Isnin, 19 Oktober 2009

Berdoalah pada Allah


Doa dari segi bahasa dapat didefinisikan sebagai panggilan atau meminta pertolongan(memohon bantuan daripada Allah). Di dalam Al-Quran pengertian doa dapat dilihat daripada pelbagai aspek. Dalam surah Yunus ayat 16 membawa makna doa adalah ibadah (beribadah kepada Allah). Manakala dalam surah Al Mukmin ayat 60 pula.. Firman Allah "Mintalah kepadaku . Aku perkenankan permintaan kamu itu" ayat ini menjelaskan bahawa doa ialah permohonan.

Semua orang berhak berdoa kepada Allah. Allah tidak memilih dan tidak membezakan sesama makhluknya... terutamanya kita sebagai hamba Allah.. Allah tidak mengira sesiapa untuk memperkenankan doanya.. Kita sebagai hamba yang kerdil di sisi Allah perlu menitipkan rasa yakin akan keagungan Allah... yakin bahawa Allah mendengar segala yang kita curahkan kepadanya..yakin bahawa Allah mengetahui tentang semua perkara yang akan berlaku, telah berlaku dan sedang berlaku.. ingatlah.. bahawa hanya kepada Allah tempat mengadu.. mengadulah pada Allah nescaya ketenangan akan diperolehi.. berceritalah kepada Allah sudah pasti kita akan mendapat khabar yang gembira.. di penghujungnya nanti.. jangan lupa berdoalah kepada Allah kerana Dialah yang Maha Mengetahui...

Antara orang yang Mustajab doanya ialah:
  • Doa para Nabi
  • Doa Orang yang Soleh
  • Doa kedua ibu bapa
  • Doa Anak yang Soleh untuk kedua-dua Ibu Bapanya
  • Doa penghafal Al-Quran
  • Doa orang yang Berpuasa
  • Doa pemimpin yang Adil
  • Doa orang yang dizalimi
  • Doa Orang yang berperang di jalan Allah
  • Doa Orang yang sedang menunaikan Haji
  • Doa bagi Saudaranya secara senyap-senyap
Antara orang yang ditolak doanya ialah:
  • Orang yang menggunakan barang-barang haram
  • Orang yang hendak di segarakan doanya
  • Orang yang tidak yakin dan tidak beranggapan baik dengan Allah
Adab-adab Berdoa:
  • Memilih waktu dan tempat yang baik
  • Dalam keadaan yang mulia seperti bersih, berpuasa, berwudhuk dan ketika bersujud
  • Mengadap kiblat
  • Merendahkan suara
  • Berkata-kata dengan sopan
  • Khusyu' dan merasai kehebatan Allah di dalam hati
  • Mengulang doa yang sangat dihajati untuk diperkenankan oleh Allah
  • Bertaubat sebelum berdoa ( beristighfar 3 kali)
  • Menadah tapak tangan ke langit
  • Memuji dan menyebut nama Allah
  • Berselawat ke atas Nabi
  • Mengakhiri doa dengan mengucap syukur kepada Allah.
Tujuh perkara yang menyebabkan doa ditolak:
  • Kamu telah melakukan amalan yang dimurkai oleh Allah dan tidak bertaubat serta tidak menyesali perbuatan itu.
  • Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak memerhatikan perintah-perintah dan larangan-larangan di dalamnya.
  • Kamu telah berkata kami hamba Allah tetapi tidak berlaku taat seperti taatnya seorang hamba kepada majikannya.
  • Kamu mengaku umat Nabi Muhammad tetapi tidak melakukan sunnahnya.
  • Kamu mengaku bahawa dunia ini tidak berharga di sisi Allah, tetapi kamu merasa tenteram dan seronok di dalamnya.
  • Kamu berkata bahawa dunia ini akan hilang tetapi kamu melakukan seakan-akan hidup selamanya.
  • kamu mengakui bahawa akhirat itu lebih baik daripada dunia tetapi kamu tidak bersungguh-sungguh mencari bekalan untuk akhirat.
Oleh itu, marilah kita berdoa kerana doa itu adalah senjata orang mukmin. Ingatlah dengan berdoa, kita akan mendapat ketenangan, mendapat naungan daripada Allah, dan mendapat perlindungan daripada Allah.. Sekian..

Sumber: Badri Haji Taib. 1995. Doa Tuntutan dan Pengertian

Khamis, 8 Oktober 2009

Percayalah


Hatiku berbaur rindu...
Rindu kepada insan yang memahamiku....
Kenapa perkara ini berlaku?
Sedangkan aku masih memerlukanmu...
untuk..
membantuku menyelusuri jalan yang berliku...
masih ingatkah kau pada diriku?
Atau kenangan lama telah lupus di ingatanmu...
Ahh... ketepikan perasaan ku itu...
Aku pernah mengharapkan sesuatu...
Suatu perkara yang indah daripadamu...
iaitu menjadi tempat untuk ku cucuri segala resah gelora hatiku...
Wahai sahabat yang cukup memahamiku...
Jangan kau tinggalkan aku...
dalam mengharungi mehnah dan tribulasi di sini...
Jangan kau tinggalkan aku...
dalam meniti hari-hari tanpamu...
Masih ingatkah kau tentang aku di sini..
Ya.. di sini...
di saat ini aku memerlukan seseorang...
untuk ku luahkan isi hatiku...
Dan.. seseorang itu adalah kau sahabatku....
kerna hanya kau yang memahamiku...
Percayalah.... hanya kau...