Ahad, 13 Mac 2011

Apakah mereka juga cuba memahami??

aku disini, dibawah desiran tiupan angin..
aku disini melihat manusia berlalu dan pergi..
aku disini, memandang hingga jauh disudut ekoran anak mataku..

di hadapanku , tersusun megah bangunan tinggi..
di hadapanku teratur indah ragam manusia..
mereka berjalan dan pergi..

aku tetap disini menunggu insan yang ingin menemuiku..
matlamat dan arah tuju mereka dan aku tidak sama..
masing-masing sudah punya destinasi tersendiri...

aku?????
belum mengorak langkah lagi..
lantas ku amibil pena ku coretkan rahsia dihati..
mungkin hasil coretanku kalian tidak mengerti..
tapi itulah aku ..
yang kadang-kadang tersirat dan tersembunyi....


selalu aku dinasihatkan supaya menerima dan mempelajari..
tidak ku nafikan manusia punya pelbagai pekerti..
dan ku akui ku cuba memahami...

TAPI PERSOALANNYA ????
APAKAH MEREKA JUGA CUBA MEMAHAMI?????
TEPUK DADA TANYALAH IMAN....

penilaian manusia berbeza -beza..
pendapat mereka juga tak sama..
lihatlah kembali pada diri kita..
kita punya paras rupa berbeda..
hasil ciptaan yang Maha Esa...

jika rupa paras kita pon ada bezanya..
apatah lagi dengan sikap manusia..

setiap yang Allah cipta ada sebabnya..

stesen ktm rawang..
1.32 ptg..
120311..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan