Sabtu, 23 Julai 2011

Umat Islam Sentiasa Boleh...

ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!

tersekat rasanya lidahku untuk berkata-kata..
perit rasanya tekakku untuk mengeluarkannnya..
sakit lagi hatiku jika nak dibandingkan dengan anggota lainnya..

Ya Allah bolehkah aku mengadu
yang aku letih Ya Allah
Ya Allah layakkah aku
untuk mengatakan aku letih Ya Allah
Ya Allah berdosakah aku
jika aku ingin memberitahu kepadamu
yang aku letih Ya Allah
Ya Allah aku terasa malu
jika aku katakan diriku ini letih Ya Allah

Ya Allah dengarlah..
apa yang ingin hatiku ini ingin sampaikan..

Ya Allah ..
kau berikan aku kekuatan fikiran..
kau berikan aku kekuatan kesabaran.
kau berikan aku fikrah.. yang memikirkan Islam..
kau berikan aku segalanya..
tapi aku masih lagi belum mampu memberikan
apa-apa yang terbaik untuk agamamu

mungkin hari ini adalah permulaan..
tapi aku tidak menduga
yang kau akan berikan ujian
yang kuat.. sebegini..

mungkin hari ini adalah permulaan ..
tapi aku tidak menjangka
yang kau akan mengubah semuanya..
semuanya Ya Allah..
kau tidak memberikan kesempatan ..
kepada kami untuk melaksanakannya..
tapi kau ubah semua perancangan manusia..
baru ku sedar yang kau lagi berkuasa..

mungkin hari ini adalah permulaan..
buat sahabatku yang baru dalam perjuangan..
begitu juga diriku
yang telah lama meninggalkan medan peperangan..

tapi Ya Allah
hari ini juga kami telah muncul dengan
memilih langkah yang baru..
dengan azam yang baru..
bahawa kami akan teruskan..
YA KAMI AKAN TERUSKAN

teringat kata sahabatku
"bukan senang untuk membuat gerak kerja Islam.."

takbir!!!
ALLAHUAKBAR...

Ya Allah..
ku panjatkan rasa syukur..
kerana dengan kejadian hari ini juga..
kau telah membuka mataku..
untuk mengenal yang mana satu manikam
dan yang mana satu mutiara..

Ya Allah
ku mohon.. kau campakkan lah kembali semangat..
kepada kami..
bukan hanya kepada diriku malah kepada sahabatku..
kerana.. aku tidak mampu
untuk berdiri tanpa..
pautan semangat mereka

sahabatku adalah kekuatanku..
semangatku.. akan terus berkobar..
bendera Islam akan terus berkibar..

ingat ye sahabat..
jangan sesekali merasa letih..
kerana cuba kita fikir..
kalaulah Allah letih mengampunkan dosa hambanya..
pasti umat ISLAM akan menangis tanpa air mata
kalaulah Allah letih memberi ganjaran pahala..
pasti kita x akan merasa nikmat syurga...
kalaulah Nabi Muhammad letih menyampaikan ajaran agama..
PASTI ISLAM BUKAN MILIK KITA..

subhanallah...
bnyak ganjaran pahala yang Allah bagi tanpa kita menyedarinya..
moga Allah memilih kita untuk merasakan nikmat kurniaannya..
ameenn....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan