Ahad, 24 April 2011

Ku mengharap..

Bila mana aku merasa jatuh..
Ku mengharapkan Kau datang menyambut kejatuhanku..

Bila mana aku merasa resah
Ku mengharap Kau datang mengurangkan keresahanku..

Bila mana aku merasa sedih..
Ku mengharap Kau datang menyeka air mataku..

Aku benar-benar meletakkan harapan pada Kau...

Khamis, 21 April 2011

Aku dan Dia.. saling melengkapi..

Semalam aku dan dia.. sama-sama.. melihat..
mentari terbenam..

semalam aku dan dia sama-sama menikmati
keindahan alam..

semalam aku dan dia.. sama- sama melayari..
minda dan perasaan..

bila perasaan itu datang lagi..
aku dan dia ..sama-sama menghayati...

bila perasaan itu datang lagi..
aku dan dia saling mengingati..

bila perasaan itu datang lagi...
aku dan dia cuba menghindari..

aku dan dia.. sama-sama menyintai..
aku dan dia.. sama-sama menyayangi...
aku dan dia.. sama-sama menyanggupi...

maka aku dan dia
perlu merempuh ranjau yang berduri...
perlu mengharungi. liku-liku yang menyapa diri...
perlu mencari.. kekuatan sendiri..

aku dan dia dilahirkan ..
untuk saling melengkapi...
:)..

Hatiku. & Hatinya....

hatinya menangis lagi..
hatiku pula cuba menutupi...

hatinya menangis lagi..
hatiku pula cuba menjadi kekuatan untuk hatinya..

hatinya menangis lagi..
hatiku pula cuba menjadi penyuntik semangat untuk hatinya...

tapi... aku gagal kerana hatinya tetap menangis lagi...
hatiku sudah cuba sedaya upaya mempertahankan...
hatiku tidak boleh lagi melihat hatinya..
kerana hatinya menangis lagi...

hatiku... kena kuat.. supaya hatiku dapat mengawal hatinya...
hatiku.. kena semangat.. kerana aku ingin hatinya kuat...
sekuat hatiku..

hatiku.. kini memerhati akan hatinya...
apakah hatinya masih menangis lagi....

ya Tuhan ..
apakah yang harus hatiku lakukan
supaya mengembirakan hatinya...

apakah yang harus hatiku lakukan
untuk mempertahankan kekuatan hatinya...

ya Tuhan berikanlah kekuatan
bukan hanya untuk hatiku..
malah hatinya juga..

aku juga tidak akan melupakan..
hati-hati mereka juga...

kerana.. kekuatan yang diberikan oleh merekalah.. yang
telah menguatkan hatiku dan hatinya.. sehingga kini..

aku sayang akan
hatiku..
hatinya..
dan juga
hati mereka....
210411..920mlm

Rabu, 20 April 2011

Pelangi....

Saat ini.. tiba- tiba aku merindukan kedatangan pelangi..
malam yang gelap ini.. mana mungkin pelangi muncul di mataku...
tapi aku benar-benar harapkan datangnya pelangi..

pelangi bagiku membawa ketenangan..
pelangi bagiku membawa kecantikan..
pelangi bagiku membawa kegembiraan..

pada insan yang memandang...
pada insan yang memerhatikan..
pada insan yang dlam kebimbangan..

saat ini aku mengharapkan kedatangan pelangi..
untuk kujadikan tempat untuk kuluahkan rasa hati..
untuk ku kongsikan segala yang terjadi dalam hidupku kini..

saat ini.. aku menaruh kepercayaan kepada pelangi..
kerna aku merasakan pelangi merupakan tempat yang terbaik untuk aku mengadu..
aku merasakan pelangi adalah untukku..
dan aku rasakan pelangi adalah yang paling memahamiku...

saat ini aku benar- benar menantikan hadirnya pelangi..
untuk membawa aku pergi..,
melalui jalan-jalan yang bewarna-warni...
yang bakal membawa perubahan dalam hidupku...

AKU MERINDUKAN HADIRNYA PELANGI....
membawa aku pergi..

Selasa, 19 April 2011

Pemilik Sebenar Hatiku..

“Assalamualaikum...” Tanpa ku sedar ungkapan permulaan itulah yang membawa aku sejauh ini.. “Astagfirullahalazim apa yang telah aku buat ini..” getus hati kecilku.. Sedar tidak sedar hampir 4 bulan aku hanyut dalam angan-angan yang tiada penghujungnya…

Hujan renyai-renyai memandu mindaku untuk kembali berfikir tentang kehadiran insan misteri ini dalam kehidupanku.. sunyi rasanya diriku pada malam ini.. kerana telefon bimbit kesayanganku sudah tidak dihujani dengan kata-kata yang sedikit sebanyak berjaya mencuit hatiku.. dalam diam.. aku terleka dengan dunia yang ku cipta sendiri.. wajarkah aku berperasaan sedemikian..??

Aku mula memberi ruang yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa dalam diriku.. ketegasan yang kuperjuangkan kian longgar. Entah kenapa hatiku tiba-tiba merasakan bahawa kehadirannya membawa keselesaan.. sudah banyak kali aku memasang benteng yang ku anggap sangat kukuh sehingga tidak boleh ditembusi lagi.. namun rupa-rupanya bata- bata yang tersusun itu makin rapuh.. maka benteng itu sudah tidak sehebat dulu lagi..

Perasaanku mula dibuai rasa yang kononnya bahagia.. mungkin desakan hatiku yang membawa diriku melalui jalan ini.. hatiku mula memberontak perasaan ingin tahu.. tapi ku sekat supaya peganganku terpelihara.. tapi setiap kali dia muncul berhampiran denganku.. prinsipku sedikit goyah.. kerana apa? Kerana aku punya rasa ingin tahu..

Pada ketika ini jugalah.. syaitan mula menampakkan dirinya.. nafsu mula mengorak langkah melakukan tugasnya.. mindaku mula melupakan hakikat batasan pergaulan dalam agama… aku cuba menafikan supaya diriku tidak terjerumus dalam kancah yang dirancang oleh mereka ( Syaitan & nafsu) aku terus bertahan dengan prinsipku ..

Mataku memandang di luar jendela.. keadaan gelap dengan hadirnya samar-samar cahaya mengingatkan aku pada ketenangan tidurku yang diganggu…

Deringan lagu 3 malam tanpa bintang telefon bimbitku kedengaran.. sayup-sayup dalam mimpiku.. tiba-tiba aku terpaku lantas bangun, duduk dan termangu.. tatkala.. di hening subuh pagi aku dikejutkan dengan ucapan selamat pagi yang kononya sering kali menjadi permulaan hari paling bahagia bagi pasangan yang sedang memadu asmara… Tapi aku bukanlah pasangan yang sedang bercinta.. dan aku tidak rela diperlakukan sebegitu rupa…

Oh.. tidak.. insan misteri itu muncul lagi..kali ini bukan dalam bentuk illusi tapi realiti.. Ya Tuhan tetapkanlah hati hambamu ini.. perasaan ingin tahu yang ku miliki kini bukan untuk ditahan-tahan lagi.. kali ini aku memang ingin tahu.. biarlah apa yang terjadi.. biarlah dengan tanggapan orang disekelilingku.. yang penting bagi aku kini ingin menamatkan permainan yang tidak masuk akal ini..

Aku tekad.. perasaanku bulat.. aku tetap.. biarlah.. untuk yang terakhir.. aku perlu tegas supaya hatiku tidak diganggu dengan anasir-anasir yang tidak membawa aku mengingati Pencipta.. aku perlu tegas supaya hatiku tidak menjadi kotor dengan palitan maksiat yang aku lakukan..aku perlu tegas.. supaya.. hatiku tidak teragak-agak memperjuangkan hak pemilik sebenar hatiku ini.. Ya “PEMILIK SEBENAR HATIKU” kerana semua itu aku perlu tegas..

Pengalaman itu mengajarkan aku.. kenali dengan lebih dekat erti kehidupan.. terokai lebih dalam prinsip hidup beragama.. dan yang paling penting menguji aku dalam memprakktikannya ilmu yang terbuku didada..

Maka aku mulakan langkah dengan memalingkan perasaanku ini kepada yang lebih berhak.. alhamdulillah semakin berhasil walaupun pada mulanya.. kekhusyukkan solatku terganggu.. amalan harianku semakin yanqus..( menurun) solat malamku.. jauh sekali.. sudah lama ku tinggalkan.. Ya Allah aku malu dengan Mu.. aku malu.. kali ini.. aku benar-benar ingin berhenti dan tidak akan ku ulangi lagi.. Walaupun aku tidak pernah melakukan yang selebihnya..

