Demi Allah yang Esa sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu,
menitis air mata tatkala merasa jauh,
tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan,
kerana ku tetap yakin bahawa Allah menyatakan:
"wajiblah cintaku kepada orang2 yang berkasih sayang kepada KU"
As-syahid Hassan Al banna.
sabda Rasulullah s.a.w:
sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan,
diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan syawal,
dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun,
(riwayat Muslim)
tiada bulan seindah ramadhan,
wahai sahabatku,
dikala manusia sibuk untuk berhari raya,
janganlah kita lalai dan leka,
kita berpuasa kali terakhir pahala dilipat ganda,
hari terakhir syaitan dipenjara,
hari terakhir dimana seksa kubur akan bermula,
mungkin juga ia ramadhan terakhir buat kita.
biarpun mesra hati pasti pernah terluka,
biarpun ramah lidah pasti ada tersasul,
biarpun berbudi bahasa tingkah pasti ada yang menyentuh rasa
maka atas sifat seorang manusia, hambaNya
pohon kemaafan atas segala salah silap....
rumah dihias bagai istana
buat persiapan dihari raya,
jari kususun maaf kupinta
SMS ku hantar pengganti kad raya.
10 jari disusun manja,
lemah gemalai menutur kata,
andai pernah tersalah kata,
harap ampun dan selamat hari raya.
adakalanya tercetus dosa dalam tawa,
terselit luka dalam gurauan,
terlintas keangkuhan dalam senyuman,
maafkan segala silap dan salah
salam aidilfitri..
mata kadang2 salah melihat,
lisan kadang2 terlepas kata,
janji kadang2 terabai,
hati kadang2 berprasangka,
sikap kadang2 menyakitkan
maafkan segala kekhilafan yang pasti ada.
tunggu2 raya dah dekat,
bakar lemang masak ketupat,
nak hantar kad raya dah x sempat.
cara SMS pon dah dikira selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan