Sabtu, 26 Disember 2009

Ziarah Sahabat

ana dan sakinah

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinnya dapatlah kita bertemu setelah sekian lama membawa haluan masing-masing.. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.aw. kerana dengan jerih payah baginda dapatlah kita semua umat Islam mengecapi dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah...


Atiqah, Fairuz, Fadila, Syakinah

Memang tidak sangka perkara yang dirancang selama ini akhirnya terlaksana jua. Berkat keikhlasan sahabat yang sekisas dengan ana (Atiqah, Fairuz, Syakinah & Fadila) menemani ana ke Teluk Intan sedikit sebanyak telah menghilangkan kegusaran yang bersarang dihati.. perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam .. memang penuh dengan keindahan .. tentang manisnya dalam bersahabat.. memang ana akui ana tidak pernah merasa kebosanan dan kesedihan mengharungi bahtera di upsi bersama sahabat seperjuangan...Walaupun ada di antara insan lain yang mempertikaikan tapi..... (fikirlah.. ) hmm manisnya.. sentiasa..


Syakinah, Sakinah, Fadila, Atiqah, Fairuz dan Ana..

Ni waktu dalam bilik kinah.. hmm tapi bila tengok balik macam dah tak dak tempat lain dah nak possing.. Unikkkan.. hmm. kalau skali pandang macam dok dalam bilik pengantin.. tapi bila dah dua kali pandang macam ..... bilik kinah lahh... :) Rasa seronok bila dapat bersama sahabat sefikrah.. terima kasih Allah.. kerana bagi ana jumpa.. apa yang sepatutnya di jumpai.. hehe... Kita ni sesama muslim kenalah saling ingat- mengingati antara satu sama lain..

Akhir Sekali.. ana rasa persahabatan @ ukhwah ini adalah.. sesuatu yang sukar untuk digambarkan... payah untuk ditafsirkan.. lihatlah dalam surah Al- Hujurat.. ayat 10.. Allah berfirman..

" sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.."


Khamis, 24 Disember 2009

Rakan Penggerak Ad-din


Program Rakan Penggerak Ad-din(RPA) merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Pusat Islam Upsi bagi meningkatkan pembangunan diri mahasiswa di setiap kolej kediaman. Objektif utamanya ialah untuk memantapkan kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mahasiswa di samping menerapkan nilai dan membentuk sahsiah mahasiswa. Selain itu RPA juga bertujuan untuk melatih kemahiran berinteraksi, memberi pandangan dan menyelesaikan masalah dalam kumpulan serta mewujudkan budaya saling menasihati dalam kalangan pelajar.

Baru- baru ini RPA telan mengadakan program kepada para nuqaba' sesi semester 2 2009/2010. Alhamdulillah.. program tersebut sedikit sebanyak telah membantu nuqaba' dari pelbagai sudut. Selain daripada mendengar ceramah kami juga berpeluang mengeratkan ukhwah sesama nuqaba' melalui aktiviti sukan yang diadakan. Bagi muslimat kami bermain Kurratussalah (Bola jaring ) dan Kurratulyad (Bola tampar). Manakala Muslimin bermain Futsal.

Melalui aktiviti seperti ini maka dapat menambahkan lagi halawatul ukhwah (kemanisan ukhwah) sesama kami.. kami dapat mengenali antara satu sama lain.. dengan lebih dekat dan rapat.. alhamdulillah.. sesuailah dengan..

firman Allah dalam surah Al-Hujurat : 13 yang bermaksud

" Wahai manusia kami telah ciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal....."

Ahad, 20 Disember 2009

Baktisiswa... Oh... Berbaktilah MahaSiswa

Semangat berkobar nak pergi Pahang

Indahkan kehidupan kita??... Pelbagai cara dan corak kehidupan yang sentiasa mewarnai... begitu jugak dengan diriku ini.. huhu.. masih bermadah lagikan.. Hari ni nak cheghita cikit.. kat kawan-kawan.. Baru- baru ini ana diberi kesempatan untuk mengikuti satu program yang dianjurkan oleh kolej KHAR.. iatu Program Baktisiswa Cakna Ilmu.. di Temerloh Pahang..

Ayah angkat saya

Seronok sangat.. hmmm Ana dapat banyak pengalaman.. yang paling "best" tau tak ape?? haaa.. ana dapat ibu dan ayah angkat.. nama depa ialah..pakcik Zainal dan makcik Rose.. huh memang "sporting" lah.. ni lah "fisrt time" dapat mak dan ayah angkat..

Malam Seribu Memori..

Ana nak habaq pulak pasai Malam Seribu Memori.. memang meninggalkan beribu-ribu memorilah.. macam-macam terjadi.. sebenaqnya malam tu ada persembahan daripada...peserta dan jugak penduduk kampong... tapi disebabkan sambutan daripada orang ramai melebihi had jangkaan para peserta sedikt sebanyak menyebabkan kegusaran dihati.. namun begitu, segala kerisauan dapat diatasi selepas bermula persembahan..

Paling mengagumkan tarian tradisional orang asli.. kalau dulu kita dok tengok kat tv jer. tapi malam ni ana dapat saksikan secara "life" rupanya masih ada orang asli di Semenanjung Malaysia ni kan... kemuadian ada persembahan daripada barisan kempimpinan kolej.. dikir barat... boleh la tahan.. persembahan depa.. maklumlah depa belatih sat saja.. tak dan lah.. Ana pulak malam tu buat persembahan pon dok tengok ja.. di samping membuat gheja sambilan iaitu tangkap gambaq.. pastu ada perasmian .. hmm pelepasan tanglung.. memang menunjukkan keizzahan lah..' Azimm..

seterusnya ...
"Slot Menariknya Mini Libraryku" huh.. memang sangat berpuas hati sebab .. masa nak kumpul buku dan nak jadikan library ni banyak sangat kekangan.. tapi tulah akhirnya.. hasil yang sangat menenangkan hati... alhamdulillah.. cheq ghasa syok.. moga buku- buku yang disumbangkan dimanfaatkan sebaiknya.. oleh adik2 di kampung tersebut.. tahniah la noh.. kat sapa yang dok bertungkus lumuih noh....

Ghasanya sampai sini saja noh.. nanti kita cheghita len noh.. taniah kepada semua..

Selasa, 17 November 2009

Dunia Kampusku

Assalamualaikum..
Sebelum ku mulakan bicara..
ku pohan maaf kepada semua..
kerana sudah lama.. aku tidak menziarahi dan
mengemaskini blog yang ku sayang ini..
Pada mulanya aku tidak bercadang ingin berkongsi tentang peristiwa yang hadir dalam kehidupanku kini... namun, pada hari ingin ku ceritakan pada kalian suka duka kehidupanku di kampus... yang sangat disanjungi..

Adakah kalian tahu...
Disinilah lahirnya.. mu'allim yang berjiwa merdeka...
Disinilah munculnya mujahid yang mempertahankan pendidikan anak bangsa....
dan disinilah ..
ya ditempat inilah...
kini aku berada...

Disaat ini aku mula merasakan bahawa dunia kampusku semakin mencabar..
Hari demi hari pelbagai mehnah dan tribulasi yang datang bertandang
lantas mengganggu fikiranku..
Kesibukan mahasiswa dan mahasiswi...
menjadikan aku semakin runsing memikirkan kehidupan yang bakal tiba....

Adakah aku seorang Mahasiswi yang kerdil dan hina ini mampu mengharunginya?
Adakah aku mampu memejamkan mata dengan tidak memikirkan apa yang akan
terjadi dengan dunia.. ya Dunia... Dunia kampusku..
Aku semakin lalai dan alpa dengan kemewahan yang ada....
Allah memberikan pelbagai anugerah yang istimewa kepada setiap hambanya..
termasuklah aku dan antum semua.. ..
jadi kitalah yang berperanan untuk menentukan hala tujunya..
jika kita lihat.. kita dilahirkan sangat sempurna.. mempunyai anggota badan yang tidak kurang cacat celanya.. namun kadang-kadang kita sering tersalah guna..

Allah menganugerahkan mata... untuk kita melihat....
Allah menganugerahkan telinga .. untuk kita mendengar...
Allah menganugerahkan akal... untuk kita berfikir..
Allah menganugerahkan mulut.. untuk kita berbicara...
Allah menganugerahkan Hati.. untuk kita menilai...

Namun,, adakah kita sedar..
pinjaman anggota yang Allah berikan ini untuk Apa? sebenarnya..
Adakah kita menggunakan mata untuk melihat kebesaran Ciptaan Tuhan..
Adakah kita menggunakan telinga untuk mendengar Bacaan ayat Suci Al-Quran..
Adakah kita menggunakan akal untuk berfikir tentang keagungan Allah..
Adakah kita menggunakan mulut untuk berzikir kepadanya..
Adakah kita menggunakan hati.. untuk mencari ketenangan kepadanya...

Firman Allah dalam surah Ar-Ra'd:28 membawa maksud..
".....Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.."

Itulah gambaran tentang hati dan perasaanku kini..
ketenangan yang ku miliki dahulu ibarat
air sungai yang mengalir tanpa halangan..
suasana kehidupanku dahulu ibarat
pohon yang melambai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa..
persahabatan yang ku kecapi dahulu ibarat
pena dan buku...
memang tidak dapat dipisahkan...

kini..
segala keindahan dan kenangan yang ku miliki dahulu semakin malap..
aku leka.. terlalu leka..
aku semakin alpa..
ku harap agar ku temui jalan ....jalan yang terbaik..

Wahai Sahabat seperjuangan..
jangan asyik melihat keseronokan dunia..
ingatlah kita tidak akan terlalu lama di sini..
kehidupan di dunia hanya sementara..
dan di akhirat yang kekal selamanya....

Isnin, 19 Oktober 2009

Berdoalah pada Allah


Doa dari segi bahasa dapat didefinisikan sebagai panggilan atau meminta pertolongan(memohon bantuan daripada Allah). Di dalam Al-Quran pengertian doa dapat dilihat daripada pelbagai aspek. Dalam surah Yunus ayat 16 membawa makna doa adalah ibadah (beribadah kepada Allah). Manakala dalam surah Al Mukmin ayat 60 pula.. Firman Allah "Mintalah kepadaku . Aku perkenankan permintaan kamu itu" ayat ini menjelaskan bahawa doa ialah permohonan.

Semua orang berhak berdoa kepada Allah. Allah tidak memilih dan tidak membezakan sesama makhluknya... terutamanya kita sebagai hamba Allah.. Allah tidak mengira sesiapa untuk memperkenankan doanya.. Kita sebagai hamba yang kerdil di sisi Allah perlu menitipkan rasa yakin akan keagungan Allah... yakin bahawa Allah mendengar segala yang kita curahkan kepadanya..yakin bahawa Allah mengetahui tentang semua perkara yang akan berlaku, telah berlaku dan sedang berlaku.. ingatlah.. bahawa hanya kepada Allah tempat mengadu.. mengadulah pada Allah nescaya ketenangan akan diperolehi.. berceritalah kepada Allah sudah pasti kita akan mendapat khabar yang gembira.. di penghujungnya nanti.. jangan lupa berdoalah kepada Allah kerana Dialah yang Maha Mengetahui...

Antara orang yang Mustajab doanya ialah:
  • Doa para Nabi
  • Doa Orang yang Soleh
  • Doa kedua ibu bapa
  • Doa Anak yang Soleh untuk kedua-dua Ibu Bapanya
  • Doa penghafal Al-Quran
  • Doa orang yang Berpuasa
  • Doa pemimpin yang Adil
  • Doa orang yang dizalimi
  • Doa Orang yang berperang di jalan Allah
  • Doa Orang yang sedang menunaikan Haji
  • Doa bagi Saudaranya secara senyap-senyap
Antara orang yang ditolak doanya ialah:
  • Orang yang menggunakan barang-barang haram
  • Orang yang hendak di segarakan doanya
  • Orang yang tidak yakin dan tidak beranggapan baik dengan Allah
Adab-adab Berdoa:
  • Memilih waktu dan tempat yang baik
  • Dalam keadaan yang mulia seperti bersih, berpuasa, berwudhuk dan ketika bersujud
  • Mengadap kiblat
  • Merendahkan suara
  • Berkata-kata dengan sopan
  • Khusyu' dan merasai kehebatan Allah di dalam hati
  • Mengulang doa yang sangat dihajati untuk diperkenankan oleh Allah
  • Bertaubat sebelum berdoa ( beristighfar 3 kali)
  • Menadah tapak tangan ke langit
  • Memuji dan menyebut nama Allah
  • Berselawat ke atas Nabi
  • Mengakhiri doa dengan mengucap syukur kepada Allah.
Tujuh perkara yang menyebabkan doa ditolak:
  • Kamu telah melakukan amalan yang dimurkai oleh Allah dan tidak bertaubat serta tidak menyesali perbuatan itu.
  • Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak memerhatikan perintah-perintah dan larangan-larangan di dalamnya.
  • Kamu telah berkata kami hamba Allah tetapi tidak berlaku taat seperti taatnya seorang hamba kepada majikannya.
  • Kamu mengaku umat Nabi Muhammad tetapi tidak melakukan sunnahnya.
  • Kamu mengaku bahawa dunia ini tidak berharga di sisi Allah, tetapi kamu merasa tenteram dan seronok di dalamnya.
  • Kamu berkata bahawa dunia ini akan hilang tetapi kamu melakukan seakan-akan hidup selamanya.
  • kamu mengakui bahawa akhirat itu lebih baik daripada dunia tetapi kamu tidak bersungguh-sungguh mencari bekalan untuk akhirat.
Oleh itu, marilah kita berdoa kerana doa itu adalah senjata orang mukmin. Ingatlah dengan berdoa, kita akan mendapat ketenangan, mendapat naungan daripada Allah, dan mendapat perlindungan daripada Allah.. Sekian..

Sumber: Badri Haji Taib. 1995. Doa Tuntutan dan Pengertian

Khamis, 8 Oktober 2009

Percayalah


Hatiku berbaur rindu...
Rindu kepada insan yang memahamiku....
Kenapa perkara ini berlaku?
Sedangkan aku masih memerlukanmu...
untuk..
membantuku menyelusuri jalan yang berliku...
masih ingatkah kau pada diriku?
Atau kenangan lama telah lupus di ingatanmu...
Ahh... ketepikan perasaan ku itu...
Aku pernah mengharapkan sesuatu...
Suatu perkara yang indah daripadamu...
iaitu menjadi tempat untuk ku cucuri segala resah gelora hatiku...
Wahai sahabat yang cukup memahamiku...
Jangan kau tinggalkan aku...
dalam mengharungi mehnah dan tribulasi di sini...
Jangan kau tinggalkan aku...
dalam meniti hari-hari tanpamu...
Masih ingatkah kau tentang aku di sini..
Ya.. di sini...
di saat ini aku memerlukan seseorang...
untuk ku luahkan isi hatiku...
Dan.. seseorang itu adalah kau sahabatku....
kerna hanya kau yang memahamiku...
Percayalah.... hanya kau...