Sabtu, 26 Disember 2009

Ziarah Sahabat

ana dan sakinah

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinnya dapatlah kita bertemu setelah sekian lama membawa haluan masing-masing.. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.aw. kerana dengan jerih payah baginda dapatlah kita semua umat Islam mengecapi dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah...


Atiqah, Fairuz, Fadila, Syakinah

Memang tidak sangka perkara yang dirancang selama ini akhirnya terlaksana jua. Berkat keikhlasan sahabat yang sekisas dengan ana (Atiqah, Fairuz, Syakinah & Fadila) menemani ana ke Teluk Intan sedikit sebanyak telah menghilangkan kegusaran yang bersarang dihati.. perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam .. memang penuh dengan keindahan .. tentang manisnya dalam bersahabat.. memang ana akui ana tidak pernah merasa kebosanan dan kesedihan mengharungi bahtera di upsi bersama sahabat seperjuangan...Walaupun ada di antara insan lain yang mempertikaikan tapi..... (fikirlah.. ) hmm manisnya.. sentiasa..


Syakinah, Sakinah, Fadila, Atiqah, Fairuz dan Ana..

Ni waktu dalam bilik kinah.. hmm tapi bila tengok balik macam dah tak dak tempat lain dah nak possing.. Unikkkan.. hmm. kalau skali pandang macam dok dalam bilik pengantin.. tapi bila dah dua kali pandang macam ..... bilik kinah lahh... :) Rasa seronok bila dapat bersama sahabat sefikrah.. terima kasih Allah.. kerana bagi ana jumpa.. apa yang sepatutnya di jumpai.. hehe... Kita ni sesama muslim kenalah saling ingat- mengingati antara satu sama lain..

Akhir Sekali.. ana rasa persahabatan @ ukhwah ini adalah.. sesuatu yang sukar untuk digambarkan... payah untuk ditafsirkan.. lihatlah dalam surah Al- Hujurat.. ayat 10.. Allah berfirman..

" sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.."


Khamis, 24 Disember 2009

Rakan Penggerak Ad-din


Program Rakan Penggerak Ad-din(RPA) merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Pusat Islam Upsi bagi meningkatkan pembangunan diri mahasiswa di setiap kolej kediaman. Objektif utamanya ialah untuk memantapkan kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mahasiswa di samping menerapkan nilai dan membentuk sahsiah mahasiswa. Selain itu RPA juga bertujuan untuk melatih kemahiran berinteraksi, memberi pandangan dan menyelesaikan masalah dalam kumpulan serta mewujudkan budaya saling menasihati dalam kalangan pelajar.

Baru- baru ini RPA telan mengadakan program kepada para nuqaba' sesi semester 2 2009/2010. Alhamdulillah.. program tersebut sedikit sebanyak telah membantu nuqaba' dari pelbagai sudut. Selain daripada mendengar ceramah kami juga berpeluang mengeratkan ukhwah sesama nuqaba' melalui aktiviti sukan yang diadakan. Bagi muslimat kami bermain Kurratussalah (Bola jaring ) dan Kurratulyad (Bola tampar). Manakala Muslimin bermain Futsal.

Melalui aktiviti seperti ini maka dapat menambahkan lagi halawatul ukhwah (kemanisan ukhwah) sesama kami.. kami dapat mengenali antara satu sama lain.. dengan lebih dekat dan rapat.. alhamdulillah.. sesuailah dengan..

firman Allah dalam surah Al-Hujurat : 13 yang bermaksud

" Wahai manusia kami telah ciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal....."

Ahad, 20 Disember 2009

Baktisiswa... Oh... Berbaktilah MahaSiswa

Semangat berkobar nak pergi Pahang

Indahkan kehidupan kita??... Pelbagai cara dan corak kehidupan yang sentiasa mewarnai... begitu jugak dengan diriku ini.. huhu.. masih bermadah lagikan.. Hari ni nak cheghita cikit.. kat kawan-kawan.. Baru- baru ini ana diberi kesempatan untuk mengikuti satu program yang dianjurkan oleh kolej KHAR.. iatu Program Baktisiswa Cakna Ilmu.. di Temerloh Pahang..

Ayah angkat saya

Seronok sangat.. hmmm Ana dapat banyak pengalaman.. yang paling "best" tau tak ape?? haaa.. ana dapat ibu dan ayah angkat.. nama depa ialah..pakcik Zainal dan makcik Rose.. huh memang "sporting" lah.. ni lah "fisrt time" dapat mak dan ayah angkat..

Malam Seribu Memori..

Ana nak habaq pulak pasai Malam Seribu Memori.. memang meninggalkan beribu-ribu memorilah.. macam-macam terjadi.. sebenaqnya malam tu ada persembahan daripada...peserta dan jugak penduduk kampong... tapi disebabkan sambutan daripada orang ramai melebihi had jangkaan para peserta sedikt sebanyak menyebabkan kegusaran dihati.. namun begitu, segala kerisauan dapat diatasi selepas bermula persembahan..

Paling mengagumkan tarian tradisional orang asli.. kalau dulu kita dok tengok kat tv jer. tapi malam ni ana dapat saksikan secara "life" rupanya masih ada orang asli di Semenanjung Malaysia ni kan... kemuadian ada persembahan daripada barisan kempimpinan kolej.. dikir barat... boleh la tahan.. persembahan depa.. maklumlah depa belatih sat saja.. tak dan lah.. Ana pulak malam tu buat persembahan pon dok tengok ja.. di samping membuat gheja sambilan iaitu tangkap gambaq.. pastu ada perasmian .. hmm pelepasan tanglung.. memang menunjukkan keizzahan lah..' Azimm..

seterusnya ...
"Slot Menariknya Mini Libraryku" huh.. memang sangat berpuas hati sebab .. masa nak kumpul buku dan nak jadikan library ni banyak sangat kekangan.. tapi tulah akhirnya.. hasil yang sangat menenangkan hati... alhamdulillah.. cheq ghasa syok.. moga buku- buku yang disumbangkan dimanfaatkan sebaiknya.. oleh adik2 di kampung tersebut.. tahniah la noh.. kat sapa yang dok bertungkus lumuih noh....

Ghasanya sampai sini saja noh.. nanti kita cheghita len noh.. taniah kepada semua..