyah...

Bowling...
... matlamat: nk semua pin jatuh
Tarbiyah...
matlamat: nk lahirkn mukmin yg b'kualiti

mcm mn nk capai matlamat?
bowling: dgn mnjatuhkn pin
tarbiyah: dgn smpurna dn seimbang elemn trbiyah

mcm mn nk jatuhkn pin?
mngunakan bola yg pelbagai berat...

mcm mn nk pstikn elmn trbiyah seimbng dn sempurna?
mngunakan wasilah2 trbiyah yg tlh digariskn

tapi...matlamat ade, bola ade...blm tentu mampu utk mnjatuhkn pin tersebut begitu jgk trbiyah blm tntu mtlamat yg jelas dgn b'bekalkn eleman dn wasilah yg lngkap mampu utk melahirkn seorg mukmin yg b'kualiti sekirnya PEMAIN or NAQIB/AT td tdk mempunyai skill dlm mncapai mtlamat yg jelas....

why?
bowling m'punyai skill utk pstikn sama ade bola itu perlu b'gerak di tngh, tepi or masuk longkang...skill y mntap mampu m'hasilkn balingn yg padu dn sebaliknya. ade org skill main bowling tngan b'ayun2...ade yg skill kaki b'silang..ade yg skill b'lari smbil baling...semua itu t'plng kpd pemain utk memastikan pin itu jatuh..

begitu jgk naqib/at...t'plng pd kalian sama ade utk mngunakan skill b'lari, b'jalan, lemah lembut dn sebagainya bagi memastikan mtlamat trbiyh t'capai. skill yg mntap mampu utk melahirkn anak usrah yg mantap. maka nuqaba' harus memainkn peranan pntng bagi memastikan elmn trbiyah t'laksana dgn mengunakan wasilah yg disediakn bersesuaian dgn jiwa dn hati manusia...

nuqaba' harus rajin b'fikir dan kretif dlm membentuk jiwa dan hati manusia (^_^)

tazkirah ringkas sambil makan durian b'sama
ukhti Nur Zalikha, Siti Norfarahanim ukhti Fatin Nasibah Nor Afiqah Isa dll

Isnin, 12 Disember 2011

Kerana Aku Terlalu Cinta..

Hari ini,
ia menitis lagi..
biarpun aku telah nekad dan berjanji
pada diriku ini..
yang aku tidak akan biarkan ia mengalir lagi..

hari ini,
aku berlakon lagi..
menahan kasih yang tidak kesampaian..
menahan rindu yang kian terpendam..
menahan rasa yang tidak dapat diluakan...

hari ini,
ia menitis lagi..
bagai aku melanggar sumpahku sendiri..
aku terlalu sepi..
dalam kamar yang penuh dengan memori..
aku biarkan ia mengalir pergi..

Tuhan,
kenapa kau dera perasaanku..
kenapa kau lukakan hatiku..
kenapa kau biarkan perkara ini berlaku...

maafkan aku Tuhan,,
aku tidak sanggup lagi
dengan segala cobaan yang kau berikan..
aku tidak mampu lagi untuk kehilangan..
aku tidak sanggup lagi untuk menahan segalanya...

Tuhan,,
aku tahu
yang kau lebih tahu akan apa yang berlaku..
aku tahu
yang kau lebih tahu kenapa kau buat aku begini...

Tuhan..
aku x sanggup lagi..
kerana aku terlalu cintakannya..
kenapa semua ini terjadi ..
kerana aku terlalu cinta..

AKU TERLALU CINTA...
AKU TERLALU CINTA..
AKU TERLALU CINTA..

dan aku tidak rela dengan segalanya...
aku tidak sanggup lagiii...

KERANA AKU TERLALU CINTA
PADANYA...

Ahad, 11 Disember 2011

Hatiku di sapa lagi

Allah berat benar ujian kali ni..
hatiku disapa lagi..
oh tidak..
apakah akan berlaku pencemaran hati
buat kedua kalinya..

Allah aku x sanggup lagi..
kerana hatiku memang benar-benar
sudah dimiliki..
dan pemiliknya memang sangat ku pasti..
pemilik hatiku tidak boleh disangkal lagi..

Dialah pendengar setia di kala aku sepi
Dialah perawat luka dikala aku sendiri..
Dialah segalanya.. biarpun aku hidup dan mati..

hatiku di sapa lagi..
dek gangguan yang tiada akak umbi..
kerisauan kian menjelma..
pabila hatiku disapa lagi...

kini yang aku pasti..
aku tidak mahu semuanya dinodai...
hati yang bersih hanya boleh dimiliki
oleh insan yang cinta pada Illahi...

hatiku disapa lagii..
benar-benar merunsingkan..
benar-benar merisaukan..
aku kah yang menjadi punca..
aku kah yang membuka jalannya...

ohh aku tidak sanggup membiarkan
hatiku disapa oleh orang yang tidak dikenali...
aku tidak sanggup...
biarlah hatiku menyepi.. dan tidak dimiliki...
kerana aku risau..
akan percubaan dalam menakluk hatiku..
aku takut aku lalai dan leka....
pada segala yang tidak pasti..

kerana aku perlu tetap dengan segalanya..
supaya hatiku dimiliki
oleh orang yang hatinya milik Illahi..
ameen...

Isnin, 5 Disember 2011

sisa yang berbaki

Terasa berat di kepalaku
memikirkan masa depan yang masih berbaki..
hatiku terasa terlalu sayu..
untuk kuluahkan rasa hatiku ini..
Pedih, Perit dan semakin sukar diluahkan..
Apakah masih ada baki sisa buat kami..??

ku pohon tapi bukan untuk ku tagihkan simpati
percayalah aku bukan menagih rindu
pada sisa-sisa yang telah pergi..
tapi sebaliknya..
dengan adanya sisa yang berbaki inilah
mendorong aku untuk ku bangun dan ku atur tapakku semula..

namun, jauh di sudut hati..
aku masih mengharapkan pada sisa yang berbaki ini..
terus dan terus melangkah dan mengorak..
apakah semua yang terjadi ini
harus ku letakkan di bahuku sendiri..
jadi apakah sisa yang berbaki ini
tidak mahu menghabiskan tugasannya..

aku sebagai peneraju..
walaupun yang tinggal hanyalah sisa yang berbaki..
aku tetap perlu teguh berdiri..
kerana sisa yang berbaki inilah yag masih bersamaku..
biarpun hanya sisa yang berbaki..
tapi cukup bermakna untuk ku harungi ranjau ini..

tiada lagi kata maaf yang keluar dari bibir mulusku ini..
kerana aku bukan lagi insan yang menagih simpati..
tapi kini aku akan menjadi insan
yang sentiasa teguh berdiri..
walaupun aku sudah tidak punya hati lagi..
biarlah ia berlalu pergi...