Selasa, 4 Disember 2012

Impian


Dalam diam..
aku juga punya impian.. 
terbuku dan terpendam..
aku juga ingin menjadi seperti mereka.. 
aku juga mengimpikan kebahagian seperti mereka.. 
aku juga sentiasa berharap bahawa aku aku akan menikmati 
kehidupan seterusnya seperti mereka.. 

harapan demi harapan telah ku letakkan pada sebuah impian.. 
namun aku tetap menemui kebuntuan dan kekecewaan.. 
mungkin impian aku untuk menjadi seperti mereka kian berkurangan.. 
apakah mampu untuk aku berjalan bersendirian??

aku terus meletakkan impian dalam setiap harapan yang aku bina.. 
impian aku ialah ingin menjadi seperti mereka..
bersama-sama dalam mengejar medan jihad..
bersama-sama dalam membimbing menuju jalan akhirat.. 
bersama-sama dalam mencari sebuah kehidupan yang berkat.. 

aku juga mempunyai impian.. 
yang kini semakin tersimpan dan terkunci.. 
aku sudah tidak mampu lagi untuk menceritakan. 
kerana aku sudah memutuskan.. 
keputusan yang membuatkan  aku tidak boleh lagi menoleh dan
memandang kembali ke belakang..
pada harapan yang telah ku letakkan satu ketika dahulu.. 

dan kini aku punya impian.. 
tetap ingin menjadi seperti mereka.. 
mengemudi bahtera di jalan yang sama.. 

cumanya.. 
yang ku harapkan berilah aku kepercayaan.. 
dalam membina harapan dalam impianku.. 

aku juga mengharapkan yang mereka akan sentiasa mendoakan aku.. 
walaupun bahtera aku bergerak di belakang bahtera mereka.. 

aku juga akan sentiasa mendoakan agar bahtera mereka sentiasa di hadapan
dan juga mencapai segala apa yang aku dan mereka impikan.. 

aku juga mengharapkan mereka tidak akan lupa untuk memandang 
bahtera ku walaupun bahtera aku dan mereka jauh terpisah dek 
kehidupan yang berbeza dan berasingan.. 

"moga aku dan mereka dapat merealisasikan impian yang telah dijanjikan bersama"

Ahad, 16 September 2012

SElamat Hari Lahir Sayang..

Hari ini 16 September.. 
Hari ini merupakan hari lahir.. 
sahabat, adik, teman berbicara.. 
pendengar setia.. yang sudah lama 
dan sentiasa bersabar dengan kerenahku.. 

dia x pernah merungut bila mendengar aku bercerita.. 
hmm paham-paham jelah lau aku cerita.. mang payah lah nak stop.. 

dia sentiasa memberikan aku semangat.. 
x pernah hilang tika aku benar-benar memerlukannya.. 

dia sentiasa berada di dalam hatiku.. 
walaupun kadang-kadang aku lupa nak bagi tahu dia.. 
yang aku rindu untuk berjalan dalam jalan juang yang sama denganya.. 

paling penting dia adalah manusia yang sentiasa peka.. 
dengan apa yang berlaku.. 
aku pun x pernah terlepas dari dalam pantauannya.. hehe.. 

bersahabat dengan nya membuatkan 
aku sentiasa berkobar-kobar mencari jalan cinta..
tidak pernah lupa pada janji yang telah dilafazkan bersama.. 
tidak pernah lalai dalam mengejar matlamat utma.. 

terima kasih sayang,, 
kerana hadir dan memberikan aku.. 
merasai nikmat berukhwah dengan mu.. 

terima kasih sayang,, 
kerana sentiasa berada di sampingku.. 
tak pernah leka dan lalai 
dalam mengingati dan menegurku.. 

terima kasih sayang.. 
untuk semuanya... 

I JUS WANT TO SAY THAT
"I LOVE U"

Selamat Hari Lahir Sayangku.. 
Nor Halawati...


pinjam gambar ye. 
( gambar nie hala yang lukis.. cantikkan??. jangan jeles ye..)

Rabu, 12 September 2012

Memilih dan Dipilih

saat ini.
bukan masanya lagi untuk aku memilih..
bukan masanya lagi untuk aku meragui..

aku sudah pun membuat pilihan..
pilihan aku hanya itu..
satu -satunya.. jalan yang aku pilih ialah itu..

bukan masanya lagi untuk menolak...
bukan masanya lagi untuk aku mengatakan tidak..
apa yang perlu aku lakukan
belajar menerima seadanya..

Yakin dengan pilihan Allah..
tetap dengan segala rasa yang telah Allah hadirkan..
bersyukur dengan hadiah yang telah Allah berikan padaku..

alhamdulillah,,
tenang dan lapang rasanya..
bila sudah aku sudah tetapkan..
maka tiada lagi jalan untuk ku toleh ke belakang..

bila aku sudah membuat keputusan..
maka semua yang berada di hadapan harus ku teruskan..
...
 semuanya manis dan indah dipandang..
aku hanya insan biasa yang perlu bergerak sebagai pejuang..
memperjuangkan sesuatu yang telah aku janjikan..

teruskan zalikha..
semangat zalikha..
anda mampu mengubahnya.. huhu

Ahad, 26 Ogos 2012

Terima kasih Allah..

semalam..
26.08.12 (Ahad)
Allah jua yang menjadi saksi..

Hati..Jiwa..Minda..
Kejujuran.. keikhlasan.. kesungguhan.. kepercayaan.. keyakinan.
Tersingkap jua akhirnya..
segala yang terbuku..
segala yang tersembunyi..
segala yang tersimpan..

tiada kata yang mampu ku ungkapkan..
tiada perasaan yang mampu ku gambarkan..
tiada rasa yang mampu ku keluarkan..

namun, apa yang mampu ku katakan..hanya..
TERIMA KASIH ALLAH..
TERIMA KASIH ALLAH.. 
TERIMA KASIH ALLAH.. 

Engkaulah penyusun yang terbaik..
Engkaulah pengatur yang terhebat..

Moga pertemuan semalam..
merupakan salah satu dari perancangan yang telah kau aturkan untuk aku..
merupakan salah satu percaturan dalam percaturanmu..
merupakan salah satu langkah dan jalan yang kau telah susun untuk aku lalu..

Perjalananku..
bagai telah disusun..
bagai telah dirancang..
bagai telah diaturkan..

aku hanya sebagai salah satu watak dalam drama bersiri ini..
drama bersiri yang ku harap menggunakan skrip dan babak
yang disusun oleh yang maha Kuasa..

Sungguh aku tidak percaya..
terlalu pendek drama bersiri ini..
terlalu singkat drama bersiri ini..
terlalu mudah perjalanan penghasilan drama bersiri ini..
mudah dan terancang..

sungguh aku perlukan lagi  keyakinan..
keyakinan untuk membina masa depan..
keyakinan untuk membawa Islam dalam rumah tanggaku sendiri..
keyakinan untuk memupuk ruh Islam dalam diriku dan imamku..
keyakinan untuk mengamalkan segala ajaran yang telah aku pelajari..

aku bagaikan seorang pejuang yang akan turun ke medan..
tika inilah segala- galanya akan diuji..
tika inilah keimanan, ketaqwaan kesabaran..
akan dipraktikkan..

aku perlu bangun dan memberi keyakinan kepada bakal imamku..
bahawa jalan yang aku lalui sekrang adalah jalan yang terbaik
untuk kami teruskan selepas melayari bahtera ini..

aku perlu memberi keyakinan kepada bakal imamku..
bahawa kami perlu mengemudi dalam satu kapal yang sama..

perlahan-lahan.. 
akulah yang perlu menjelaskan.. 
akulah yang perlu menerangkan.. 

moga Allah memudahkan segala urusan.. 
moga Allah membuka hatinya.. untuk menerima aku seadanya.. 

moga Aku istiqamah dalam jalan yang telah aku pilih..
moga Aku berjaya.. menerangkan dan memberi keyakinan... 

terima kasih ALLAH... 
jika benar dia adalah untukku.. 
maka kau dekatkanlah dia padaku..

jika kau dekatkan dia padaku.. 
maka kau dekatkanlah aku dan dia kepadaMU....  

moga apa yang berlaku ini dalam pemerhatian dan redhoMU aminn.. 
rabbiyassir wala tuassir.. 
\
 

Rabu, 22 Ogos 2012

Masih Menunggu MU..

Ya Allah mudahkanlah urusan hamba-Mu ini..
Tunjukkanlah kepadaku... 
jalan yang terbaik untuk aku teruskan pengemudian ini.. 

Ramai yang datang menyapa..
tika aku sedang berjalan..

Ramai yang datang berjumpa.. 
tika aku sedang berbicara..

Ramai yang datang menerpa..
tika aku membalas senyuman mereka.. 

tapi aku,
hati aku. 
diri aku, 
jiwa aku,
aku..ye diri aku..

masih menunggu MU.. 
datang menyapa dan berjumpa.. 

masih menunggu MU.. 
datang membawa sinar cahaya.. 

masih menunggu MU 
datang untuk memimpin aku
ke jalan yang diredhoinya.. 

masih menunggu MU ...
datang untuk bersama-sama denganku.. 
mengibarkan bendera Islam di serata dunia.. 

moga Allah memudahkan urusanku.. 
aku masih menunggu MU.. 
masih menunggu... 
dan masih menunggu... 

moga kita semua thabat dan istiqamah dalam jalan yang telah kita pilih.. 
ameen ya rabbal alamin.... 

Ahad, 15 Julai 2012

mimpi semalam..

semalam.. 
aku memejamkan mataku
dengan ditemani suara unggas 
yang bernada sayu..

semalam aku memejamkan mataku..
dengan hanya berbantalkan lengan.. 

semalam.. aku memejamkan mataku.. 
dengan mengharapkan mimpiku adalah sebuah impian..

semalam..  aku memejamkan mataku... 
dengan meletakkan segunung harapan.. 

semalam aku bermimpi.. 
ditemani oleh seseorang.. 
untuk mengemudi hari-hari sepi... 

semalam aku bermimpi.. 
dipimpin oleh seseorang... 
untuk mengharungi denai-denai 
yang berliku ini.. 

semalam aku bermimpi.. 
senyumanku.. disambut dengan penuh keikhlasan.. 

namun.. 
semua itu hanyalah sekadar mimpi semalam.. 
mimpi semalam yang tak dapat ku lupakan.. 

alangkah indahnya... jika..
harapan dan impian 
yang telah ku lihat semalam..
kekal dan nyata.. 
bukan hanya sekadar
 bayang-bayang dan angan-angan..  

alangkah indanya.. jika.. 
mimpi semalam.. 
boleh menjadi hakikat hari ini.. 

malam ini,
aku akan memejamkan mataku lagi... 
moga mimpi semalam datang bertandang... 
kerana... aku gembira...
dengan mimpi semalam 
yang membahagiakan...

dan  kerana mimpi semalam
ia boleh membawa senyuman yang berpanjangan... 


PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. (20 MARKAH)


PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. (20 MARKAH) 
  1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja (tulis di bahagian bawah sebelah kanan). 
  2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan. 
  3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.  
  4. Sintaksis- ringkas dan padat.  
  5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan 
    • menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti. 
    • Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat. 
  6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun). 
  7. Pengiraan perkataan berikut - SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.   
    • Kata nama khas - nama orang, tempat, judul buku dll  
    • Kata sendi - kepada, daripada, ke, dari.  
    • Kata hubung - biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.  
    • Penanda wacana - Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll  
    • Kata ganda - murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll 
    • Kata majmuk - beg tangan, kereta api, adat istiadat dll 
    • Peribahasa/simpulan bahasa - anak emas, ulat buku, hati batu dll 
  8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.
  9. Pemarkahan ringkasan.
    Markah isi ( 10 markah ) - 1 isi = 2 markah. 
    Bahasa ( 10 markah ). 
    • Bahasa amat baik dan cukup lancar. 
    • Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.  
    • Penanda wacana yang sesuai.  
    • Ejaan dan tanda baca yang betul. 
  10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan  
    • Bahasa kurang lancar. 
    • Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara. 
    • Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal. 
    • Melebihi 80 patah perkataan. 
    • Isi kurang. 
    • Pelajar menyalin bulat-bulat teks. Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah anda akan ditolak sebanyak 50%.

Sumber: BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU PMR 2010

copy from..:

Isnin, 9 Julai 2012

Perubahan

Perubahan.. 
setiap perubahan yang hadir amat menyakitkan..
bila kita berubah.. 
pasti ada yang tidak dapat menerimanya.. 
bila kita cakap kita nak berubah..
pasti ada yang tidak menyetujuinya.. 

Perubahan.. 
setiap perubahan yang datang boleh melukakan.. 
bila kita berubah.. 
pasti ada yang mengambil kesempatan
untuk bercakap tentang perubahan yang kita lakukan..

Perubahan..
merupakan satu fasa dalam kehidupan..
bila kita berubah.. 
pasti ada yang berkata kita kian melupakan.. 
melupakan segala kenangan.. 

Perubahan..
setiap manusia ingin berubah ke arah kebaikan.. 
mencari yang terbaik untuk kehidupan yang akan datang..
pandanglah kehadapan.. carilah ketenangan.. 

Perubahan...
Setiap perubahan yang dilakukan.. 
pastikan ianya bermanfaat untuk setiap insan.. 
yang hadir dalam setiap detik masa yang diperhitungkan.. 

CARILAH PERUBAHAN YANG MEMBAWA KEBAIKAN 
WALAUPUN IANYA MENYAKITKAN.. 

Isnin, 2 Julai 2012

Melepaskannya Jua..

Sekali lagi 
aku melepaskan.. 
sekali lagi,
aku membiarkan..
sekali lagi, 
aku memejamkan mataku 
dan aku berkata tidak.. 

aku sekadar manusia biasa..
yang tak pernah lepas daripada merasai.. 
ingin memiliki dan dimiliki..

aku hanya sekadar manusia sederhana.. 
yang tak pernah terlepas dari mengharpkan.. 
mendambakan Si Dia datang membawaku 
mengenal jalan Tuhan..

aku hanya sekadar manusia kecil yang tak punya apa..
yang hanya ada cuma ilmu yang sekelumit cuma.. 
yang mengharapkan Si Dia datang.. 
memimpin aku mengenal syurga dan neraka..

aku hanya sekadar manusia miskin yang x punya harta.. 
yang ada hanya sedikit budi pekerti dalam berbahasa.. 
yang sentiasa mendoakan supaya.. 
Si Dia datang bersama redho-NYA.. 

semalam Si Dia datang menjanjikan bahagia.. 
semalam Si Dia datang menaburkan janji setia..
semalam Si Dia datang membawa wajah yang ceria.. 

namun, 
hari ini.. yang tinggal hanyalah kenangan yang bersisa.. 
hari ini.. yang ada hanyalah hati yang terluka.. 
hari ini.. yang ada hanyalah hati yang mencari TUhannya.. 

moga Allah memberi yang terbaik untuk kedua-duanya.. 
ameen..  

Sabtu, 30 Jun 2012

YA @ TIDAK

aku berada di persimpangan..
untuk memilih bukannya mudah..
bagaikan menarik rambut dalam tepung..
begitu susah untuk ku lakukan keputusan ini..

aku tidak layak untukmu..
aku merasakan yang aku begitu kerdil..
apakah benar kau memang diciptakan untuk aku??
apakah benar aku ini merupakan sebahagian daripada tulang rusuk kirimu??

 Ya Allah berikanlah aku petunjuk..
andai dia adalah untukku..
maka kau mudahkan lah urusan ini..

jika dia bukan untukku..
maka kau jauhkanlah aku..
dari kancah yang tidak halal ini..

aku tidak dapat menafsirkan hatiku sendiri..
sukar utk ku menyatakan yang mana satu pilihan hati..
namun aku redho jika yang berlaku ini
adalah kehendak mu ya Illahi..

jika benar dia adalah untukku..
maka kau hadirkan lah dia disisiku..
bukan hanya untuk menjagaku..
malah juga keluargaku..

ameen.. ya rabbal alamin..

Selasa, 26 Jun 2012

Tak Seindah Bayangan..


terasa berat sungguh kali ini.. 
mana hilangnya keyakinan diriku ini..
mana perginya cintaku pada jiwa murabbi..
mana tenggelamnya semangat di nurani.. 

Ya Allah..
sungguh aku rasa tidak mampu 
untuk menongkah arus ini..

sungguh aku rasa tidak layak..
memikul amanah ini..

aku rasa kehilangan.. 
diriku yang sebenar... 

kenapa aku begini.. 
di mana semangatku..
di mana keyakinanku.. 
di mana kesungguhanku.. 

Ya Allah..
aku rasa terlalu kecil dan dikecilkan..
dalam lautan ilmu yang telah diajarkan.. 
kemana hilangnya pergi.. 
sehingga aku kehilangan diriku sendiri.. 

Aku Boleh!!..
Aku Boleh!! 
Aku Boleh!!..

pandanglah ke hadapan..
mereka semua juga sepertiku.. 
mereka juga bermula sepertiku..
mereka juga berdebar sepertiku..
mereka juga melalui jalan yang sama..  

Ya Allah..
apa yang kuimpikan x seindah bayangan.. 
berikanlah aku kekuatan.. 
untuk mendidik anak bangsa..
berikanlah aku kesungguhan.. 
menggali  ilmu di dada..
berikanlah aku kemampuan.. 
bertutur kata dengan sebaiknya.. 

Ya Allah.. 
hilangkanlah rasa rendah diri ini.. 
hilangkanlah rasa gundah di hati.. 
jauhkanlah aku dari angan-angan tanpa perhentian.. 

bantulah aku mengejar impian.. 
yang kau telah aturkan.. 

mudahkanlah urusanku Ya Allah..
ameen..

Ahad, 24 Jun 2012

Selamat berpraktikum..

esok.. 25 jun 2012.. 
tarikh keramat antara aku dan sahabt2 ku.. 
esok aku akan melangkah ke sekolah.. 
sesi pengajaran akan bermula.. 

assalamualaikum cikgu!!
selamat pagi cikgu!!

wah semakin kedengaran di cuping telingaku.. 
semakin mendebarkan
semua persiapan telah pun dilakukan.. 

semoga Allah memudahkan segala urusan.. ameen

selamat mengajar buat semua rakan2 sekalian.. 
selamat maju jaya.. 
rabbi yassir wala tuassir.. 

Penumpang dalam Perjalanan..


aku hanya seorang penumpang.. 
dalam perjalanan ini.. 

aku hanya seorang penumpang.. 
dalam mencari kasih sejati..

aku hanya seorang penumpang..
dalam mengemudi jalan berduri..

ya.. aku hanya seorang penumpang..
yang akan diturunkan di setiap perjalanan..

aku hanya seorang penumpang
yang akan ditinggalkan 
pabila bertemu destinasi jalanan.. 

aku hanya seorang penumpang 
yang menagih kasih yang bukan utkku...

aku hanya seorang penumpang.. 
yang akan diturunkan pabila tidak perlu..

aku hanya seorang penumpang.. 
yang akan ditinggalkan 
pabila tiada lagi destinasi utk ku tuju.. 

aku hanya seorang penumpang.. 
yang sentiasa rindu akan perjalanan yang telah ku lalui.. 

aku hanya seorang penumpang 
yang masih mengharapkan
 kasih itu mekar di hatiku... 

namun,, 
aku sedar aku hanya seorang penumpang 
dalam sebuah perjalanan... 
yang akan ditinggalkan.. 
pabila tidak perlu... 

*AKU HANYA SEORANG PENUMPANG..
DALAM SEBUAH PERJALANAN..
YANG MENGUJI DIRIKU.. 

Sabtu, 23 Jun 2012

Si Dia..



sekali lagi ujian datang menjengah hati.. 
si Dia hadir.. tanpa ku tahu siapa dia sebenarnya.. 

sekali lagi hatiku disapa lembut.. 
sedikit terusik barangkali... 
namun.. aku risau dan gundah.. 
apakah ini ujian ataupun ganjaran??.. 

sekali lagi hatiku diintai..
dibalik celahan jendela yang terbuka..
pada ketika itu.. 
aku hanya sekadar menyapa dengan senyuman yang bersisa..
apakah aku penentu untuk jalan ini dibuka..???

sekali lagi hatiku dibelai manja..
si Dia hadir menjanjikan bahagia.. 
pertama kali dilihat.. dikatanya suka..
apakah kriteria penentu keputsannya??

sekali aku air mataku mengalir di hadapanNya..
bantulah aku dan tunjukkanlah aku jalan yang kau Redhoi..
janganlah kau biar aku lalai dan leka.. 
dek kerana sibuk mencari cinta manusia.. 
yang belum tentu penghujungnya Syurga.. 

sekali lagi aku kecundang.. 
bagai melawan nafsu menggunakan pedang.. 
apakah nafsuku akan kalah dan kecundang.. 
pada jiwa dan manusia yang dilarang???

sekali lagi aku cuba memahami..
akan perkara yang terjadi.. 
namun aku buntu utk mencari jalan keluarnya sendiri.. 
bantulah aku ya Rabbi.. 

tunjukkanlah padaku.. Ya Allah.. 
hadirkanlah yang terbaik utk aku dan agamaku..
ameen.. 

