Ahad, 15 Julai 2012

mimpi semalam..

semalam.. 
aku memejamkan mataku
dengan ditemani suara unggas 
yang bernada sayu..

semalam aku memejamkan mataku..
dengan hanya berbantalkan lengan.. 

semalam.. aku memejamkan mataku.. 
dengan mengharapkan mimpiku adalah sebuah impian..

semalam..  aku memejamkan mataku... 
dengan meletakkan segunung harapan.. 

semalam aku bermimpi.. 
ditemani oleh seseorang.. 
untuk mengemudi hari-hari sepi... 

semalam aku bermimpi.. 
dipimpin oleh seseorang... 
untuk mengharungi denai-denai 
yang berliku ini.. 

semalam aku bermimpi.. 
senyumanku.. disambut dengan penuh keikhlasan.. 

namun.. 
semua itu hanyalah sekadar mimpi semalam.. 
mimpi semalam yang tak dapat ku lupakan.. 

alangkah indahnya... jika..
harapan dan impian 
yang telah ku lihat semalam..
kekal dan nyata.. 
bukan hanya sekadar
 bayang-bayang dan angan-angan..  

alangkah indanya.. jika.. 
mimpi semalam.. 
boleh menjadi hakikat hari ini.. 

malam ini,
aku akan memejamkan mataku lagi... 
moga mimpi semalam datang bertandang... 
kerana... aku gembira...
dengan mimpi semalam 
yang membahagiakan...

dan  kerana mimpi semalam
ia boleh membawa senyuman yang berpanjangan... 


PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. (20 MARKAH)


PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. (20 MARKAH) 
  1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja (tulis di bahagian bawah sebelah kanan). 
  2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan. 
  3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.  
  4. Sintaksis- ringkas dan padat.  
  5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan 
    • menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti. 
    • Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat. 
  6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun). 
  7. Pengiraan perkataan berikut - SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.   
    • Kata nama khas - nama orang, tempat, judul buku dll  
    • Kata sendi - kepada, daripada, ke, dari.  
    • Kata hubung - biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.  
    • Penanda wacana - Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll  
    • Kata ganda - murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll 
    • Kata majmuk - beg tangan, kereta api, adat istiadat dll 
    • Peribahasa/simpulan bahasa - anak emas, ulat buku, hati batu dll 
  8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.
  9. Pemarkahan ringkasan.
    Markah isi ( 10 markah ) - 1 isi = 2 markah. 
    Bahasa ( 10 markah ). 
    • Bahasa amat baik dan cukup lancar. 
    • Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.  
    • Penanda wacana yang sesuai.  
    • Ejaan dan tanda baca yang betul. 
  10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan  
    • Bahasa kurang lancar. 
    • Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara. 
    • Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal. 
    • Melebihi 80 patah perkataan. 
    • Isi kurang. 
    • Pelajar menyalin bulat-bulat teks. Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah anda akan ditolak sebanyak 50%.

Sumber: BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU PMR 2010

copy from..:

Isnin, 9 Julai 2012

Perubahan

Perubahan.. 
setiap perubahan yang hadir amat menyakitkan..
bila kita berubah.. 
pasti ada yang tidak dapat menerimanya.. 
bila kita cakap kita nak berubah..
pasti ada yang tidak menyetujuinya.. 

Perubahan.. 
setiap perubahan yang datang boleh melukakan.. 
bila kita berubah.. 
pasti ada yang mengambil kesempatan
untuk bercakap tentang perubahan yang kita lakukan..

Perubahan..
merupakan satu fasa dalam kehidupan..
bila kita berubah.. 
pasti ada yang berkata kita kian melupakan.. 
melupakan segala kenangan.. 

Perubahan..
setiap manusia ingin berubah ke arah kebaikan.. 
mencari yang terbaik untuk kehidupan yang akan datang..
pandanglah kehadapan.. carilah ketenangan.. 

Perubahan...
Setiap perubahan yang dilakukan.. 
pastikan ianya bermanfaat untuk setiap insan.. 
yang hadir dalam setiap detik masa yang diperhitungkan.. 

CARILAH PERUBAHAN YANG MEMBAWA KEBAIKAN 
WALAUPUN IANYA MENYAKITKAN.. 

Isnin, 2 Julai 2012

Melepaskannya Jua..

Sekali lagi 
aku melepaskan.. 
sekali lagi,
aku membiarkan..
sekali lagi, 
aku memejamkan mataku 
dan aku berkata tidak.. 

aku sekadar manusia biasa..
yang tak pernah lepas daripada merasai.. 
ingin memiliki dan dimiliki..

aku hanya sekadar manusia sederhana.. 
yang tak pernah terlepas dari mengharpkan.. 
mendambakan Si Dia datang membawaku 
mengenal jalan Tuhan..

aku hanya sekadar manusia kecil yang tak punya apa..
yang hanya ada cuma ilmu yang sekelumit cuma.. 
yang mengharapkan Si Dia datang.. 
memimpin aku mengenal syurga dan neraka..

aku hanya sekadar manusia miskin yang x punya harta.. 
yang ada hanya sedikit budi pekerti dalam berbahasa.. 
yang sentiasa mendoakan supaya.. 
Si Dia datang bersama redho-NYA.. 

semalam Si Dia datang menjanjikan bahagia.. 
semalam Si Dia datang menaburkan janji setia..
semalam Si Dia datang membawa wajah yang ceria.. 

namun, 
hari ini.. yang tinggal hanyalah kenangan yang bersisa.. 
hari ini.. yang ada hanyalah hati yang terluka.. 
hari ini.. yang ada hanyalah hati yang mencari TUhannya.. 

moga Allah memberi yang terbaik untuk kedua-duanya.. 
ameen..