Sabtu, 25 September 2010

Indahnya.. Ukhwah

indahnya ukhwah seindah pelangi

di saat diriku
ketandusan kata-kata
kau datang menjelma membawa cahaya..

kasihmu mekar dihati
terhias di bumi ini
dengan keindahan perkerti
seindah pelangi

engkau memberi sinar
untuk ku teruskan
kehidupan yang penuh dugaan cabaran

indahnya ukhwah
tanpa terpalit rasa
sifat mazmumah antara kita..
terbitnya cahaya..
akanku kenang jasa..
kenangan bersama antara kita..

di saat diriku...

*ada jugak seni kata yang sudah saya lupa..
rindu saya terubat bila bertemu mereka...
terima kasih Allah..
percaturan yang kau tetapkan sangat cantikk..
terima kasih kerana telah mempertemukan..
teringat kisah lalu yang mendamaikan..
syukur sangat..

Jumaat, 10 September 2010

Ucapan Aidilfitri

Demi Allah yang Esa sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu,
menitis air mata tatkala merasa jauh,
tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan,
kerana ku tetap yakin bahawa Allah menyatakan:
"wajiblah cintaku kepada orang2 yang berkasih sayang kepada KU"
As-syahid Hassan Al banna.

sabda Rasulullah s.a.w:
sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan,
diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan syawal,
dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun,
(riwayat Muslim)

tiada bulan seindah ramadhan,
wahai sahabatku,
dikala manusia sibuk untuk berhari raya,
janganlah kita lalai dan leka,
kita berpuasa kali terakhir pahala dilipat ganda,
hari terakhir syaitan dipenjara,
hari terakhir dimana seksa kubur akan bermula,
mungkin juga ia ramadhan terakhir buat kita.

biarpun mesra hati pasti pernah terluka,
biarpun ramah lidah pasti ada tersasul,
biarpun berbudi bahasa tingkah pasti ada yang menyentuh rasa
maka atas sifat seorang manusia, hambaNya
pohon kemaafan atas segala salah silap....

rumah dihias bagai istana
buat persiapan dihari raya,
jari kususun maaf kupinta
SMS ku hantar pengganti kad raya.

10 jari disusun manja,
lemah gemalai menutur kata,
andai pernah tersalah kata,
harap ampun dan selamat hari raya.

adakalanya tercetus dosa dalam tawa,
terselit luka dalam gurauan,
terlintas keangkuhan dalam senyuman,
maafkan segala silap dan salah
salam aidilfitri..

mata kadang2 salah melihat,
lisan kadang2 terlepas kata,
janji kadang2 terabai,
hati kadang2 berprasangka,
sikap kadang2 menyakitkan
maafkan segala kekhilafan yang pasti ada.

tunggu2 raya dah dekat,
bakar lemang masak ketupat,
nak hantar kad raya dah x sempat.
cara SMS pon dah dikira selamat.

Selasa, 7 September 2010

Tips Cemerlang Peperiksaan

Alhamdulillah..

tenang rasa hati..
lama sudah tidak rasa pengisian rohani..

hati ini rasa kosong sangat di akhr ramadhan...
hmm baru sudah dengar cermah
Ustaz Kazim Elias daripada youtube

banyak sangat ilmu yang dapat daripada tajuk
"WARNA HATI REMAJA."


Ustaz kata nak cemerlang exam
ada beberpa perkara yang leh diamalkan:


1- baca surah al-Fatihah 7x di air dan minum
* untuk ketenangan hati semasa peperiksaan

2-mohon restu daripada mak ayah

3- hormati guru dan minta keredhoan mereka

4-ingat pada Allah setelah
* usaha+ bekerja +tawakal

selalulah baca surah
As-Syura ayat 19
sebanyak 19 kali
B4 tidor


ingatlah kalau tidak berjaya pada kali ini
ini bukan penamat
banyak lagi yang sedang menunggu
teruskan usaha
jangan putus asa...
:)

moga bermanfaat untuk yang membaca.. tq

Ahad, 5 September 2010

Salam Aidilfitri...


Selamat Menyambut
Hari Raya Aidilfitri....

Tangan dihulur maaf dipinta....
Andai terlanjur kata terlajak bicara...
Madrasah Ramadhan bakal meninggalkan kita..
Moga semua mendapat keberkatannya....