Selasa, 29 Jun 2010

Jom kita Berperang Dengan..

" kamu ni cuba lah tanya kalau x tahu.. ni dok wat pandai- pandai je."

" nape ko rasa ko tu bagus sangat ker?"

" ish kenapa lah x wat macam ni... kan aku dah pesan..."

Itu adalah antara istilah yang boleh menaikkan kemarahan mana-mana individu.. tidak terlepas juga diriku. mungkin bagi kalian tidak.. tapi bagi aku mungkin... YA mungkin TIDAK.. terpulang..
kerana masing-masing ada tanggapan tersendiri.. banyak orang bercakap tentang positive thinking tapi pada pendapat aku.. mustahil tidak tercetus walau sedikit.. tapi itu tidak bermakna kita boleh beranggapan buruk pada orang lain...

Bercakap tentang kemarahan ini aku teringat satu kisah.. yang selalu didengar daripada ustaz dan guru-guru.. berkenaan hebatnya Saidina Ali mengawal perasaannya. Dalam satu peperangan, ketika bertempur dengan seorang musuh, beliau punya kesempatan bagi menghapuskan riwayat musuh, tetapi tiba-tiba musuh meludah ke mukanya.Ketika mengangkat pedang untuk menetak musuh itu, tiba-tiba beliau berhenti seketika.

Lalu musuh bertanya: "Kenapa kamu tidak bunuh saja aku?" Beliau menjawab: "Aku tidak ingin membunuhmu kerana perasaan marahku. Marah kerana engkau meludah ke mukaku...berperang kerana agama adalah kebenaran, tetapi berperang kerana marah adalah kerana nafsu." ini bukannya hendak bercerita soal perang di medan jihad, tetapi adalah perang nafsu melawan panas baran. Lihat bagaimana hebatnya Saidina Ali mengendalikan perasaan beliau, walaupun berada dalam keadaan genting, beliau dapat membezakan antara tuntutan agama dan nafsu amarah. Hmmm

Tetiba aku terfikir... kita pula bagaimana? dapat ke kita kawal...? bagi aku mungkin sukar.? tapi biasanya kemarahanku x lama... fikirlah tentang kebaikan bila kita rasa tidak puas hati...

FIKIRLAH TENTANG KEBAIKAN..

nasihat utk diriku sendiri dan kalian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan