Ahad, 31 Oktober 2010

Moi... Mesra.. Cepat... Sedap..

sekarang dah x dak selera nak makan.. Huhu betulkah?
pergi ke Kafe.. ku lihat-lihat dan ku tinjau-tinjau...

masih belum terbuka selera nak membeli..
langkah kakiku membelok dan
berjalan terus keluar dari kawasan kolej...
singgah di kedai.. berhadapan dengan pintu pagar guard....
perkara yang sama masih berulang...
akhirnya aku membuat keputusan pulang ke rumah..
pada awalnya merancang nak makan.. bihun pama je...
namun.. tetiba.. keluarlah cadangan daripada seorang sahabat..
tanpa membuang masa aku meneruskan langkah...ke dapur..
bermulalah aktiviti yang sinonim dengan perempuan..

MEMASAK...

Bahan-bahannya...
- beras jati
- air

- ikan bilis
- bawang merah/ bawang besar
- lobak (carrot)
- garam


Cara-caranya mudah sahaja..
selepas dibasuh dan dipotong..
masukkan ke dalam rice cooker..
tunggu sehingga ia mendidih..
ciap..


BUBUR NASI SATU!!

kalau nak sedap..
tambahlah dengan sambal kicap..
n bahan-bahan lain..
ni bubur ringkas je..
untuk orang bujang huhu..

Khamis, 28 Oktober 2010

Sampai hati awakk!!!!

sampai hati awak..
tinggalkan saya di situ..
jalan yang sunyi.. tanpa cahaya..

sampai hati awak..
biarkan saya menghulurkan tangan
tanpa sambutan..

sampai hati awak..
lepaskan saya tersenyum kelat..
menahan perasaan..

kalau mengimbau zaman kanak-kanak dahulu..
ingin sahaja saya katakan..
awak jahat...
saya tak nak kawan dengan awakk..
nanti saya bagi tahu mak saya..:)

itulah watak pada zaman kanak-kanak kecill...
tapi dek pada masa ini..
sikap itu sudah pergi dibawa angin lalu...
mana mungkin gadis muda remaja ada watak sebegitu...

lantas datanglah.. kata-kata..
mungkin awak perlu memandang dari sudut yang berbeza..
pandang jauh kehadapan.. bukan dekat didepan..

ambillah yang jernih...
buanglah yang keruhh...

Selasa, 26 Oktober 2010

Hot Springs, Sungkai

Bunga Raya

pokok besar

Lupa lak nama tempat nieh ape yang penting cantikk

Kereta Kuda Belang :)

Air Panas Bertingkat

Sekitar Hotel

Bunga- Bungaan

Rebus Telur

Kolam Air Panas

Khamis, 21 Oktober 2010

Disebalik Tabir Seminar Pemikiran Sasterawan Felda Ke-3


Alhamdulillah selesai sudah satu seminar yang Dianjurkan oleh Profesor Madya Dr Talib Samat, Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi.. seminar ini membicarakan tentang pemikiran Abu Hassan Morad, yang turut hadir dalam seminar tersebut...

Banyak perkara yang saya perolehi...
mengenal apa ertinya persahabatan...
mengenal apa ertinya pengorbanan..
mengetahui bagaimana membuat keputusan..

teringat kisah yang diceritakan oleh Ummu Hani Abu Hassan...
" setiap kali nak balik kampung ayah mesti akan memberikan anak-anaknya sebuah buku catatan dan sebatang pen... dan meminta anak-anaknya mencatat semua perkara yang mereka nampak dan perkara yang berlaku sepanjang perjalanan."

" pada mulanya saya rasa sangat pelik kenapa ayah suruh mencatat semua perkara dan pada ketika itu saya masih darjah satu.."
"tapi kini barulah saya sedar yang rupa-rupanya... ayah suruh kami mencatat sbb ayah tidak dapat mencatat kerana dia memandu...hmm" kata ummu hani lagi

jelaslah disini.. Cikgu Abu Hassan sangat kreatif orangnya.. dengan adanya catatan yang ditulis oleh anak-anaknya cikgu Abu juga mendapat maklumat yang sama walaupun x banyak sedikit pon sudah bermakna...

beralih pula kepada kisah saya dan kawan-kawan mengendalikan seminar tersebut.. ada perkara lucu.. sedih gembira klakar..terima kasih kepada.. Azira, Azreen Jamaliah Solihin dan Isa (sahabat sekuliah) kerana menyumbang bakti sepenuhnya.. moga kita semua mendapat manfaatnya ....

saya rasa hari tu kami semua berada dalam kekalutan seperti semua perkara belum siap.. saya pulak asyik tanya itu ini dekat Dr. Talib.. smpaikan waktu saya tanya DR berkaitan dengan majlis penutupan ( pertanyaan kali ke-2) Dr nasihat saya.. " awak jangan bimbang.. semuanya dah siap".. huhu.. waktu tu barulah saya fikir yang saya ni sedang kalut ker?... sedangkan saya nak pastikan jer.. huhu... tq Yen sbb menjadi peneman menguruskan protokol.. majlis..

buat kali pertama dalam hidup saya menjadi pengerusi majlis adhoc tanpa teks.. hmm memang klakar.. beruntunglah kerana pada ketika itu Allah memudahkan bicara dan tutur kata saya.. kalau x ... x tahulah mcm mana nak mempengrusikan majlis tersebut.. walaupun sekejap je tapi.. hmm berdebar lah jugak...

pagi tu sebelum majlis bermula saya tanya berkaitan dengan bilangan meja dan kerusi .. nampaknya kerusi yang kami sdiakan sebanyak 100 buah tidak mencukupi kerana seminar ini mendapat sambutan ramai oleh pelajr2 UPSI.. Tahniah kepada yang hadir....

"encik kalau x cukup meja bolehlah bagi tau nanti saya sediakan.. meja ada di belakang .. kalau encik ada apa2 permintaan berkaitan dengan meja kerusi bagilah tahu.. saya akan usahakan..." tulah ayat pertama yang dikeluarkan pagi2 seminar.. kebiasaannya yang menyediakan barang2 ini merujuk kepada AJK logistik.. hmm

saya teruskan cerita.. lagi.. dengan kisah.. moderator sesi pembentangan yang pertama bertanyakan saya berkaitan dengan hadiah kepada pembentang.. saya dah macam cacing kepanasan.. waktu tu saya x tahu nak kata camne.. sbb sepanjang pengetahuan saya x der hadiah tuk pembentang.. makanan pon x der... saya pon ambil lah inisiatif.. pegilah tanya.. kat Galeri Ilmu SDn Bhd. huhu.. rasa malu jugak lah ketika itu... tapi alhamdulillah pertanyaan saya berhasil apabila Galeri Ilmu menawarkan Buku...... jeng jeng,,,


sebagai cendrahati kepada pembentang... alhamdulillah terungkai satu masalah...

seminar hari juga didatangi oleh beberapa media tempatan antaranya yang saya sempat berkenalan...:



kembali kepada bidang tugas saya yang sebenar (AJK MAKANAN)... hmm agak sibuk ye bila nak usher VIP ke dewan seminar.. dalam masa yang sama nak uruskan penyediaan makanan..
menu pada petang itu ialah..:
-mee goreng
-kuih karipap
-kuih seri muka
-air teh O'

suka untuk saya bagi tahu antara VIP yang hadir ialah:

Tan Sri Dr Mohamad Yusof Noor
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Prof. Dato' Dr Aminah Ayob
Timbalan Naib Canselor UPSI

ada banyak lagi VIP yang tidak saya sebutkan disini.. sekadar berkongsi cerita..

moral Value:
-sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan yang mendatang
-berfikiran positif dalam melakukan sesuatu tindakan
-titiplah pengalaman.. sebanyak mungkin..
-kerjasama daripada semua pihak amatlah penting..

Jumaat, 15 Oktober 2010

11 perkara yang mencemari Tauhid

assalamualaikum...
lama sudah tidak berkongsi cerita.. meluahkan rasa di laman ini.. kali ini saya lebih suka untuk berkongsi sedikit ilmu yang baru dapat petang tadi.. ketika mendengar kuliah siswi di khar...

11 perkara yang mencemari Tauhid

1- menggelar alam sebagai alam semulajadi...
contohnya.. kita selalu kata " nasib baik tadi aku x pergi kalau x??
sepatutnya kita mnesyukuri nikmat Allah.. sebenarnya alam ini adalah ciptaan Allah bukannya terjadi sendiri.. jadi kta kena bersyukur pada Allah .....

2- anggap makhluk yang wujud berlaku revolusi
contoh... teori darwin.. manusia berasal daripada beruk.. kita x leh percaya kerana Allah yang mneciptakan manusia...

