Khamis, 21 Oktober 2010

Disebalik Tabir Seminar Pemikiran Sasterawan Felda Ke-3


Alhamdulillah selesai sudah satu seminar yang Dianjurkan oleh Profesor Madya Dr Talib Samat, Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi.. seminar ini membicarakan tentang pemikiran Abu Hassan Morad, yang turut hadir dalam seminar tersebut...

Banyak perkara yang saya perolehi...
mengenal apa ertinya persahabatan...
mengenal apa ertinya pengorbanan..
mengetahui bagaimana membuat keputusan..

teringat kisah yang diceritakan oleh Ummu Hani Abu Hassan...
" setiap kali nak balik kampung ayah mesti akan memberikan anak-anaknya sebuah buku catatan dan sebatang pen... dan meminta anak-anaknya mencatat semua perkara yang mereka nampak dan perkara yang berlaku sepanjang perjalanan."

" pada mulanya saya rasa sangat pelik kenapa ayah suruh mencatat semua perkara dan pada ketika itu saya masih darjah satu.."
"tapi kini barulah saya sedar yang rupa-rupanya... ayah suruh kami mencatat sbb ayah tidak dapat mencatat kerana dia memandu...hmm" kata ummu hani lagi

jelaslah disini.. Cikgu Abu Hassan sangat kreatif orangnya.. dengan adanya catatan yang ditulis oleh anak-anaknya cikgu Abu juga mendapat maklumat yang sama walaupun x banyak sedikit pon sudah bermakna...

beralih pula kepada kisah saya dan kawan-kawan mengendalikan seminar tersebut.. ada perkara lucu.. sedih gembira klakar..terima kasih kepada.. Azira, Azreen Jamaliah Solihin dan Isa (sahabat sekuliah) kerana menyumbang bakti sepenuhnya.. moga kita semua mendapat manfaatnya ....

saya rasa hari tu kami semua berada dalam kekalutan seperti semua perkara belum siap.. saya pulak asyik tanya itu ini dekat Dr. Talib.. smpaikan waktu saya tanya DR berkaitan dengan majlis penutupan ( pertanyaan kali ke-2) Dr nasihat saya.. " awak jangan bimbang.. semuanya dah siap".. huhu.. waktu tu barulah saya fikir yang saya ni sedang kalut ker?... sedangkan saya nak pastikan jer.. huhu... tq Yen sbb menjadi peneman menguruskan protokol.. majlis..

buat kali pertama dalam hidup saya menjadi pengerusi majlis adhoc tanpa teks.. hmm memang klakar.. beruntunglah kerana pada ketika itu Allah memudahkan bicara dan tutur kata saya.. kalau x ... x tahulah mcm mana nak mempengrusikan majlis tersebut.. walaupun sekejap je tapi.. hmm berdebar lah jugak...

pagi tu sebelum majlis bermula saya tanya berkaitan dengan bilangan meja dan kerusi .. nampaknya kerusi yang kami sdiakan sebanyak 100 buah tidak mencukupi kerana seminar ini mendapat sambutan ramai oleh pelajr2 UPSI.. Tahniah kepada yang hadir....

"encik kalau x cukup meja bolehlah bagi tau nanti saya sediakan.. meja ada di belakang .. kalau encik ada apa2 permintaan berkaitan dengan meja kerusi bagilah tahu.. saya akan usahakan..." tulah ayat pertama yang dikeluarkan pagi2 seminar.. kebiasaannya yang menyediakan barang2 ini merujuk kepada AJK logistik.. hmm

saya teruskan cerita.. lagi.. dengan kisah.. moderator sesi pembentangan yang pertama bertanyakan saya berkaitan dengan hadiah kepada pembentang.. saya dah macam cacing kepanasan.. waktu tu saya x tahu nak kata camne.. sbb sepanjang pengetahuan saya x der hadiah tuk pembentang.. makanan pon x der... saya pon ambil lah inisiatif.. pegilah tanya.. kat Galeri Ilmu SDn Bhd. huhu.. rasa malu jugak lah ketika itu... tapi alhamdulillah pertanyaan saya berhasil apabila Galeri Ilmu menawarkan Buku...... jeng jeng,,,


sebagai cendrahati kepada pembentang... alhamdulillah terungkai satu masalah...

seminar hari juga didatangi oleh beberapa media tempatan antaranya yang saya sempat berkenalan...:



kembali kepada bidang tugas saya yang sebenar (AJK MAKANAN)... hmm agak sibuk ye bila nak usher VIP ke dewan seminar.. dalam masa yang sama nak uruskan penyediaan makanan..
menu pada petang itu ialah..:
-mee goreng
-kuih karipap
-kuih seri muka
-air teh O'

suka untuk saya bagi tahu antara VIP yang hadir ialah:

Tan Sri Dr Mohamad Yusof Noor
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Prof. Dato' Dr Aminah Ayob
Timbalan Naib Canselor UPSI

ada banyak lagi VIP yang tidak saya sebutkan disini.. sekadar berkongsi cerita..

moral Value:
-sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan yang mendatang
-berfikiran positif dalam melakukan sesuatu tindakan
-titiplah pengalaman.. sebanyak mungkin..
-kerjasama daripada semua pihak amatlah penting..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan