Isnin, 20 Disember 2010

Wajah Baru...

Alhamdulillah..
hari ini saya muncul dengan wajah baru..
moga pembaca sekalian berasa selesa...

dalam hidup kita ini...
semua yang terjadi.. adalah ketentuan Tuhan..
perubahan demi perubahan..
dari semasa ke semasa.....
kita akan mengalaminya..

jika dahulu kita lahir sebagai seorang bayi...
jika dahulu kita masih belum tahu apa itu percakapan..

tapi hari ini...
kita sudah dewasa...
sudah mula melangkah meninggalkan alam remaja...
kita.. semakin bijak berkata-kata...

Ya... kita sudah semakin DEWASA....
ingatkah kita pada jasa ayah dan bonda...
berbaktikah kita pada mereka....

ingat sahabat.. kita jangan alpa pada pencipta..
dialah penentu segala....

jadi.. sebenarnya.. dalam hidup ini
sebagai seorang hamba Allah..
kita perlu melakukan perubahan..
kita perlu menjaga amalan...
kita perlu meningkatkan kefahaman
kefahaman tentang ISLAM..

ayuh.. kita lakukan perubahan..
bukan hanya untuk tontonan..
tapi juga untuk..
tingkatkan rasa
CINTA
pada
TUHAN..

Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah.....

Bismillahirrahmanirrahim..

elok kiranya ku mulakan bicara dengan memuji Yang Maha Esa...
sebelum penaku rancak di persada..
sebelum hatiku rancak mengatur kata-kata...
suka untuk aku mengingatkan...
ucapkanlah selawat dan salam buat Nabi Junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w.
berkat susah payah baginda dapat juga kita
merasai dua Nikmat terBESAR iaitu
nikmat IMAN dan ISLAM

hari ini merupakan 1 Muharam..
alhamdulillah.. sudah masuk tahun baru kita rupanya....
tanpa kita sedar.. masa berlalu dan berlalu...
banyak yang kita harungi.. juga tanpa kita sedari...
salam Maal Hijrah buat semua Umat Islam di muka bumi...
Panjatkanlah rasa syukur kerana Allah masih..
meminjamkan kita..
hidup menumpang di Buminya...
menghirup udara segar miliknya..
menikmati nikmat yang dikurniakannya..
mendapat kebahagiaan dicampakkan olehnya...
Segala-galanya adalah milik Allah..
kita hanya diberi pinjaman...
Pinjaman tidak bersifat kekal tapi hanya sementara..

kadang-kadang kita merasa bangga..
merasakan segalanya adalah milik kita..
sedangkan Allah itu Maha Berkuasa..
Dialah yang mencaturkan segala benda...
baik bahagia mahupun derita...
Dia tahu akan kemampuan hambanya....

Salam Maal Hijah pembaca sekalian....

Setiap kali memasuki tahun baru..
acap kali kita dengar tentang azam baru...
terfikir pula aku kali ini..
APAKAH AZAM AKU PADA TAHUN INI erk???
kulihat sahabat handai semuanya sudah mengatakan azam masing2 dalam facebook..
alhamdulillah.. azam mereka molek belaka....
semoga tertunai.. apa yang sahabt hajati..
berusalah.. moga Allah memudahkan segala urusan...

aku mendengar Tazkirah (peringatan) daripada seorang sahabat
bahawa kita perlu merawat Hati....
Apakah rawatan terbaik untuk hatiku...
adakah aku sudah jatuh cinta??
adakah aku mula menyintainya??
adakah aku menyayanginya??
persoalan diatas bukanlah penyebab aku memiliki masalah hati...
tapi.. masalah hati yang bermula drpd diri sendiri..
perasaan marah.. dengki.. cemburu... x puas hati.. juga boleh dikategorikan
sebagai masalah hati...

sahabat sekalian..
tadahlah tangan...
mohonlah pada Yang Esa..
lembutkanlah.. hati kita....
jauhilah kita dari segala bencana..
lupuskanlah segala prasangka yang berada didalam hati kita...

aku pernah dengar kata-kata daripada seorang kakak...
orang yang selalu marah ini ada satu titik hitam dihatinya..
aku terus berfikir.. hati aku kotorkah??
ohh.. Ya Allah risaunya aku....
bagaimana nak cuci hati ini...???

berbalik kepada pesanan sahabat aku tadi mengenai merawat hati...
satu sahaja TIPS yang diberikan....
banyakkan berzikir....


marilah sahabat2 kita rawat hati..
jom kita berzikir..
moga Allah tenangkan hatiii

Khamis, 2 Disember 2010

batasan aurat anak luar nikah

salam.. ana hanya ingin menambahkan pengetahuan tentang perkara ni. kebanyakan kita da sedia maklum tentang batas2 aurat dengan mahram dan bukan mahram. tapi di sini ana nak tau, macamne lak batasan aurat bagi yang berstatus anak luar nikah?

Assalamualaikum Warahmatullah.

Sedikit respon mengenai persoalan yang diutarakan. Maaf kerana lambat untuk membincangkannya.

Adapun anak luar nikah sepertimana yang semua kita tahu bahawa segala nasab keturunannya adalah kepada ibunya. Jadi anak luar nikah itu perempuan maka ia boleh berkahwin dengan 'bapanya sendiri'. Adapun jika anak luar nikah itu lelaki maka ia tidaklah boleh untuk berkahwin dengan ibunya sendiri.


Bismillah, merujuk kpd penentuan nasab tersebut, maka apa yg saya faham, aurat anak luar nikah dgn ibunya serta susur galur ibunya adalah sama seperti aurat anak yang sah.

Berbeza dengan aurat anak luar nikah dengan ayah tidak sahnya itu, anak luar nikah itu tiada apa hubungan dengan ayahnya atau keturunan ayahnya-bukan mahram maka dia harus menjaga dan menutup auratnya seperti mana dia ketika berhadapan dengan bukan mahramnya.

Wallahua'alam.


http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=8926

Aku Rindu.. Kamu...

Pulanglah ke pangkuan ku.....
Aku Rindukan Kamu..

" Selemah-lemah manusia
ialah yang tak boleh mencari sahabat

dan orang yang lebih lemah
ialah orang yang mensia-siakan sahabat

yang telah dicari..."
-Saidina Ali-

sahabat yang setia
bagai pewangi yang mengharumkan...

sahabat sejati
menjadi pendorong impian...

sahabat berhati mulia
membawa kita ke jalan Allah...


*moga ukhwah yang bersemi kekal abadi....

Rabu, 24 November 2010

Curry puff ....


curry puff means karipap...
the curry puff is in front of me...
i just looking at themm...
and i feel that they are smiling back at me...
do you know what's the meaning...

i'm scared...

why the curry puff keep looking on me..
ohh... i'm afraid..
what should i do now???
by the way...
i just want to release my tension...
by looking at the curry puff...
just that...

it is not easy to produce something..
we need to sacrifice..
same as
how to make a curry puff..

it is not as easy as abc...

please think before you act...

Isnin, 22 November 2010

Dia datang lagi...

hari ini aku... memulakan kembali...
peristiwa yang selalu akan dialami oleh pelajar sepertiku...
dia datang setiap kali aku mula.. rasa selesa..
dia datang setiap kali aku mula.. melupakannya ( lupakah aku padanya??)
dia datang setiap kali aku mula.. terleka..

dan di saat itu jugalah aku merasakan bahawa
kedatangannya
menggamit perasaan..
mengganggu emosiku..
mencubit jiwaku..

dia seolah-olah merampas ketenanganku...
dia seolah-olah mengambil mindaku...
dia seolah-olah meracau dalam mimpiku...

tidurku tidak lagi seperti dulu..
dan pada malam pertamaku...
aku bermimpi lagi....

dia sudah hampir denganku...
ahhhh....
dan.. pada hari ini aku menemuinya....
kertas peperiksaan ku....

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN...
KEPADA SEMUA...
SAHABATKU....
BI TAUFIQ WAN NAJAH.....

Isnin, 8 November 2010

Jemput-jemput makan jemput jemput


salam pembaca sekalian
kebelakangan ini saya suka menulis menu masakan pulak..
huhu..

resepi ringkas orang bujang kali ini..
jemput2 ikan bilis..

kawan saya orang kelantan dia kata" ni jemput malas" huhu..
kawan saya orang kedah" ni ala ala coq kodok"
kawan saya orang johor kata" ni cekodok ni"
kawan saya orang perak kata " ni cucor nieh"
hmm awak pula kata apa?????

bahan-bahannya
ikan bilis
kentang sebiji
tepung gandum
garam cket
cili (orang utara kata cabai)
telur sebiji

cara-caranya....
tumbuk ikan bilis dengan cili... jangan terlalu lumat.. kasar2 je
pastu campurkan dengan semua bahan2 len..
tambahkan air.. gaul hingga sebati...
kemudian...kalau nak cantik letak kunyit sikit.. nak bg nampak kuning dan menarikkk...
then.. goreng........dah ciap
dah leh makannn jemput2 makan jemput jemput

sebenarnya banyak kelebihan dalam memasak nieh..
yang kita semua x perasan
antaranya leh eratkan ukhwah sesama sahabt..
leh tingkatkan kemahiran..
leh kenai shabat dengan lebih dekat caranya, fiilnya,,
hmm bnyak sebenarnya...
fikirlah kembali.. sesuatu yang kita wat ada hikmah di sebaliknya... hmm

Ahad, 31 Oktober 2010

Moi... Mesra.. Cepat... Sedap..

sekarang dah x dak selera nak makan.. Huhu betulkah?
pergi ke Kafe.. ku lihat-lihat dan ku tinjau-tinjau...

masih belum terbuka selera nak membeli..
langkah kakiku membelok dan
berjalan terus keluar dari kawasan kolej...
singgah di kedai.. berhadapan dengan pintu pagar guard....
perkara yang sama masih berulang...
akhirnya aku membuat keputusan pulang ke rumah..
pada awalnya merancang nak makan.. bihun pama je...
namun.. tetiba.. keluarlah cadangan daripada seorang sahabat..
tanpa membuang masa aku meneruskan langkah...ke dapur..
bermulalah aktiviti yang sinonim dengan perempuan..

MEMASAK...

Bahan-bahannya...
- beras jati
- air

- ikan bilis
- bawang merah/ bawang besar
- lobak (carrot)
- garam


Cara-caranya mudah sahaja..
selepas dibasuh dan dipotong..
masukkan ke dalam rice cooker..
tunggu sehingga ia mendidih..
ciap..


BUBUR NASI SATU!!

kalau nak sedap..
tambahlah dengan sambal kicap..
n bahan-bahan lain..
ni bubur ringkas je..
untuk orang bujang huhu..

Khamis, 28 Oktober 2010

Sampai hati awakk!!!!

sampai hati awak..
tinggalkan saya di situ..
jalan yang sunyi.. tanpa cahaya..

sampai hati awak..
biarkan saya menghulurkan tangan
tanpa sambutan..

sampai hati awak..
lepaskan saya tersenyum kelat..
menahan perasaan..

kalau mengimbau zaman kanak-kanak dahulu..
ingin sahaja saya katakan..
awak jahat...
saya tak nak kawan dengan awakk..
nanti saya bagi tahu mak saya..:)

itulah watak pada zaman kanak-kanak kecill...
tapi dek pada masa ini..
sikap itu sudah pergi dibawa angin lalu...
mana mungkin gadis muda remaja ada watak sebegitu...

lantas datanglah.. kata-kata..
mungkin awak perlu memandang dari sudut yang berbeza..
pandang jauh kehadapan.. bukan dekat didepan..

ambillah yang jernih...
buanglah yang keruhh...

Selasa, 26 Oktober 2010

Hot Springs, Sungkai

Bunga Raya

pokok besar

Lupa lak nama tempat nieh ape yang penting cantikk

Kereta Kuda Belang :)

Air Panas Bertingkat

Sekitar Hotel

Bunga- Bungaan

Rebus Telur

Kolam Air Panas