Rabu, 20 Jun 2012

Cikgu-cikgu ber-Rehlah

Sepetang bersama sahabat Ecah Shaimi dan Fitriyana Anuar..
di Taman Tasik YDP Slim River..
hari-hari boleh berjogging di sini.. 
CIKGU SIHAT PELAJAR CERIA hehe


Pemandangan matahari terbenam yang cantik.. 
Seolah - olah memahami kerisauan yang hadir di hati.. 
bakal-bakal guru kecil ini..
berjalan-jalan melihat pemandangan..
dapat menghilangkan serba sedikit kegusaran hati... 


tenang dan mendamaikan..
suasana tasik yang berjaya menggamit perasaan kami... 


antara kemudahan yang disediakan.. 
jangan risau sekarang nak exercise GIM ada di tepi tasik...


kayuh basikal laju2.. 
tapi jangan laju sangat.. basikal ni x dak brek lah... huhu

Lokasi: Taman Tasik YDP Slim River.. 
(berhadapan dengan taman umah sewa kami)
Masa: 6.00 petang

jom kita ber-Rehlah.. 
bukan hanya utk ketenangan tapi juga utk kesihatan.. 

Isnin, 18 Jun 2012

Cikgu Zalikha!!

Assalamualaikum.. buat semua pembaca.. 
saat ini aku ingin berkongsi tentang.. 
kehidupan yang makin hampir denganku.. 


Aku bakal bergelar seorang guru.. 
bermula pada 25 jun 2012..
dan berakhir pada 19 oktober 2012..

saat ini aku merasakan yang 
aku tidak layak untuk berada di tahap ini..
memegang panggilan yang sangat keramat buatku
CIKGU!!.. 

Aku bakal menjadi seorang guru.. 
mendidik anak bangsaku sendiri.. 
mengajar mereka bahasa ibunda negaraku..
iaitu BAHASA MELAYU.. 

Aku bakal bergelar seorang guru. 
mengajar anak-anak muda tentang kehidupan..
mendidik anak muda tentang pemikiran.. 
akulah yang akan menjadi pembentuk acuan.. 

Aku bakal dipanggill CIKGU!!!
bukan ustazah mahupun murobbiah.. 
apakah aku mampu menjadi seorang pendidik.. berjiwa ustazah??
membawa agama  Islam dalam pengajaranku.. 
membawa nilai-nilai Islam dalam asuhanku.. 

Aku adalah seorang CIKGU.. 
Bagaimana pengajaranku.. 
Bagaimana didikanku.. 
itu adalah pilihanku.. 

Aku yang memilih utk memberi pengajaran yang bagaimana..
membawa anak didikku mengenal Islam tercinta..
membawa anak asuhanku mengenal Rasullah S.a.w
membawa anak muda mengenal Tuhan dan Agamanya.. 

Akulah yang akan menetapkanya.. 
akulah penentu dalam memilih jalan yang diberinya.. 
semuanya terletak pada diriku.. 

Aku ingin menjadi seorang guru yang disayangi kerana AGAMANYA.. 
aku ingin menjadi seorang guru yang dikasihi kerana AKHLAKNYA..
aku ingin menjadi seorang guru yang dicintai kerana DIDIKANNYA.. 
yang membawa anak didiknya mengenal 
DOSA & PAHALA.. 
SYURGA & NERAKA.. 
aku ingin menjadi seorang guru yang tidak pernah lupa pada TUHANNYA.. 
begitu juga dengan anak didikku.. 

moga Allah membantu ku dalam segenap jua urusanku.. ameen



Akan Berpraktikum di SMKA Slim River, Perak.
Mula berdaftar : 25 Jun -19 Oktober 2012
Subjek: Bahasa Melayu.
* Selamat berpraktikum buat semua guru pelatih UPSI.
* Ikhlaskan hati moga Allah memberi PAHALA  untuk setiap kata-kata yang dilontarkan dari bibir anda.. 
*JADILAH SEORANG GURU BERJIWA PENDIDIK..