Isnin, 5 Disember 2011

sisa yang berbaki

Terasa berat di kepalaku
memikirkan masa depan yang masih berbaki..
hatiku terasa terlalu sayu..
untuk kuluahkan rasa hatiku ini..
Pedih, Perit dan semakin sukar diluahkan..
Apakah masih ada baki sisa buat kami..??

ku pohon tapi bukan untuk ku tagihkan simpati
percayalah aku bukan menagih rindu
pada sisa-sisa yang telah pergi..
tapi sebaliknya..
dengan adanya sisa yang berbaki inilah
mendorong aku untuk ku bangun dan ku atur tapakku semula..

namun, jauh di sudut hati..
aku masih mengharapkan pada sisa yang berbaki ini..
terus dan terus melangkah dan mengorak..
apakah semua yang terjadi ini
harus ku letakkan di bahuku sendiri..
jadi apakah sisa yang berbaki ini
tidak mahu menghabiskan tugasannya..

aku sebagai peneraju..
walaupun yang tinggal hanyalah sisa yang berbaki..
aku tetap perlu teguh berdiri..
kerana sisa yang berbaki inilah yag masih bersamaku..
biarpun hanya sisa yang berbaki..
tapi cukup bermakna untuk ku harungi ranjau ini..

tiada lagi kata maaf yang keluar dari bibir mulusku ini..
kerana aku bukan lagi insan yang menagih simpati..
tapi kini aku akan menjadi insan
yang sentiasa teguh berdiri..
walaupun aku sudah tidak punya hati lagi..
biarlah ia berlalu pergi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan