Isnin, 10 Oktober 2011

Mana Lagi Penting??

lama rasanya aku tidak mengajar..
hmm apa khabarlah anak-anak muridku ye..
rindu pula nak berkongsi ilmu dengan orang lain..

jika dinilai..
cukupkah ilmu di dada mahu dikongsikan dengan orang lain nieh..
Allahuakbar..koreksi balik diriku sendiri..
ustaz selalu pesan untuk kta saling ingat mengingati..
hmm walaupun hanya sekelumit ilmu yang ada..
tetap perlu untuk kita sampaikan..

Rasulullah juga berpesan..
"sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat"

tiba-tiba aku teringat satu peristiwa yang nak aku kongsikan bersama..
hari ini aku diuji dengan satu soalan..boleh dikatakan soalan killer jugak lah..

sahabat tersayang bertanya: apakah yang kamu faham tentang keutamaan?..
aku pon jawab: perkara yang penting lah.. dan y perlu dipentingkan..
*sekali lagi sahabat bertanya kerana baginya jawapanku kurang memuaskan..huhu
aku jawab lagi : entah saya x tahulah..x nak jawablah..
* Allah patutkah aku menjawab begitu kepadanya?? inilah contoh ilmu di buku bukan di dada.. amik pengajaran ye..*

sebenarnya dalam hidup kita banyak perkara yang nak kita laksanakan..
kadang-kadang lebih daripada satu tugas kita kena buat..
kadang-kadang kita rasa macam x mampu untuk melakukan semuanya..
sbb kita kan manusia biasa.. x lari dari masalah peribadi..
tapi pernahkah kita terfikir dalam kesibukan kita melaksanakan tugas di dunia..
kita abaikan ke x? tugas untuk ke akhirat.. hmm fikirkanlah sendiri..

dalam bnyak2 perkara yang kita buat pernahkah kita kadang jadi confius nak buat
keputusan mana yang lagi penting ??
pada pendapat aku lah.. semua benda penting.. huhu
tapi nak tentukan mana lagi yang lebih penting.. aku kna bagi contohlah..

contohlah:
kalau dalam satu situasi.. kita terpaksa hadirkan diri dalam peperiksaan tapi dalam
masa yang sama kita ada meeting persatuan.. jadi agak-agak mana yang lagi penting..??

mestilah peperiksaan:
sbbnya kalau kita x pergi exam maka akan mudhoratlah diri kita..
dalam memilih satu keutamaan kita kenalah lihat:

- mana lagi bnyak kebaikan..
- kemudhoratan yang akan berlaku
- kesan kepada orang lain
- kepentingan untuk kita berada di tempat tersebut..

contoh seterusnya:
katakanlah kita menjadi satu ajk dalam persatuan..
tetapi dalam masa yang sama kita
menjadi ketua dalam satu projek yang akan berlangsung esok..
byangkanlah kalau kita tidak hadir dalam perjumpaan terakhir..
yang menunggu kata putus dari kita..
maka apa yang akan terjadi.??

oleh itu pada ketika ini antara AJK dan ketua mana yang lagi penting??..
kena tengok pula dari sudut masa... terpulang kepada pendapat masing2
tapi kalau saya.. waktu itu perjumpaan ketua projek lebih utama..??
tapi kalau kita rasakan yang kita mampu untuk hadir kedua-duanya lagilah bagus..

memilih yang lebih utama itu x bermakna yang x utama itu boleh ditinggalkan..
dua-dua perkara perlu berjalan seiring..
cumanya mana yang dulu dan kemudian.. perlu dinilai berdasarkan masa.. dan situasi..

sekadar berkongsi pendapat..
kalau salah boleh memberi teguran..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan