Jumaat, 26 September 2014

Taklimat Frog VLE

hari ini hari sabtu.. 
kena hadir taklimat frog VLE kat sekolah
pukul 8 pagi - 2 petang.. 
SELAMAT BERTAKLIMAT  
BUAT SEMUA GURU SMK LUNAS.. 

Penempatan 2014

Alhamdulillah ku panjatkan syukur pada Allah..
telah ditempatkan di :
SMK LUNAS, LUNAS KEDAH.
mula bertugas 1 JULAI 2014.. 

maka bermulalah episod PJJ antara
ABAH
UMMI
ADAM

bulan pertama dipostingkan adalah bulan ramadhan..
adam dijaga sebentar oleh mak di alor star 
sementara aku mencari pengasuh dan proses aku menyesuaikan diri di lunas

suamiku pula pulang ke ibu kota bagi menunaikan tugasnya.. 
tinggal ummi dan adam hidup berdikari.. 
cabaran sebagai seorang ummi muda..
membesarkan anak tanpa suami disisi..

kini sudah hampir 3 bulan aku menjaga adam..
alhamdulilah adam sudah 7 bulan.. 
sudah boleh meniarap mengesot kebelakang, berpusing2
dan yang paling aku suka.. adam dah kenal umminya.. :)

alhamdulillah tidak susah membesarkan adam.. 
tidak banyak kerenah.. 
dengan sokongan rakan2 serumah memudahkan lagi penjagaan adam.
terima kasih sahabat kerana membantu.. 

syukur ya tuhan atas segala percaturan kau untuk aku dan keluargaku.