Sabtu, 9 Februari 2013

-Butterfly in my stomach-

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Perasaan aku bercampur baur tika ini. 
hatiku pula berdebar kencang sejak semalam
perutku pula mula meragam sejak pagi tadi
bagai ada seekor rama-rama yang sedang bebas beterbangan 
(butterfly in my stomach)


Persoalan demi persolan menerkam mindaku.. 
aduhai mengapa sampai begini sekali keadaan diriku.. 
Aku sentiasa berdoa
moga Allah memberi kelapangan dalam pertemuan kali ini.. 
moga Allah memudahkan segala urusanku pada hari ini.. 

Jauhkanlah diriku daripada segala fitnah dunia.. 
Jauhkanlah diriku daripada menjadi tohmahan manusia.. 
Jauhkanlah diriku daripada tekaan dan tanggapan yang tiada asasnya.. 

Aku meletakkan harapan bahawa kali ini adalah yang terbaik.. 
untuk aku.. masa depanku.. keluargaku..hidup dan juga matiku.. 
Aku terus dan terus meletakkan keyakinan  bahawa inilah yang terbaik buatku.. 
aku yakin dengan pemberianmu.. 
Ya Aku yakin.. 

Mungkin sukar untuk menjelaskan.. 
Mungkin payah untuk ku utarakan.. 
mungkin juga lidahku kelu untuk menceritakan.. 
namun aku yakin bahawa hikmahnya akan tersingkap jua.. 

moga aku memperoleh sesuatu dalam masa depanku.. 
aku yakin dengan percaturan yang Allah susun untukku.. 
maka aku redho dengan pilihan ibu bapaku.. 
ku pilih bahagia untuk mereka.. 

syukran ya Rabb..