Sabtu, 26 November 2011

Tahun Baru..

Syukur ke hadrat Allah kerana aku masih punya kesempatan ini..
hari ini. terasa diriku ingin membuka lembaran baru..
hati ini.. terasa tidak mahu mengingati perkara yang menyentuh perasaan...

sepi dan sunyi..
hari ini.. ku sambut datangnya maal hijrah..
bersama sahabat yang hatinya sedang berbunga cinta pada Ilahi..

dalam diam..
memori itu kembali lagi...
ahh sudah cuba untuk ku lupakan..
segalanya yang tidak penting untuk berada dalam kamus hidupku...
ahh sudah cuba kubiarkan memori silam itu pergi...
namun tatkala hatiku sunyi...
ia datang menyapa diri...

sambutan tahun baru bagi umat Islam kali ini...
cukup untuk mengingati diriku yang kian lupa padaNya..
pernah satu ketika. terlintas di fikiranku..

apakah aku meletakkan pengharapan pada manusia
melebihi pengharapanku pada Allah Taala...
mungkin inilah balasan yang Allah datangkan kepadaku...

sempena tahun baru...
aku punya azam baru..
aku tidak mahu jadi seperti dulu..
biarkanlah yang dulu itu berlalu..
tapi kini aku punya harga diri...
aku punya maruah dan malu..
aku berazam tidak akan tunduk lagi pada yang tiada hak..
kerana aku hanya patut tunduk pada pencipataku sahaja..

kini aku sedar yang
aku masih punya Allah untuk mendengar segalanya..
aku masih punya Allah untuk menjadi saksi pada segalanya..
dan aku masih punya Allah untuk ku curahkan segalanya...

kembali lah pada Allah..
dia yang memberi..
dia juga yang mengetahui....
ameennn....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan