Khamis, 24 Mac 2011

khas buat sahabat di sisiku

hatiku menjadi sayu..
pabila kulihat air matanya mengalir..

hatiku menjadi pilu..
pabila ku dengar rintihan hatinya..

hatiku menjadi kaku..
pabila ku pandang matanya..

insan yang tenang dan hatinya tidak pernah bergelora..
menjadi kekuatan aku dikala suka dan duka..

hari ini kulihat air matanya mengalir...
aku menjadi terkelu...
inginku bantu.. tapi aku tidak tahu..
kerana aku dan dia berada di persimpangan yang sama..

saling menderita..
perasaan bergelora silih berganti...

kenapa sahabat... janganlah begini..
ku perlukan ketenangan engkau yang dulu...
ku perlukan semangat engkau yang jitu..
ku perlukan kata-kata hikmah tulus dari hatimu...

tatkala kau mengalirkan air mata..
hatiku menjadi hiba..
tapi apakandaya aku sahabat..
aku masih setia.. bersama..
tapi kita tidak mampu mengubah segalanya..
kita perlu belajar menerima dengan redho..

kita kini berada di persimpangan..
dan kita sedang memilih jalan..
ayuh sahabat..
kita berpimpin tangan melangkah.. dengan penuh kepastian
dan dengan niat membawa pembaharuan..
ukhwah kita jadikan tonggak utama dalam perjuangan..
moga Allah memudahkan segala urusan..

hatiku menjadi hiba kembali..
tatkala ku dengar rintihan hatimu..
sahabat kau wanita bekerjaya yang adil dan saksama..

ku kenal dirimu wahai sahabatku..
ku sanggup menadah payung untukkmu..

andai payung itu bocor..
kita akan basah bersama..
mengahrungi badai- badai yang melanda..
biar duka mahupun lara..

sahabat..
kuatkanlah semangat..
kerana perjalanan kita masih jauh..
ingat... Allah datangkan ujian atas kemampuan setiap hambanya...
ku perlukan kau sahabat..
dalam meneruskan perjuangan...
kita harungi bersma..
moga Allah mendengar rintihan setiap hambanya....

Jumaat, 18 Mac 2011

kesabaran yang benar-benar diuji....

hari itu dah sabar..
kelmarin sabar...
semalam pon sabar...
hari ni pon sabar..
tadi pon sabar...
esok pon sabar lagi..
akan datang sabar lagi...
sampai bila nak sabar nieh...
oh kesabaran yang benar-benar diuji....
Allah...

Jangan hanya menunding jari....

Janganlah kita menunding jari ..
Lebih baik kita koreksi diri..
Jangan kita sekadar keluarkan rasa hati..
Jika kita tidak ingin memperbaiki diri..
Jangan kita memendam hasad dengki..
Lebih baik kita berzikir sucikan nurani..
Jangan kita mempertikaikan kemampuan manusia..
Jika kita x sehebat Ilahi..
Jangan kita asyik membela diri..
Jika kita pon belum pasti..
Jangan kita jatuhkan keyakinan sahabat disisi
Kerana Allah lebih mengetahui..

Andai kalian mempunyai rasa tidak puas hati,...
Datanglah berjumpa empunya diri..
Andai kalian rasa meragui...
Fikirlah kebaikan dan keburukan yang dimiliki...
Andai kalian tidak berkeyakinan tinggi..
Pandanglah ke bawah lihatlah anak2 kecil2 ini..
Janganlah membuat andaian sesuka hati...
hehe

Andai kalian mempunyai rasa tidak puas hati..
Jangan dipendam di dalam hati..
Pemimpin yang baik mempunyai keadilan yang tinggi...
Lihatlah ke bawah.. kami bukan siapa2..
sekadar anak2 kecil yang perlu diperhati..

Andai kalian mempunyai rasa tidak puas hati...
lihatlah diri kalian sendiri...
mengapa kita dikatakan mempunyai masalah hati,,,??
sedangkan yang disangka mempunyai masalah hati tidak mengetahui..

janganlah kita berburuk sangka...
cubalah bertanya...
pasti kalian akan mendapat jawapannya...
Tanyalahhh....

semua manusia ada buruk baiknya......

: peringatan utk diriku sendiri...

Ahad, 13 Mac 2011

Apakah mereka juga cuba memahami??

aku disini, dibawah desiran tiupan angin..
aku disini melihat manusia berlalu dan pergi..
aku disini, memandang hingga jauh disudut ekoran anak mataku..

di hadapanku , tersusun megah bangunan tinggi..
di hadapanku teratur indah ragam manusia..
mereka berjalan dan pergi..

aku tetap disini menunggu insan yang ingin menemuiku..
matlamat dan arah tuju mereka dan aku tidak sama..
masing-masing sudah punya destinasi tersendiri...

aku?????
belum mengorak langkah lagi..
lantas ku amibil pena ku coretkan rahsia dihati..
mungkin hasil coretanku kalian tidak mengerti..
tapi itulah aku ..
yang kadang-kadang tersirat dan tersembunyi....


selalu aku dinasihatkan supaya menerima dan mempelajari..
tidak ku nafikan manusia punya pelbagai pekerti..
dan ku akui ku cuba memahami...

TAPI PERSOALANNYA ????
APAKAH MEREKA JUGA CUBA MEMAHAMI?????
TEPUK DADA TANYALAH IMAN....

penilaian manusia berbeza -beza..
pendapat mereka juga tak sama..
lihatlah kembali pada diri kita..
kita punya paras rupa berbeda..
hasil ciptaan yang Maha Esa...

jika rupa paras kita pon ada bezanya..
apatah lagi dengan sikap manusia..

setiap yang Allah cipta ada sebabnya..

stesen ktm rawang..
1.32 ptg..
120311..

Selasa, 8 Mac 2011

Niatku di salah erti

Akukah yang kesorangan
menghadapi liku-liku ini
akukah yang kesepian
memendam rasa dihati

maafkan aku kalian semua
andai maksudku di salah erti
maafkan aku kalian semua
andai tanggungjawab itu aku monopoli

aku tidak mempunyai niat dan rasa tidak puas hati
aku lakukan semua ini kerana
aku sentiasa inginkan yang terbaik
untuk kalian dan diriku sendiri
aku ingin melihat sinar pelangi di mata kalian...

rupanya maksudku di salah erti
aku sekadar mengingatkan diriku sendiri
lantas aku bertindak membantu yang memerlukan
bukan niatku hendak memerli
tapi sekadar untuk memenuhi kelompongan yang terjadi

niatku disalah erti
maafkan aku andai tutur bicaraku menyakiti kalian
aku masih berusaha mengawal diri
supaya semburan minyak wangi
tidak terkena pada orang disisi

aku tidak pernah mempertikaikan soal
menghargai dan dihargai
aku bukan tidak pernah mensyukuri..
jasa kalian yang menggunung tinggi..

cuma.. ku harap kalian masih sudi..
berkhidmat di penghujung tali..
cuma aku minta kalian...
saling memahami dan mengerti.....

maaf......niatku disalah erti...