Rabu, 30 Jun 2010

Nak Jaga Rahsia...

selamat hari lahir dan terima kasih buat yang merancang ..


bergambar selepas majlis tersebut..

Hari ini rasa tertarik pula nak kongsi satu cerita lawak.. entah kenapa perasaan ku terasa lucu.. pada malam ini.. ini pasal nak jaga RAHSIA.. susahnya nak jaga rahsia kan.. hmm sebenarnya malam ni ada suprise birthday party untuk beberapa orang sahabat nieh.. kami reramai pon membuat perancanganlah...kebetulan kami ada wat perjumpaan .. kononnya target meeting abih pukul 12 sekali pukul 11.20 dah abih... maka terpaksa tukar pelan...bagi aku pelan berjalan hampir lancar dan aku menunggu panggilan daripada pihak yang bertanggungjawab .....namun apa yang lawaknyya sebahagian sahabat yang lain berada dalam bilik JMK aku pon x sangka yang bilik itu akan berada dalam keadaan gelap.. kusangkakan semua orang xder kat dalam bilik tu.... sekali tau ape yang lawaknnyaa... ( bilik tu gelap....+ berkunci....+ tapi kasut penuh..) hehe memang pelik lah kan... sekali bila pintu terbuka... HAH.... supRISE.....!!!!! tu je...

Kenapa aku kata susah nak jaga rahsia...sbbnya x nak bagi pemilik birthday tu perasaan perancangan kami ni hah.. begitu jugak dalam hubungan sesama sahabat.. banyak benda yang nak dikongsi bersama... lagi bnyak kita kongsi ngan sahabat.. lagi banyak lah rahsia kita kat dia.. tapi bukan senang nak cari sahabat yang boleh simpan rahsia kita.. yang kita betul-betul percaya.....hmm ustaz selalu kata kita kena sentiasa berlapang dada...

Jadi, sebagai manusia biasa anda juga pasti mempunyai RAHSIA kan.. kalau bukan rahsia diri sendiri.. anda mungkin juga mengetahui RAHSIA orang lain...

* kesimpulannya..
JAGALAH RAHSIA BAIK-BAIK YE... :)
* jangan hilangkan kepercayaan orang kepada kita...

Selasa, 29 Jun 2010

Berhibur Tiada Salahnya..


Berhibur Tiada Salahnya
Kerna Hiburan Itu Indah
Hanya Pabila Salah Memilihnya
Membuat Kita Jadi Bersalah
Disini Kita
Berkumpul Bersama
Menyanyikan Lagu Yang Suci Indah
Alunan Pujian Kepada Allah
Alunan Selawat Kepada Rasul
Hiburkan Hati Yang Masih Gelisah
Ubati Hati Yang Terluka
Ikat Kembali Persahabatan
Dengan Iman Dan Kasih Sayang
Bersungguh Kita
Dalam Bekerja
Seperti Hidup Untuk Selamanya
Beramal Soleh Sebaiknya
Seolah Esok Sudah Tiada

Jom kita Berperang Dengan..

" kamu ni cuba lah tanya kalau x tahu.. ni dok wat pandai- pandai je."

" nape ko rasa ko tu bagus sangat ker?"

" ish kenapa lah x wat macam ni... kan aku dah pesan..."

Itu adalah antara istilah yang boleh menaikkan kemarahan mana-mana individu.. tidak terlepas juga diriku. mungkin bagi kalian tidak.. tapi bagi aku mungkin... YA mungkin TIDAK.. terpulang..
kerana masing-masing ada tanggapan tersendiri.. banyak orang bercakap tentang positive thinking tapi pada pendapat aku.. mustahil tidak tercetus walau sedikit.. tapi itu tidak bermakna kita boleh beranggapan buruk pada orang lain...

Bercakap tentang kemarahan ini aku teringat satu kisah.. yang selalu didengar daripada ustaz dan guru-guru.. berkenaan hebatnya Saidina Ali mengawal perasaannya. Dalam satu peperangan, ketika bertempur dengan seorang musuh, beliau punya kesempatan bagi menghapuskan riwayat musuh, tetapi tiba-tiba musuh meludah ke mukanya.Ketika mengangkat pedang untuk menetak musuh itu, tiba-tiba beliau berhenti seketika.

Lalu musuh bertanya: "Kenapa kamu tidak bunuh saja aku?" Beliau menjawab: "Aku tidak ingin membunuhmu kerana perasaan marahku. Marah kerana engkau meludah ke mukaku...berperang kerana agama adalah kebenaran, tetapi berperang kerana marah adalah kerana nafsu." ini bukannya hendak bercerita soal perang di medan jihad, tetapi adalah perang nafsu melawan panas baran. Lihat bagaimana hebatnya Saidina Ali mengendalikan perasaan beliau, walaupun berada dalam keadaan genting, beliau dapat membezakan antara tuntutan agama dan nafsu amarah. Hmmm

Tetiba aku terfikir... kita pula bagaimana? dapat ke kita kawal...? bagi aku mungkin sukar.? tapi biasanya kemarahanku x lama... fikirlah tentang kebaikan bila kita rasa tidak puas hati...

FIKIRLAH TENTANG KEBAIKAN..

nasihat utk diriku sendiri dan kalian..

Selasa, 22 Jun 2010

Hati-Hati.. Melintas Jalan..

Ketenangan yang ku cari kini menjelma kembali..
Keceriaan yang ku pendam kini menjengah kembali..
Kesulitan yang ku simpan kini berlayar pergi..
Kegembiraan yang datang membahagiakan insan disisi..

Aku bahagia.. aku gembira.. aku ceria.. dan aku suka..
Itulah yang ku cuba pancarkan sebenarnya...
Namun dalam semua ada yang kita perlu menjaga..

Jangan terlalu leka mengejar...
Jangan terlalu lalai memburu...
Jangan terlalu asyik memantau....

Takut kita tersasar...
Jauh daripada landasan sebenar..

Kelonggaran yang diberikan bukan untuk melalaikan..
Tapi sekadar untuk memudahkan..

Kelonggaran yang diberikan bukan untuk memudahkan..
Tapi cukup sekadar untuk berurusan..

Kelonggaran yang diberikan bukan untuk mengundang kemaksiatan...

tapi AWAS!!!

Kelonggaran itu bukan memberi ruang untuk mengambil kesempatan..

Duhai Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w Kebanggaan Siti Khadijah..

Berhati-hatilah....

Isnin, 21 Jun 2010

Siapakah pencetus corak kehidupan..??


"baris ye semua.. untuk ambil makanan.. sape baris cantik nanti dapat cepat.."

permulaan menggosok gigi



Entah kenapa tiba-tiba teringat aku dekat kanak-kanak tadika di kampung malau.. ,,air jada,,... terlintas di fikiran.. siapakah pencetus corak kehidupan mereka..??? begitulah ..sebenarnya, aku ada mendengar pendapat seorang sahabat tentang pendidikan.. aku sendiri sebenarnya kurang pengetahuan tentang pendidikan walaupon professionku sendiri.. huhu..semuanya bermula daripada peringkat awal..ape-ape pon perlu bermula dari awal.. bila sudah meningkat dewasa.. bukan lagi untuk dilentur.. kanak-kanak ini lahir ibarat kain putih.. kita yang mulakan coraknya.. hitamkah ? hijaukah? birukah? orenkah? itu semua kita.. GURU.. satu perkataan yang tidak asing lagi dalam bidangku..... hakikatnya.. kitalah pencetusnya..


Secebis bicara hati..

Sebelum nak mulakan bicara, aku tertarik pada satu madah yang aku baca tadi kat dalam bilik akademik khar "secebis bicara hati.." entah kenapa perkataan tersebut berjaya menarik perhatian ku.. jadi aku mengambil keputusan menjadikannya sebagai tajuk coretan hari ini.
beberapa hari ini banyak juga aku belajar, belajar tentang kehidupan.. aku selalu mengungkapkan pepatah "lain padang lain belalang" bila tercetus sedikit perasaan kurang selesa dengan orang lain. kalau dahulu jangan haraplah.. kalau hitam kataku maka hitamlah.. tidak ada putihnya..
kadang-kadang kita merasakan yang kita melayari kehidupan yang indah.. namun kita tidak sedar yang tak semuanya indah. bahtera kehidupan ini banyak onarnya.. begitu juga dalam kita mengenali orang lain ..banyak caranya..
jika dahulu, aku suka menganggap orang dengan pandangan mata pertama.. bak kata orang putih first impression lah. tapi kebanyakan first impression yang aku buat selalu tersasar.. maka aku akn mengubahnya...bagi aku manusia ini unik dan pelbagai.. jadi why not kita terima seadanya..
proses mengenali dan memahami memerlukan masa yang lama.. bukan sehari dua malah mungkin berabad lamanya.. kita mungkin merasakan yang ada insan yang sama seperti kita.. tapi setiap yang diciptakan adalah berbeza.. kalau kita tengok pada pasangan kembar pon cop jari nya berbeza kan.. itulah sebenarnya kebesaran tuhan.. masyaAllah..
kita selalu menghargai benda yang telah pergi.. kita selalu mengingati benda yang sudah hilang..
kita selalu menyesali benda yang telah berlalu.. tapi benda yang di depan mata kita.. kita x nampak.. kuman seberang laut nampak gajah depan mata tak nampak..
itulah yang aku rasa sebenarnya...aku selalu mengenangkan sahabat-sahabat yang telah terbang jauh ke bumi mesir.. tapi sahabat yang ada disekeliling tak nak pulak aku kenangkan.. tak nak pulak aku rindukan.. maksud aku bukan salah nak mengenangkan yang jauh tapi yang didekat ini perlu jugak dihargai.. itulah perkara yang kadang kita lupa..
kita semua manusia.. semua ingin dihargai semua ingin disayangi.. sape yang tak nak kan....
aku mengambil prinsip yang mudah.. dunia ni ibarat roda dan dia akan berputar.. hari ini kita melakukannya .. esok mungkin kita pula.. yang menerimanya.. jadi.,, oh ya..teringat pula kata-kata sahabat sebilikku.. " kalau kita mudahkan kerja orang lain kerja kita juga akan menjadi mudah"
akhir kata,, letakkan lah diri kita di tempat orang lain sebelum kita bertindak untuk melakukannya... aku juga perlu melihat kembali.. kita akan diuji dengan apa yang kita kata...hmm

Sabtu, 19 Jun 2010

ANDA PERNAH GALI LUBANG KE TAK?

Alhamdulillah..
berkat sokongan penulis blog halawatul ukhwah.. aku terdorong untuk melihat blogku semula.. bukan niat untuk meninggalkannya.. tapi biasalah.. seribu alasan ku berikan.. untuk tidak menulis.. jika nak dikatakan .. kesibukan yang melampau.. betulkah aku ni sibuk? atau sibuk itu kujadikan alasan? hmm kenalah mula memuhasabah diri..

kesibukan yang datang..
bukan alasan untuk diri kita makin jauh.. bukan jauh dari mengupdate blog yang ku maksudkan tapi jauh dari mencari redho Tuhan..
kesibukan yang datang..
bukan alasan untuk kita makin jauh.. jauh dari mengenal erti persahabatan..
kesibukan yang datang..
bukan alasan untuk kita jauh.. jauh dari syariat Tuhan
kesibukan yang datang..
bukan alasan untuk kita jauh.. jauh dari mengenal hakikat Al-Quran..
dan
kesibukan yang datang
sebenarnya adalah ujian dari Tuhan..

aku tanpa sedar mengharungi kehidupan baru..
berstatus baru..berpewatakan baru.. berfikiran baru.. berpenampilan baru..
tapi apakah aku sedar yang ketetapan Allah tetap yang "Itu"
ya yang itu..
aku tanpa sedar telah menemui sahabat baru..
berfikiran yang satu..
terima kasih ya Tuhan.. aku bahagia.. dengan semuanya..
namun sedarkanlah aku andai aku terleka..

sehari sebelum aku menulis cerita ini, aku menemui seorang insan di surau ar-Rasyidin.. teringat lagi persoalannya kepadaku:" macam mana dengan keputusan?" sekuntum senyuman ku hadiahkan kepadanya..ku teruskan bicara dengan menyoalnya kembali.. " bagaimana nak bahagikan masa.. ish takutnya nak hadapi semester depan"
satu rungkaian gelisah di dalam hati ku lontarkan..

" boleh.. mesti boleh.." satu jawapan yang ringkas diberikan..
dan terbit satu mutiara daripada.. kata-katanya.
" orang lain gali 1 lubang tapi kita gali 2 lubang."
itulah Akademik dan organisasi..
hmm tiba-tiba ku terfikir.. :
" taklah saya gali 3 lubang"
aku memberi tindak balas kepadanya.. ( kami ketawa..)

tak kisah lah nak gali berapa lubang pon yang penting..
dalam usaha menggali lubang tersebut kita mendapat sesuatu..
yang paling berharga..

JADI : " ANDA GALI BERAPA LUBANG????"
fikirkanlah sendiri huhu