Betullah.. setiap kata-kata kamu akan diuji..aku juga tidak terkecuali.. dan aku sedar yang aku sedang diuji.. maka kekuatan imanlah yang akan menjadi garis panduan utama.. suasana damai menemani rentak jariku di papan kekunci.. ku catat lakaran hati ini untuk memberi pedoman kepada yang lain.. walaupun aku bukannya penulis yang ternama.. aku hanyalah insan yang sekerdil Cuma..

Ingatlah sahabat jagalah pergaulan.. jangan terlalu mengikut perasaan.. kerana kelak diri yang akan merana.. jauhilah pergaulan yang tidak berlandaskan syariat Islam.. supaya tidak menyesal di kemudian hari.. bersabarlah menanti kerna bagi ku Allah menjanjikan yang terbaik untuk hambanya.. dan hanya Dialah yang tahu siapakah yang terbaik buat diriku.. begitu juga kalian..

Fikirlah dahulu sebelum bertindak.. jangan terburu-buru.. membuat keputusan… ini adalah soal kehidupan di dunia dan akhirat.. jangan sesekali mencuba.. kerana.. indahnya hanya seketika bukan untuk selamanya..

PEMILIK SEBENAR HATIKU ..ialah Allah yang Maha Berkuasa......

khar, upsi..1.11pg...200411

Khamis, 14 April 2011

Mission Statement – Fokuskan Halatuju Hidupmu !



Menilai Halatuju & Matlamat Hidup - Lihatlah dengan pandangan mata hati dari kacamata keimanan
.


Mission Statement – Fokuskan Halatuju Hidupmu !
Oleh : BroHamzah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Buat sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan dan sidang pembaca yang budiman.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Marilah dengan penuh kerendahan hati dan perhambaan kita panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat kurniaan dan pemberian-Nya.

Hari ini, saat ini dan ketika ini – Kita semua masih bernyawa, bertenaga dan memiliki keupayaan untuk terus hidup. Walaupun, saya sebenarnya agak kelesuan dari fizikal – namun, hati dan jiwa masih berkemahuan dan mempunyai hasrat untuk meneruskan kehidupan ini dengan penuh bersemangat, bertenaga dan diwarnai keimanan kepada-Nya.


Reminder

Minggu lepas ada seorang sahabat saya, Muhammad Qawiem Baki ( lepasan STAM 2010 – alhamdulillah beliau memperolehi MUMTAZ – Tahniah, sahabat !) bertanyakan satu soalan. Soalan yang menyebabkan saya sedikit tersentak.

‘ Anta dah buat Mission Statement 2011 ?. – Soalannya menyebabkan satu terfikir akan hakikat ini. Kini sudah bulan 2, dan saya masih belum review Mission Statement 2010 saya. Dan membuat mission statement yang baru. Pernyataan misi atau matlamat saya sepanjang 2010 masih belum disemak, dinilai dan dikemas kinikan.

Mission statement

Biasa anda mendengarnya ?- Mesti ada yang tertanya-tanya. Mission statement atau pernyataan misi adalah senarai matlamat, hasrat, cita-cita, keinginan, target, tujuan dan fokus yang ingin dicapai mengikut tempoh yang ditetapkan.

Matlamat yang bermanfaat buat diri, keluarga, ummah dan Islam itu sendiri.

Rasulullah SAW sendiri menyarankan agar kita memiliki hasrat, kemahuan dan cita-cita yang tinggi.

Sabdanya yang bermaksud :

‘ Berkemahuan keraslah ( berhasrat tinggi) terhadap apa yang mendatangkan manfaat kepadamu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah. ‘ [1]


Saya mulai meletakan mission statement dan menjadikan ia sebahagian daripada agenda kehidupan saya sejak tahun 2 di universiti. Setelah 5 tahun melakukannya, saya dapati ia sangat-sangat membantu saya dalam mengejar apa yang saya cita-cita dan impikan.

Anda tahu ?, dengan melakukan mission statement ini , diri ini seolah-olah diberikan satu suntikan semangat yang luar biasa untuk mengerakan segala keupayaan, kemampuan, kebolehan dan tawakkal saya untuk mengapai apa yang dihajati. Mula-mula saya kira semua ini macam olok-olok, tidak real dan macam main-main, tetapi alhamdulillah selepas menjadikan ia sebahagian daripada agenda kehidupan saya. Ia telah menginspirasikan dan memotivasikan saya untuk lakukan yang terbaik.

Berminat ingin tahu ? Bagaimana caranya ?

Mudah sahaja. Mudah ?

Ya. Mudah sahaja. Kata kuncinya ialah tulis apa sahaja hajat anda di atas sekeping kertas. Tulis dan senaraikan sebanyak mungkin. Anda ambil sekeping kertas dan pen – lalui mulakan dengan melakar, mencoretkan segala impian, cita-cita dan keinginan anda.

Ok. Sebelum anda menulis. Saya berhajat, sekiranya ada membaca, menghayati dan memahami kata-kata perangsang di bawah.

Bersedia ?

Ok. Baca dengan teliti, meresap sehingga memasuki hati dan lapangkan dada menjiwai sanubari


MATLAMAT yang jelas menghasilkan TINDAKAN yang jelas

MATLAMAT yang besar menghasilkan USAHA yang besar

MATLAMAT yang kecil menyebabkan FIKIRAN remeh

MATLAMAT memberi tenaga positif untuk terus BERUSAHA

Berusaha tanpa PUTUS ASA demi mencapai MATLAMAT

BELAJAR dari kesilapan untuk MEMPERBAIKI DIRI


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah SWT menyukai hal-hal yang luhur, dan tidak menyukai hal-hal yang rendah.” [2]

Alhamdulillah, sekarang saya kongsikan dengan anda tips untuk melakarkan dan memasang keazaman matlamat yang serius, berpijak dibumi nyata dan bukannya omong-omong kosong.

6 Syarat Matlamat ~ Agar Ia Menjadi Sesuatu Yang Serius!

Saya pernah kongsikan matlamat ini dalam penulisan saya dalam sebuah majalah. Saya ulanginya dan terdapat sedikit penambahan untuk kita jadikan sebagai panduan, pedoman, perkongsian dan peningkatan buat diri. InsyaAllah.

[1] Matlamat mesti DITULIS

Bagi saya sesuatu yang serius dan penting perlu dizahirkan ke alam realiti. Matlamat yang kita hajati dan ingin dicapai perlu ditulis di atas kertas. Saya namakan catatan ini sebagai "Mission Statement." Ia adalah sebagai bukti niat dan sasaran kita. Sudah banyak pendapat dan pengalaman orang yang berjaya, mengiyakan kenyataan ini. Tunggu apa lagi , catatkan dan lakarkan apa jua impian dan matlamat anda!

Senaraikan sahaja, seperti contoh ini :

Saya berhasrat untuk mendapat pointer 3.67 pada semester 2 ini.

Bermula 2010, saya mampu menulis sebuah artikel setiap minggu secara konsisten.

Simpanan tahunan saya untuk 2010 ialah RM 1,500.

Ini contoh sahaja, bukan saya punya pun. (‘’,)

[2] Matlamat mesti dengan NADA yang POSITIF.

Impian kita mestilah yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Fikirkan secara positif untuk mencapainya! Berfikiran positif, itu adalah langkahan awal kepada kejayaan.

Fikirkan positif. Belajar untuk positif. Bertindak positif. Dan – buang jauh-jauh apa-apa yang negatif.

[3] Matlamat mesti mempunyai JANGKA MASA. ( Time Frame)

Jangka masa amat penting untuk memastikan bahawa anda dapat mencapai matlamat selangkah demi selangkah. Kerja anda menjadi lebih sistematik dengan sistem jangka masa. Inilah masanya untuk melakukan dengan sistematik dan teratur!

Perlukan datelin ini? – Bagi saya, ia sangat perlu. Perlu dan penting. Ia akan menjadi target dan sasaran masa yang kita sendiri tetapkan dan kita akan mencapainya dengan usaha yang terbaik dan paling maksimum.

Selalu, orang bertanya. Boleh ke?

Anda percaya kepada diri anda. Ya? Yakinlah anda boleh. Ayuh tetapkan masa waktu yang relevan untuk mencapainya.

Contoh,

Saya berjaya siapkan assignment tesis Master pada bulan 7 2010. Tarikh Dateline : 25 Julai 2010.

Misi Gunung Tebu 2010. Berada dipuncak pada 26 Ogos 2010.


Itu contoh sahaja. Simple bukan? Tetapi ramai yang takut. Takut tidak tercapai.

[4] Matlamat anda, MILIK ANDA.

Jangan meniru matlamat orang lain. Setiap orang punyai matlamat masing-masing dan ia berbeza mengikut kelebihan masing-masing. Jadi, kenali potensi diri dan impianlah untuk punyai matlamat yang realistik!

Perkara ini paling penting. Bukan paling sahaja, tetapi sangat-sangat penting. Setiap kita ada potensi, kelebihan, kekuatan dan keupayaan sendiri. Be yourself! – Kata seorang pakar motivasi.

Kenali diri, fahami potensi kendiri dan tanyakan diri anda sendiri. Apa yang anda hajatkan dalam kehidupan ini. Renungi dan buatlah keputusan yang terbaik buat diri.

Anda, adalah diri anda. Jangan jadi orang lain. – Kata kawan saya, nanti kita boleh jadi gila kalau fikirkan cara untuk jadi orang lain!

[5] Matlamat mestilah PRAKTIKAL dan TIDAK MUSTAHIL dicapai.

Matlamat yang disetkan hendaklah boleh dan dapat dilakukan bukan matlamat yang membebankan dan tidak masuk akal. Anda tahu kemampuan anda! Anda mampu melakukan sesuatu selagi anda punyai keyakinan kepada diri anda!

Ya. Matlamat yang boleh dibumikan, dioperasikan dan dijelmakan dalam kehidupan. Dan yang terpenting, ia adalah matlamat yang menepati syara’ dan boleh dimanfaatkan oleh Islam.

Matlamat yang anda ghairah, seronok, teruja dan sangat-sangat dekat dengan jiwa anda. Ia akan membawa anda untuk menghampiri kejayaan dengan lebih mudah. Justeru, setkan diminda dan lakarkan matlamat yang real dan terbaik buat diri.

[6] Matlamat mesti ada FOLLOW UP & MONITORING

Maknanya kita perlu ada sistem hentian muhasabah untuk semak balik dan check balik segala tindakan kita. Adakah ia menjurus ke arah matlamat kita atau tidak. Atau anda hanya leka dengan membuang masa dengan sia-sia. Renungilah seketika, sama ada anda semakin menghampiri matlamat anda atau semakin jauh daripadanya.

Semoga sedikit panduan ini dapat membantu anda untuk merangka matlamat anda dengan baik dan cemerlang. Ia juga sebagai satu muhasabah untuk diri saya. Teruskan berimpian dan bercita-cita. Gantunglah matlamat anda setinggi mungkin untuk mencapai redhaNya. Matlamat untuk dicapai !

Tips tambahan : Tampalkan Mission Statement anda ditempat yang mudah anda lihat dan pandanglah ia tiap-tiap hari. Fokuskan dan cetuskan kepada diri sendiri bahawa ANDA ada kerja yang banyak untuk merealisasikan misi hidup anda.

Apalagi, wahai teman-teman. Teruskan perjuangan.

Keep Moving Forward!

Tingkatkan himmah yang membara untuk bergerak dan memacu kehidupan yang lebih bermakna, dan membahagiakan.

Kejayaan dan kecemerlangan adalah hak milik setiap insan. Anda berhak untuk berjaya, cemerlang, gemilang dan menggapai segala impian yang dihajati.

Syaratnya? Ayat ini adalah jawapannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Untuk kemenangan seperti ini, hendaklah beramal seperti orang-orang yang benar-benar beramal (bekerja).” [2]

Penutup : Komentar Seorang hamba

(1)- Semalam saya menyemak Mission Statement 2010, saya tersenyum sendiri. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sinar harapan dan kejayaan itu adalah milik Allah SWT. Allah SWT yang berikan. Jika kita membulatkan tekad, memohon doa pengharapan serta munajat kepadaNya yakinlah bantuan dan pertolongan Allah SWT akan memayungi kita.

(2)- Terdapat, hasrat saya yang belum dicapai. Ujian, cabaran, dugaan, mehnah dan halangan menjadi mendindingnya. Apabila disemak kembali, saya sedar Allah SWT sedang menguji dan menyayangi saya. – Saya dididik untuk banyakkan BERSABAR. MasyaAllah. – Ya Allah kerdilnya, diri ini.

(3) – Marilah sama-sama kita memasang impian, hasrat dan cita-cita yang tertinggi. Cita-cita mukmin yang mulia dan diredhai oleh Allah SWT. Cita-cita ahli syurga yang bersih jiwa dan hatinya.InsyaAllah.

------------------------------------------------------------------

[1] Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim
[2] Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Thabarani dari hadis Husain bin Ali RA.
[3] Surah as-Shafaat [37] : 61

Selasa, 5 April 2011

Dimana hatiku kini???

kau hadir.. sebelum masanya..

kau datang tika ku belum bersedia..

kau muncul tanpa ku sangka..


ohh aku belum bersedia..

jangan ganggu lenaku yang leka..

jangan ganggu urusanku yang sedia ada..


sungguh aku belum bersedia...

aku belum berani untuk menempuhinya...

harap kau faham..

jangan kau paksa..'


aku bukan siapa-siapa..

aku adalah insan biasa...

ketahuilah aku insan biasa..

yang tidak ada kelebihannya..


jangan kau bayangkan aku ini bagaimana..

kita belum pernah bersua...

jangan kau letakkan harapan...

pada angan2 yang belum tahu penghujungnya...


aku bukan seperti yang kau bayangkn..

andai aku mengatakan YA maka bukan akulah namanya..

Ya Tuhan..


perbaikilah niatku..

jagalah hatiku..

aku sedar apa yang berlaku..

tapi aku sendiri tidak mampu menanganinya...


aku sedar tapi aku tak mampu..

salahkah aku jika kesalahan itu ku letakkan pada suasana..

ampunilah dosa hambamu Ya Tuhan..


jagalah hatiku dari sebarang bencana...

Ya Tuhan..

Jumaat, 1 April 2011

Merindui Usrahku...

Bismillahirrahmanirrahim...
panjatkan rasa syukur kepada Ilahi kerana masih memanjangkan usiaku hingga kini..
terima kasih juga pada Tuhan kerana meminjamkan aku oksigen yang tidak mampu ku bayar..
alhamdulillah..
hari ini aku masih berada dalam kenikmatan iman dan Islam..
Ya Allah.. terasa hatiku yang kosong kini terisi..
dengan kehadiran sahabt2 disisi..
Ya Allah terhibur hatiku melihat telatah mereka..
jika dahulu aku sendiri mencari di mana kunci permulaan ukhwah kita..
tapi hari ini aku bersyukur kerana Allah
mengirimkan anak kunci pertemuan antara kita..

Ya Tuhan hari ini aku masih rindukan mereka..
walaupun kurasakan semalam baru berjumpa..
Ya Tuhan terima kasih kerana mengembalikan semangatku..
dalam medan dakwah ini..
Ya Tuhan terima kasih kerana menghadirkan mereka dalam hidupku..
Kak Kinah.. halawati.. nita dan ayu....

ku semakin merasakan kemanisan itu..
ku semakin merasakan kegembiraan itu..
terima kasih kerana sudi membantuku..
keluar dari kepompong minda yang dulu..
terima kasih kerana memberiku. petunjuk arah..
dalam ukhwah yang baru..

ku rindu pada kalian..
usrah maksudnya keluarga..
untuk melaksanakan rukun usrah bukannya.. mudah..
rukun yang pertama..
TAARUF.. mungkin kita rasakan terlalu mudah kerana sesi berkenalan katanya..
rukun yang kedua..
TAFAHUM. memahami pengisian yang akan menyatukan hati-hati kita..
rukun yang ketiga
TAKAFUL.. membantu sesama kita.

untuk mencapai dan mengamalkan rukun-rukun usrah
kita semua perlu mengenal dan memahami antara satu sama lain...

lama sudah aku tidak merasakan nikmat berusrah.. dan diusrahkan..
walaupun kita telah menjadi naqibat usrah..
tapi hakikatnya naqibat juga memerlukan pengisian..

tq sangat pada kalian semua.. sahabat2 ku..

rinduku buat mereka yang bernama:
SAKINAH BINTI MAMAT
NOR HALAWATI BT ZULKIFLI
NOOR HAJAH SANITA BT SATAR
NURUL IDAYU BT MAT NOR..

tq ummi dan adik-adikku