Ahad, 29 Januari 2012

Untuk Awak..

Awak..
saya baru nak kenal awak..
saya baru nak rapat dengan awak..
saya baru nak tahu hati budi awak...

tapi hari ni saya dah sakitkan hati awak..
saya tahu perit utk awak terima..
saya tahu sakit utk awak menelannya..

lepas awak cakap begitu..
baru hati saya tersedar..
yang saya sudah melampau dengan awak...

awak..
awak baik..baik sangat..
awak terlalu baik...
awak baik sangat....

saya salah awak...
lidah saya ni awak...
lancar bertutur dengan ayat2
yang awak x selesa nak dengar..

mulut saya ni awak..
selalu bercakap sebelum otak saya
sempat memproses.. tentang baik buruknya..

awak hakikatnya kali ini
saya dah terlepas menyakiti hati awak...
saya tahu...
saya dah x leh pusing semula masa tu awak...

yang dah berlaku saya x leh padam lagi dah...
saya tahu dalam diam awak terluka
saya tahu dalam senyum awak derita..
saya tahu.. even awak x pernah mengatakannya

saya sedar awak...
saya belum cukup rapat utk kenal awak sepenuhnya..
saya belum cukup mesra untuk mengetahui rahsia dalam hati awak...

tapi saya nak bagi tahu awak..
yang saya bersedia menjadi pendengar utk awak..
saya rela sekiranya ...
awak ingin luahkan yang awak kecewa dengan sikap saya..
saya tahu saya bukan idola yang terbaik utk awak...
saya tahu semua tu..

sebab saya selalu sangat terlupa tentang sikap buruk yang ada pada saya...
sikap buruk ini jugalah yang menyebabkan awak terasa kan...

awak..
saya minta maaf awak..
saya x dak niat utk semua itu awak..
masa tu saya hanya fikir...ini yang terbaik utk awak...
mungkin cara saya salah awak..
saya minta maaf..


awak..." saya minta maaf.... awak... jangan pergi jauh dari saya"

harapnya awak terbaca...

Kadang-Kadang

kadang-kadang kita lupa yang manusia punya hati..
kadang-kadang kita lupa yang manusia mudah disakiti..
kadang-kadang kita lupa yang luka manusia sukar diuba
ti..

kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan
kita suka menyakiti..
kita suka menindasi..
kita alpa dengan perkara yang hakiki..
kita alpa dengan percaturan yang Allah beri..

dan disebabkan kadang-kadang jugalah
kita selalu melakukan perkara yang sama..
walaupun kita sudah sedari akan kepahitannya..

kita selalu melakukan kesilapan yang sama..
walaupun ketika kita melafazkan bicara
kita sedar yang kita sedang menyakiti...

kita masih terus dengan kesalahan yang sama..
walaupun ketika kita bertindak kita
tahu akan ada hati-hati yang terluka..

kita masih mengulang yang sama..
walaupun kita tahu ia boleh menjarakkan
hubungan yang sedang terbina...


kadang-kadang kita rasa kita berada di tempat yang sebetulnya..
kadang-kadang kita rasa yang kita sudah cuba yang terbaik utk se
muanya..
kadang-kadang kita rasa yang kita lebih tahu segalanya...


kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan..
kita menutup peluang utk orang lain berbicara..
kita menyekat telinga kita untuk mendengar penjelasan yang sebenarnya..
kita menghalang minda kita utk berfikir perkara yang baik tentangnya..

dan kerana kadang-kadang ini jugalah...
kita akan mula kehilangan sahabt kita perlahan-lahan..
kita akan mula terasa dengan perkara yang x sepatutnya..
kita akan mula melihat yang kita semakin jauh dengan orang y kita cinta..


kerana banyak sangat kadang-kadang...
kita lupa yang tidak semua orang boleh menerima penjelasan
sekiranya perkara yang dikatakan kadang-kadang tetapi berulang-ulang...

"Surah Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”.


buanglah sikap kadang-kadang..
fikirlah perasaan orang..
lihatlah dulu keburukan yang ada dalam diri kita..
lagi berkata tentang orang..
keburukan sendiri akan terbuka jua akhirnya...

"maafkan saya "

Khamis, 19 Januari 2012

Jawapan pada Sebuah pertanyaan

Buah hatiku

Kau bukan sahaja sekadar boleh menjadi bunga
dalam hidupku malah kau lah..

matahari.. pelangi.. bintang .. dan juga bulan..
sebaik sahaja kita melafazkan ikrar..
utk sama-sama berukhwah dalan jalan y Allah susun indah...

buah hatiku..
ku harap kau akan jadi seperti bunga ....
bunga yang akan datang
utk menceriakan hidup sahabt tika gembira dan sedih..

ku harap kau berperanan seperti pelangi...
pelangi yang akan datang memberi sokongan
tatkala air hujan turun di mata sahabatmu ini..

ku harap kau jadi seperti matahari..
matahari yang datang memberi pencerahan
pada setiap kekeruhan yang terjadi dalam ranjau hidup sahabt mu ini..

ku harap kau bersinar seperti bintang..
bintang bersinar yang memberi ruang pada
keindahan cahayanya untuk berlabuh di hati sahabat yang lain..

ku harap kau terang seperti bulan..
biarpun hari bertukar malam..
tapi kau tetap muncul memberi panduan dan pedoman..
pada insan yang memerlukan..
biarpun gelap tapi kau tetap di situ seperti bulan...
tidak penat dan tidak jemu....

teringat kata2 kau sahabat...
tatkala kita memilih jalan ini..

kita tidak ditaburkan dengan kemewahan yang hakiki..
tetapi kita disediakan hamparan yang berduri...
tapi dihadapan sana.. syurga Tuhan yang menanti....

Buat adikku sayang


mood: rindu sahabat
ku titipkan lagu ini khas buat:
adikku sayang

penulis blog halawatul ukhwah...
semoga ukhwah yang terbina atas landasan fisabilillah
dapat melahirkan ukhwah fillah..
"ameenn"


Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan

Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan,
tika aku
Diuji dengan dugaan...

Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan
Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran

Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu,

oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga Mekar tidak pernah layu
Damainya hati Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan

Mengharum dalam harapan

Moga kan kesampaian kepada Tuhan

Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri

Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

Sabtu, 7 Januari 2012

Masih Mengharap

suara dengarkanlah aku..
apa khabarnya pujaan hatiku..
aku di sini menunggunya..
masih berharap di dalam hatinya..

di sini.. aku masih sendiri..
melalui hari-hari sepi..
aku tanpamu...

suara dengarkanlah aku..
apakah aku masih dihatinya..
aku disini menunggunya..
masih berharap di dalam hatinya..

Jumaat, 6 Januari 2012

Aku & Dia Milik Nya


saat ini..
fikiranku mula melukis sesuatu..
tentang tarikh keramat yang ku tunggu..
apakah ianya akan jadi istimewa buatku??

saat ini..
aku mula merindui..
pada kasih yang bukan lagi milikku..

saat ini..
aku mula melepaskan rasa itu..
kerana itu adalah pilihan aku...

saat ini..
aku mula melihat diriku sendiri..
apakah aku layak untuk bercakap soal ini..

saat ini..
aku mula mengakui...
dalam diam aku mula memerhati...

saat ini..
aku sedar yang Allah lagi tahu..
akan semua yang akan terjadi..

saat ini..
aku mengharapkan sekelumit kasih...
secangkir rasa sayang
dan ku lemparkan sepenuh percaya...
pada

CINTA PERTAMAKU..

Allah yang Maha Kuasa...

Saat ini
aku terlalu rindu untuk bersamaNya..
Ya Tuhan.. pandanglah aku..
Manusia hina dan kerdil di sisimu..
Aku terlalu rindu pada Mu ...
Aku terlalu rindu....

Sudah lama kita tidak bertemu..
pandanglah Aku...

Aku adalah Hamba MU...
Dia juga adalah Hamba MU...
Aku dan Dia adalah Milik MU...

Allah..

Ahad, 1 Januari 2012

Tak Ternilai


Hari merupakan hari yang paling bernilai bagiku..
kerna hari ini.. bnyak perkara Berfaedah yang telah aku lakukan...

hari ini.. dapat kurasakan bahawa
masaku... jiwaku.. semangatku.. pelajaranku..
semuanya terisi dengan penuh keadilan..

kenapa ku katakan keadilan??

kerana sebelum ini bnyak sangat masa terluang yang tidak terbela nasibnya..
aku terlalu leka dan alpa..
entah apa yang aku buat pada masaku yang sebelum ini..

entah apa yang ku fikirkan sebelum ini..
entah apa yang sumbangkan sebelum ini..

baru ku sedar akan nikmat menguruskan masa..

lagi indah jika disusuli dengan redhoNya..
lagi indah jika diikuti dengan perbuatan sentiasa mengingatiNya..

lagi indah jika dipayungi dengan nikmat berukhawah di jalanNya..

baruku sedar nikmat masa yang begitu berharga..
Allah... terasa indah jika disusun satu persatu..
semuanya dapat dipenuhi denga sebaiknya...
bukan hanya sekadar mengejar kerja dunia..

malah kerja untuk akhirat dan agama juga mempu dilaksanakan..


pengalaman meniti hari ini.. begitu bahagia..
buat hati yang kosong ketandusan bekalan agama..
bnyak.. banyak.. perkara yang aku tidak sedar..
Allah bg secara terus tapi aku yang tidak perasan..
terima kasih Allah...


hmm sedikit perkongsian buat sahabat yang membaca..
(perkongsian ini adalah hasil perbincangan dan merangkumi pelbagai perkara huhu..)

junior A: x leh study x masuk...?? (aku menegur bacalah doa).. sahabat A jawab..
bca doa kedua ibu bapa ( baru mendapat berkat dan redho.. kalau nak belajar kena baca doa utk ibu bapa juga disamping doa belajar dll moga Allah mudahkan)

junior B: didik jasmani (tarbiyah jasadiah) tu penting utk kesihatan ( azam tahun baru nak kuruskan badan mcm junior D hehe....)

junior C: kalau kita sihat tubuh badan.. akal sihat.. akal sihat.. leh wat ibadah.. dan rohani meningkat.

junior D: hmm dalam Islam bnyak perkara yang penting salah satunya ialah jasad.. atau tubuh badan.. sbb dengan adanya tubuh badan yang sihat kita dapat buat kerja.. dan dalam Islam juga ada menyuruh kita menjaga tubuh badan.. dalam muasofat Tarbiyah ( sifat2 tarbiyah) ada juga menekankan tentang kekuatan tubuh badan ( qawi al jismi).. jadi nak katanya tubuh badan sangat penting dalam proses memberi didikan pada diri..:)


kesimpulannya..
kami bercerita tentang tarbiyah jasadiah (didikan tubuh badan)
bnyak cara kita nak didik tubuh badan kita..

contohnya bersenam, jaga pemakanan.. dan
kalau kita x jaga tubuh badan kita dengan baik maka....

ibadah kita pada Allah akan terjejas..

sama-samalah kita jaga tubuh kita selepas ini..
tepuklah bahu anda dan berdoalah:

"Aku sayang akan tubuhku.. Jauhilah daripada sebarang penyakit yang mengganggunya.. peliharah kesihatan tubuhku Ya Allah supaya tidak penat utk tunduk dan beribadah kepadaMU.. ameen