3- anggap kesatuan wujud antara Allah dan manusia itu wujud...
maksudnya di sini.. kita x leh anggap yang kita ini adalah sebahagian daripada Allah tetapi kita ini diciptakan oleh Allah...
fikirlah tentang kejadian Allah jangan fikir tentang zat Allah

4- berjumpa dengan bomoh
contohnya: kita mendakwa bahawa seseorang itu mengetahui ilmu ghaib dan mempercayainya.. sedangkan yang berkuasa dan maha mengetahui adala Allah bukannya manusia tersebut..

5- membaca horoskop
mempercayai horoskop dan mersainya.. serasi atau benar bertepatan dengan diri.. kita x leh terlalu percaya pada ramalan seperti itu... kerana Allah yang menentukan segalanya...

6-memakai sesuatu dan mempercayainya seolah-olah mendatangkan nasib yang baik dan buruk..
perkara ini dapat menggugat aqidah kerana kita tidak bergantung kepda Allah...
contohnya : tangkai azimat...

perkara ini ada sebelas.. tapi sempat dikongsikan oleh ustazah husna dan yang sempat saya salin dijadikan laporan dan maklumat tambahan.... kepda yang membaca..

bersambung...

Ahad, 3 Oktober 2010

tetiba rindu pulak nak letak gambor2 nieh huhu



Belajarlah daripada pengalaman

Dalam hidup ini banyak yang perlu kita belajar... daripada belajar kita dapat pengalaman... pengalaman kita tak sama dengan orang lain.. setiap di antara kita ada keistimewaannya.. pendek kata semua orang ada kelebihan dan kekurangannya.. aku juga tidak terlepas dalam meniti perjalanan sebagai seorang manusia...hmm dalam keadaan sedar atau tidak sudah hampir satu semester aku memegang taklifan ini.. ada tawa ada suka ada luka ada manisnya.. satu persatu.. kita rungkaikan..

kata orang x kenal maka x cinta.. bagi aku pula x kenal maka x tahu... kadang2 kita merasakan kita adalah insan yang paling teruk, malang, sedih.. tapi kta x sedar ada orang lagi sdey drpd kita.. ada orang lagi teruk pada kita... tapi hakikatnya.. semua orang berhak mempunyai rasa mereka sendiri... aku kadang2 berada dalam keadaan gembira.. kadang2 aku sendiri pon x dapat kenal pasti apa mood aku sebenarnya.. haha...

tahu x knapa aku suka mengatakan setiap manusia itu berbeza-beza.. sbb kita semua x sama.. ada yang tinggi ada yang rendah.. ada yang putih ada yang kulit sawa matang... dan macam2 lagi.. pekara itu pun sudah dapat membezakan antara manusia.. tu kita baru lihat dari segi fizikal je.. huhu.. pon dah nampak ada perbezaan...

apatah lagi perkara yang ada di dalam lagilah abstrak kan.. manalah kita nampak..
kadang2 rasa cam kita ni perasan sendiri ker? syok sendiri ker? hahah... apelah tafsiran orang pada kita pon tak tahu...... memang abstrak..

even kalaulah orang tu cakap sendiri kat kita pon.. tapi dihati siapa yang tahu...
adalah seorang sahabat ni kata kat aku.." aku ni mengkonfiuskan orang".. hmm tahlah mungkin..!! tapi secara hakikatnya.. watak aku memang berbeza walaupun dalam satu masa..
tapi aku tidak kisah.. sbb bagi aku kadang2 aku perlu jadi air bila semua dah jadi api.. just that..
but i dont know whether it is suitable or not.. hmm...
xper2 kita teruskan..

banyak betul yang aku blajar.. sabar.. tenang.. (walaupun kadang2 x hilng juga sifat nak marah cuma rsanya dah boleh Control lah..).. hmm seronok sangat...

kadang aku rasakan yang Allah itu maha mengetahui setiap yang berlaku pada hambanya... kadang air yang tenang pon x selamanya tenang ,, kadang nak juga ia berkocak..
mungkin itulah ... Allah datangkan ujian... untuk menguji tahap keimanan..
Allah datangkan ujian supaya kita keluar dari lembah kealpaan..
mungkin aku sendiri tidak sedar.. mungkin juga aku sendiri tidak pernah menghargai... thanks adik.. kerna mngingatkan akak yang kadang2 manusia perlu diberi penghargaan..
aku akan belajar daripada pengalaman...... thanks..

SALING MENGHARGAI
DAN
SALING MENSYUKURI..

KADANG2 ALLAH SEMBUNYIKAN MENTARI KERANA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI :)