Sabtu, 23 Julai 2011

Umat Islam Sentiasa Boleh...

ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!

tersekat rasanya lidahku untuk berkata-kata..
perit rasanya tekakku untuk mengeluarkannnya..
sakit lagi hatiku jika nak dibandingkan dengan anggota lainnya..

Ya Allah bolehkah aku mengadu
yang aku letih Ya Allah
Ya Allah layakkah aku
untuk mengatakan aku letih Ya Allah
Ya Allah berdosakah aku
jika aku ingin memberitahu kepadamu
yang aku letih Ya Allah
Ya Allah aku terasa malu
jika aku katakan diriku ini letih Ya Allah

Ya Allah dengarlah..
apa yang ingin hatiku ini ingin sampaikan..

Ya Allah ..
kau berikan aku kekuatan fikiran..
kau berikan aku kekuatan kesabaran.
kau berikan aku fikrah.. yang memikirkan Islam..
kau berikan aku segalanya..
tapi aku masih lagi belum mampu memberikan
apa-apa yang terbaik untuk agamamu

mungkin hari ini adalah permulaan..
tapi aku tidak menduga
yang kau akan berikan ujian
yang kuat.. sebegini..

mungkin hari ini adalah permulaan ..
tapi aku tidak menjangka
yang kau akan mengubah semuanya..
semuanya Ya Allah..
kau tidak memberikan kesempatan ..
kepada kami untuk melaksanakannya..
tapi kau ubah semua perancangan manusia..
baru ku sedar yang kau lagi berkuasa..

mungkin hari ini adalah permulaan..
buat sahabatku yang baru dalam perjuangan..
begitu juga diriku
yang telah lama meninggalkan medan peperangan..

tapi Ya Allah
hari ini juga kami telah muncul dengan
memilih langkah yang baru..
dengan azam yang baru..
bahawa kami akan teruskan..
YA KAMI AKAN TERUSKAN

teringat kata sahabatku
"bukan senang untuk membuat gerak kerja Islam.."

takbir!!!
ALLAHUAKBAR...

Ya Allah..
ku panjatkan rasa syukur..
kerana dengan kejadian hari ini juga..
kau telah membuka mataku..
untuk mengenal yang mana satu manikam
dan yang mana satu mutiara..

Ya Allah
ku mohon.. kau campakkan lah kembali semangat..
kepada kami..
bukan hanya kepada diriku malah kepada sahabatku..
kerana.. aku tidak mampu
untuk berdiri tanpa..
pautan semangat mereka

sahabatku adalah kekuatanku..
semangatku.. akan terus berkobar..
bendera Islam akan terus berkibar..

ingat ye sahabat..
jangan sesekali merasa letih..
kerana cuba kita fikir..
kalaulah Allah letih mengampunkan dosa hambanya..
pasti umat ISLAM akan menangis tanpa air mata
kalaulah Allah letih memberi ganjaran pahala..
pasti kita x akan merasa nikmat syurga...
kalaulah Nabi Muhammad letih menyampaikan ajaran agama..
PASTI ISLAM BUKAN MILIK KITA..

subhanallah...
bnyak ganjaran pahala yang Allah bagi tanpa kita menyedarinya..
moga Allah memilih kita untuk merasakan nikmat kurniaannya..
ameenn....

Ahad, 10 Julai 2011

Mengapa hati juga yang diuji??

mengapa hati juga yang diuji...
hmm entahlah.. aku sendiri pon x faham..
hati kta ni lembut sangat ker??
atau hati kita ni.. kecil sangat...
jadi dia tidak boleh menampung sesuatu yang berat..

hmm kadang-kadang rasa macam pelik.. kan..
kalau ada kaitan dengan perasaan
orang biasanya akan kaitkan dengan hati..
contohnya lah kan..
sakit hati..
jatuh hati..
masalah hati..
hmm semuanya ada kaitan dengan hati..

tapi orang x de pulak cakap..
sakit akal..
masalah akal
jatuh akal..
kalau ada masalah kaitan dengan perasaan..
huhu..

entahlah..
aku sedang dalam proses berfikir nieh..
kalau nak ikutkan hati.. mungkin ada yang terluka..
mungkin ada yang terasa..

tapi kalau ikutkan.. akal.. banyak lagi
perkara yang perlu difikirkan..
sekarang nie.. aku merasakan yang akal aku
sedang membuat perkiraan atau pentafsiran yang positif,,

kadang-kadang aku merasakan yang aku nieh..
banyak cakap kot..
sbb orang kata kalau bnyak cakap..
bnyak lah salahnya..
sbb tu lah dalam nak membentuk sesuatu yang positif..
sangatlah susah..

manusia.. ni bnyak fikir negatif
berbanding positif...
tah lah mungkin x semua manusia..
berfikiran positif...

aku pon sama sebenarnya..
tapi.. tu lah..
dengan keadaan dan apa yang aku ada sekarang ..
yang negatif pon aku perlu positifkan..
haha..
selagi mana aku mampu.. aku cuba..
tapi bila aku dah penat..
aku takut aku tidak berani untuk mencuba lagi..

hmm..
tapi.. aku perlu menjadi seseorang yang aku impikan..
jadi personaliti yang ada di sekelilingku..
perlu ku pertaruhkan.. sebagai kajian..
huhu.

kenapa ku jadikan personaliti di sekelilingku
sebagai kajian??
sbbnya.. dalam kajian.. kalau ada masalah datang..
pasti akan di cari jalan penyelesaian....
aku pon sedang praktikkan..
kalau ada je masalah datang ..
aku akan cuba selesaikan..

tapi.. aku rasa aku boleh cuba selesaikan masalah orang..
tapi sekiranya aku lah yang dilanda masalah..
aku memang x tahu nak amik tindakan huhu..

walaupun aku x tahu sangat berkaitan dengan perasaan.
huhu betulkah??
tapi aku cuba untuk membantu membaiki perasaan mereka..
sedang perasaan aku??? hmm
entahlah apa rasanya...

x pe...
aku pegang kata-kata insan yang ku jadikan pelangi hidupku..
" bukan senang untuk membentuk dan mengubah manusia... "