Selasa, 14 Jun 2011

Dukaku bukan pengubat ceria mereka..

masa yang ada kini
bukan lagi untuk diriku..
masa yang ada kini
bukan lagi untuk bermain..
masa yang ada kini
bukan lagi masa yang sia -sia..

aku kini bukan aku yang dulu..
aku kini memegang taklifan baru..
terasa berat di bahuku..
memikul tugasan ini..

astagfirullah..
apakah amanah ini satu bebanan buatku.??
atau
amanah ini satu ujian padaku??
Duhai Sang Pencipta..
yang mengetahui akan segala kemampuan hambanya..
berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi segalanya..

saat ini kurasakan fikiranku sesak..
tanpa muncul bait-bait kata..
saat ini kurasakan diriku lemah...
tanpa ada tulang-tulang yang mendokongnya..
saat ini kurasakan tanganku penat..
tanpa kemampuan untukku catitkan segala..

tapi aku juga dapat rasakan
yang hatiku ceria..
tika ku bersama mereka..

wajahku berseri..
tika ku lihat telatah mereka..

semangatku berkobar..
tika ku pandang cara mereka berbicara..


mungkin inilah kekuatan yang ku ada..
mereka sentiasa bersama aku..
tapi.. ketahuilah..
akan ku sembunyikan segala duka..
selagi mana ku mampu..
kerana bagiku ..


bukan dukaku pengubat ceria mereka..
tapi sebaliknya..
tawaku adalah untuk dikongsi bersama..

7 ulasan:

  1. maafkan su ya, maafkan kami semua sekiranya sikap dan sifat kami melukakan hati kak ika.
    :(

    BalasPadam
  2. kak ika kuat!!! kak ika hebat!!! kerana kak ika khalifah Allah, ciptaan terhebat dari segala makhluk. Selagi punya kudrat, maka berbaktilah. Selagi punya hebat, maka berbuat baiklah. Kerana itu kunci mardhatillah. Sebut mardhatillah, teringat kak farahin...ayuh, sama2lah kita. dlah doakan akak dari jauh, doa buat sahabat yang dirindui & disayangi, moga thabat untuk hebat dam berjihad.Amin.

    BalasPadam
  3. insyaallah semua baik2 sja..amin

    BalasPadam
  4. suria: semoga kita terus bersama
    adilah: akak rindu lah kat korang semua..
    erika nuris: rindu kat su.. n semua...

    BalasPadam
  5. mama..tabahkan hati..semoga kita semua kuat..

    BalasPadam