Ahad, 6 Februari 2011

Masalah Hati


Imam Ghazali telah berpendapat tentang masalah hati yang berhubung dengan amal lahiriah ada 3 macam:

1) Hati yang penuh dengan taqwa, suci dari akhlak-akhlak yang tidak baik, maka hati yang begini bersinar pada akal dalam berfikir pada yang baik-baik dan menyebabkan pula terbuka sinar matahati, sehingga hati selalu melihat segala sesuatu yang baik-baik dan diredhai oleh Allah. Apabila hati telah suci dari segala penyakitnya, maka dekatlah hati kpd Allah, dgn mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sabar dan takut kepadaNya serta mengharapkan kasih sayangNya, rindu dan bertawakkal kepadaNya dan lain-lain sebagainya. Pada waktu itu barulah hati kita tenteram, tenang dan tidak kacau-bilaukan atau digelisahkan oleh persoalan-persoalan duniawi. Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:

"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)

2) Hati yang penuh dengan gelora hawa nafsu dan penyakit-penyakit hati di mana dengannya terbuka pintu hati untuk iblis dan syaitan tetepi tetutup untuk malaikat-malaikat Tuhan. Hati yang begini, kontak dengan akal. Maka akal pada waktu itu membantu hati utk bagaimana terlaksana hawanya dan nafsunya. Maka lapanglah dada dlm memanjang hawa nafsu. Maka kuatlah kekuasaan syaitan kerana jalannya telah terbuka dgn luas. Dhaiflah kekuatan iman, disbbkan asap yang gelap terhadap hati. Untuk ini maka Allah menggambarkan dalam firmanNya dlm Al-Quran:

"Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Al-Furqan: 43-44)

3) Hati yang terumbang-ambing antara kebaikan dan kejahatan atau dgn kata lain antara malaikat dan syaitan. Hati yang begini adalah hati yang sering ragu disbbkan kadang-kadang timbul daya tarik kpd kejahatan, tetapi pada waktu itu datang pula daya tarik kpd kebaikan. Pada ketika itulah yang adalah kehendak Allah s.w.t sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran:

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf." (al-An'aam: 125-126)

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalim diri sendiri."



http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/01/masalah-hati-imam-ghazali.html

Rabu, 2 Februari 2011

Kursus Pemantapan Organisasi.. JMK KHAR

subhanallah... ku panjatkan rasa syukur pada yang Esa..
lapang dada rasanya.. menghadiri kursus kepimpinan pada kali ini..
bnyak manfaat yang aku dapat.. dalam keadaan yang tenang..
dan aku rasa ianya lebih tenang menerima ilmu dalam keadaan yang lapang berbanding tekanan..
sekali lagi alhmdulillah...

sekadar perkongsian pengalaman...

29 jan 2011 (Sabtu)

-kami tiba agak lewat.. di kem d idaman semungkis..dek kerana bas yang kami naiki terlajak.. huhu..n sangat lama ye mencari tempat untuk berpatah balik.. setibanya kami di tapak kem kami disambut baik oleh exact training consultant.. pada mulanya banyak tanggapan awal yang aku berikan kepada mereka.. hehe.. biasalah manusia.. x habis2 nak judge orang... then.. terus ke kafe tempat minum petang... petang tu kami di beri tag nama.. yang kami dah tulis namanya.. huhu aku suka tag nama dia cantikk warna hijau.. huhu (like).. nama kami disebut satu persatu untuk amik tag nam tu... kalau korang lah kan ape yang korang rasa.. aku masa tu rasa dihargai sangat... tah lah tapi itulah yang aku rasa.. hehe. sbb kalau sebelum nieh.. bila bagi taq nama ...fasi.. pakat pas gitu je.. huhu.. mungkin ada sedikit pembaharuan...

aktiviti 1: pembahagian kumpulan
pemilihan ahli kumpulan kali ni unik sangt.. kami semua kena cabut undi.. n dalam tu ada satu perkataan.. lelaki dan perempuan adalah berbeza... hehe suprise.. cuba korang teka apakah perkataan yang ada dalam kertas yang di cabut tu.. hehee rupanya ada perkataan berkaitan dengan memek muka... aku kena memek muka ceria,... then kami kena cari ahli kumpulan berdasarkan memek muka tersebut.. kami x dibenarkan bercakap.. hmm..masa tu leh tengok macam2 memek muka kawan2.. huhu actualy kretif sangat pembahagian kumpulan nieh.. x perlukan masa yang lama pon.. kejap je kami dah leh bentuk kumpulan.. kira cam redho gak lah... sbb x pilih sendiri.. tapi memang kreatif sangt lahh ....

aktiviti 2: nama kumpulan
teruskan pasai nama kumpulan hehe.. nama kumpulan aku SPICA.. ada 4 kump semuanya.. antarest/ aldebaran/ sirius.. gitulah kot ejaannya.. actualyy. aku bukannya tau pon apa nama kategori nama kump nieh... heeh...then bila en Faizal ( pengarah Exact) tanya.... kak nisah terus jawab bintang.. huhu pastu korang tau group kak nisah dapat apa .. heeh dapat duit 30 hinggit.. then mulalah kami semua dok angkat tangan nak menjwab.. hhu sbb ape?? sbb ada ganjaran... hmm manusia ni perlu ada faktor pendorong barulah nak bertindak.. Ganjaran yang diberikan pon leh jadi penggalak.. macamtu juga bila kita jadi cikgu sokk.. kna sentiasa galakkan murid...opps lupa nak crita.. dalam setiap kumpulan kami kena lantik ketua kumpulan.. hehe digelar MENTERI.. penolong ketua kump ... digelar TIMB MENTERI.. n bendahari digelar KETUA SETIAUSAHA NEGERI huhu.. ni yang best sbb aku dapat rasa pegang jawatan menteri sekejap je.. pastu aku terpaksa melepaskan jawatan tersebut kerana.. nantikan jawapannya.. heehehe..

aktiviti 3: belon
tiup belon.. huhu rasa cam kalakar je pada mulanya.. main cam mainan budak2.. tapi huh best gak kadang2 jadi budak2.. hehe.. tiup belon sampai besar gak lah saiznya.. aku pilih belon warna pink hehe besalh.. kan.. PINK??.. then kami kena tukarr belon tu dengan jiran sebelah heeh... putus semangat sekejp.. oh belon pink ku..jangan ku x rela kau pergi... huhu.. game fisrt kami main ialah.. kami kena letak belon tu kat perut,.. dalam kedaan berdiri.. antara satu sama lain dalam kumpulan.. kena pastikan belon tu x jatuh.. hmm apa lagii pakat lawan peluk lah kami nieh..hmm then kami kena amik sumthing like manik tapi besar dia sebesar duit 10sen.. gitulah.. huh masa nieh dah mula pressure.. cos.. nak kena amik benda tu agak jauh kot.. kami pon mulalah mengatur strategi sbb nak kena atsi pihak lawan.. nak johan lah katakan.. bincang pnya bincang dapatlah satu strategi... pertandingan pon bermula... satu.. dua.. satu.. dua.. aku dengar suara menteri kumpulan sirius dok membilang sambil memberi arahan jalan kepada anak buahnya.. masa nieh aku dah mula gelabah.. huhu.. takut x menang... then bila dah hampir nak sampai.. kump sirius telah berjaya.. n kumpulan aku dapat tempat kedua.. huh alhamdulillah lega rasanya pada masa tu.. tiba2 en faizal kat.. " ok kamu dah fahamkan cara mainnya.. " adoi masa tu rasa cam klakar je.. kami punya lah pulun nak menang leh pulak ddikatakan sebagai demo ja..adoiii sabar jelah.. tapi ada sbb nya kenapa kadang2 dijadikan demo.. ( akan diulas.. diakhir penceritaan nanti).. dah selesai satu pertandingan.. then kami perlu mengulang perkara yang sama tapi kali nieh dalam keadaan duduk.. n kaki kawan diatas paha kawan.. hmm lagi mencabar kali nieh.. huhu..kami nieh asyik ketawa je.. hmm.. then kami kena pecahkan belonn..

aktiviti 4: botol kicap
inilah permainan yang paling aku takut.. huhu.. sbb aku rasa aku x sempat berfikir. memang sebelum nieh dah besa main.. tapi.. huhu.. tahlah aku akan jadi blurr x tahu nak kata apa .. terutamanya bila kawan kat sebelah sebut botol kicap.. aku dah x tau nak sambung apa hehe jadi terputus fikiran kejap.. haha.. tapi mainan nieh lah yang paling klakar.. Kalau korang nak belajar sila bejumpa dan menuntut ilmu dengan permaisuri botol kicap.. di FB beliau Permaisuri erika nuris.. hehe cuba korang bilang..1,2,3,4,5,6, botol kicap,8,9,10...hmm gandaan berapa tu.. gandaan 7 kan.. huhu.. tulah mainan botol kicap.. semua gandaan 7 n no yang ada kaitan dengan 7 akan dsebut botol kicap.. hmm lepas nieh kita tukar wat gandaan 2 lak. banyak cket nak sebut botol kicap haha melawak je... habis je main botol kicap.. kami diberi rehat sbb esok da aktiviti luar.... yahoooooo...

30 jan 2011 (Ahad)

aktiviti 5: menara impian..
menara impian nieh.. sama cam main tuju kasut.. huhu.. lama dah x lari sana sini.. rasa macam hilangkan tension.. bila main nieh.. best sangat.. kami kena susun tin.. tuju guna bola.. pastu kena lari2 then susun semula.. huhu.. teringat masa zaman kanak2 dulu.. huhu main tuju tin.. memang leh tengok lah.. keceriaan yang terpancar di wajah setiap pemain.. heehe

aktiviti 6: jungle trekking
hujan renyai2 seolah-olah x mengizinkan kami pergi.. hmm tapi kami semua tekad n sebulat suara.. memilih jalan itu... teruskan perjuangan ... huhu.. first time masuk hutan dalam keadaan hujan dari mula masuk sampai keluar.. huhu mencabar giler trek dia.. kejap memanjat.. kejap melompat.. kejap meluncur... paling x leh lupa cuiman percuma untuk setiap langkah perjalanan.. oh tidak.. rasa tak sanggup nak terima ciuman.. tapi apakandaya aku.. dia lebih berani untuk mencuba.. dan aku menerima kehadirannya dalam keadaan tidak rela dan terpaksa.. ahahaha.. ohh pacat kenapa kau biar aku mnederita begini.. heehe.. bnyak giler pacatnya.. aduhaiiii. pujaannku.. rasa cam penat.. tapi memang seronok.. masa nieh lah.. nak tengok ukhwah kawan2.. tolong pegang tangan.. tanya keadaan sesama kawan.. tolong buang pacat yang menumpang sesama.. oh bnyak benor kenangan .. ye disitu.. x kusangka yang kita semua.. menjadi mangsa.. heehhe.. tapi apa hasilnya.. ukhwah kita terbina.. huhu.. sebaik sahaja sampai kat satu kawasan nieh.. kami kena masak sesama sendiri.. bayangkan hujan turun tanpa henti.. kalau guna kayu pon confirm x masak nya.. hehe.. masing2 muka nampak kepenatan dan kelaparan... then kami kena masak sendiri.. hmm bestnya masak n makan dalam hujan.. aku dah tahan dah.. sejuk sangat rasa cam dah getar seluruh badan.. aku dah mula dok senyap kat bawah bumbung yang dibuat oleh jurlatih.. heehe tq for helping us.. hmm time to eat.. menu dia standard lah.. nasi putih.. sardin n telur goreng... n teh ooo... hmm sedapnya.... hingga menjilat jari...

solat
berkaitan dengan solat kali ni.. kami kena solat dalam keadaan pakaian yang basah sepanjang jungle treking tu.. then solat dalam keadaan hujan yang masih turunn.. solat tanpa telekung,.. kat kawasan lapang.. huhu.. memang terbukti bahwa Islam itu mudah.. dalam keadaan apa jua pun kita leh solat... asalkn pakaian kita bersih... alhamdulilah.. aku rasakan nikmat kebesaran Tuhan ketika dahiku sujud di atas rumput.... bersejadahkan tanah di bumi Tuhan.. berbumbung langit ciptaan Tuhan.. Ya Allah ampunilah dosa hambamu.. aku bersyukur dengan rahmatmu ya Allah... amin..

aktiviti 7: straw n getah
lepas habis tunaikan solat .. kami teruskan aktiviti pada petang tu..kena amik getah guna straw.. then pasiing kat kawan gunakan straw gak. hehe.. suka sangat.. rupanya bukan senang erk.. tq wahida.. sbb jdi menteri yang baik.. hehe bersungguh-sungguh nak amik getah untuk diedarkan kepada anak buahnya.. hhuhu...

aktiviti 8: ulat bulu
main ulat bulu... huhu kena peluk pinggang kawan.. then menteri kena baling dadu kalau genap langkah ke depan kalau ganjil langkah kebelakang.. huhu.. yang nie sebenarnya bergantung kepada nasib.. tapi alhamdlillah kami dapat tempat kedua.. hehe... yang lawakknya.. kalau dapat bilangan genap.. kena langkah kedepankan.. punya lah langkah besar sampaikan orang belakang nak jatuh.. tapi bila langkah kebelakang.. huhu paham-paham jelah.. setengh tapak kaki je kami langkah.. hehe.. apa yang penting nak menang masa.. tu tapi yang lagi penting kepercayaan sesama kawan...

aktiviti 9: barbque
dalam masa yang sama pada petang tersebut kami diberi dua task.. 1 kena masak barbque.. then ada task baru kena wat lakonan.. huhu malam.. tu...... kami pon mula lah wat pembahagian tugas.. tq to all my friends you did a good job.. well done... tq to abg riey, abg syam, lin, kak onichan.. kak jah.. sbb setup tempat n wat persiapan untuk makan VIP..tq to zurin n abu for da nice kad jemputan.. tq to fizan, mirul, francis.. kak mariyah, wahida, abg fakri n abg atau... cos tolong hidupkan bara api.. untuk wat barbque.. tq to kak ilya.., shirah, sue, awin, aisyah, syahrir cos tolong bakar semua.. ayam.. n ikan n sosage.. tq to achik, fatin... n rina for da 3k...heeh aku x pandai nak hidupkan api.. aku tau makan je.. huhu..tahniah kepada semua.. sbb dah berjaya dapatkan 5 bintang.. hmm bestnya.. tahniah.. n terima kasih... huhu

aktiviti 10: jual ubat
satu persembahan yang menarik dan klakar yang pernah aku tengok.. even dalam satu konsep yang sama tapi korng sangt kreatif ye.. tahniah.. huhu... 1st.. exact power.. hehe ubat tenaga batin..boleh lihat dalam iklan.. sebelum dan seleps menggunakannya...pasangan bahagia.. tukang balak.. n.. " esok bolehlah saya angkat beg korang semua".. heehh... hmm then..2nd (jari-jariku sakit semua penat bekerja sehari-hari....mari rapat- rapat duduk- erat-erat..... oh ubat urat...) then.. 3rd spica peot.. ( ubat senggugut) gunakan produk ini hanya menggunakan lipstik sakit perut anda pasti lega ....huuhu 4th ubat ber_ _ _ _ n.. hmm " guna lah akaq kayu.. jangan dok risau.."...huhu... rupanya kita semua nieh berani nak wat persembahan.. even satu perkara yang kita x jangka.. nak jadi cikgu kena kreatif kawan2.. huhu... bukan senang nak jual ubat.. macam tu juga nak bagi ilmu kat anak murid.. bukan senang... macam2 teknik n gaya yang perlu digunakan... ingat?? macam2 teknik n ilmu kna digunakan.....

31 jan 2011 ( Isnin)

after subuh.. semua kelihatan cam x leh nak buka mata tidak terkecuali aku.. hmm tamparan hebat daripada jungle trekking semalam.... hmm pakat sakit urat.. hmm malas nak bangun pon ada... duduk sakit bangun sakit angkat tangan sakit.. hmm nilah akibatnya jarang exercise.. huhu.. pagi tu fasi wat sesi nyanyian.. tidak kusangka.. hujan yang turun tanpa henti.. disusuli pula oleh hujan air mata para peserrta... teringat aku pada lirik nasyid... hormatilah ibu bapa .. janganlah menderhaka.. ingatlah jasa mereka janganlah kita lupa...... n soo onnn... hmm menitis air mataku keharuan.. kepada sebuah pertemuan.. maka terjadilah slot muhasabah pada pagi itu.. sayu sangat hati.. hujan yang turun seolah-olah faham isi hati kami disini...

aktiviti 11: upceiling.. ( x tahu camne nak eja hmm kira betul jelah erk)
hmm best sangat dok tunggu turn nak memanjat.. lama dah x memanjat.. tapi x sangka kaki aku terlicin masa nak turun.. then aku terwat adegen yang membahyakan sekejep.. moralnya.. jangan pakai kasut crocs masa nak wat aktiviti outdor.. k... bahaya.. jagalah keselamatan diri anda..

kembali kepada persoalan yang belum terjawab tadi sal demo kan.. hmm sebenarnya.. ada benda yang kita perlu wat banyak kali untuk tau hasilnya.. satu g nak tengok tahap kepekaan kita terhadap arahan yang diberikan.... hmm

kami semua rasa cam x nak balik je.. hmm best sangat kem kali... x tahu nak gambarkan camne.. hmm tq to.. pihak pengurusan cos pilih exact training consultant.. tq to all jmk members.. hmm tahniah.. moga manfaat yang dapat dikongsi dan dipraktikkan bersama..

from a bouquet of love... ika....( timbalan presiden)...

Jumaat, 28 Januari 2011

Balik Kampung...





sudah lama kiranya aku tidak pulang ke kampung... seingat aku kali terakhir aku menatap wajah kedua orang tuaku ketika hari raya Aidiladha tahun lalu..

tipulah kiranya aku.. tidak merasakan yang aku rindukan mereka.. gelak tawa kedua adik lelaki menjadi igauan dan bayangan di mataku..

oh rumah kesayanganku.. tunggu akan ku temui kamu sebaik sahaja muncul februari dalam hidupku...

ayahanda dan bondaku tunggulah anakmu ini.. akan ku redah segala onak duri dan rintangan yang menemuiku... semata-mata ingin pulang ke kampung halaman ku.. ohh aku rindu kamu..

perjalanan yang belum pasti bagaimana coraknya.. akan ku redah dengan penuh gagah.. walaupun jauh disudut hatiku berasa gundah.. Ya Tuhan mudahkanlah urusan hambaMu ini..
mudahkanlah aku melaksanakan urusan aku yang belum ku tunaikan...

sampaikan hasratku.. bertemu ayah dan bondaku.. aku rindu kamu...hmm moga Allah mencaturkan yang terbaik untukku dan Keluargaku.. amin.

jom sama- sama kita balik kampung ..... gunakan masa yang ada dengan sebaiknya.. hmmm

SAYANGILAH KELUARGA ANDA ..
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG...
SAYANG MAK... ABAH... AMAT...LUQMAN......



Khamis, 20 Januari 2011

Terung masak sambal

assalamualaikum. semua..

hmm lamanya x menulis.. untuk tatapan semua.. hari ni rasa nak kongsi pasai.. masakan lah..
tapi kali ini bukan saya yang masak.. tapi..sahabt saya yang masak..biasalah.. dalam keadaan yang semua antara kami ni belum balik kampung macam2 lah perangai nya.. nak makan itu nak makan ini..tapi ada satu masalah.. sbbnya,,saya x nak beli.. lebih suka masak..sebab baru rasa nikmat bila makan..

menu malam ni.. ialah...terung masak sambal...bahan-bahannya
terung..sambal..ikan bilis..bawang besar,..bawang putih..sos cili..garam...asam jawa



hmm tu je kot...yang saya nampak kawan saya masukkan tadi..cara masakknya senang je..
tumiskan bawang besar, bawang putih..then masukkan sambal.. sos cili.. garam secukup rasa... asam jawa bila dah naik minyak..masukkan terung tunggu sehingga mendidih...
then.. ciap utk dimakan..mmm sedapnya.. hingga menjilat jari....

sebenarnya..
terung masak sambal ni sebenarnya.. satu masakan yang biasa..tapi cara memasakknya adalah berbeza..dan kita leh jadikannya luar biasa...sahabat saya ni (penulis blog cahaya murabbiah Islam) memasaknya.. dengan penuh.. kasih sayang.. huhu..bukan je ukhwah kembali bertaut..
malah senyuman kian terukir.

tu lah kelebihan bila kita memasak sesama sahabt..
kita akan lebih menghargai..
dan mengenali...
moga ukhwah kita dipelihara..

khas buat tukang masak...
terung masak sambal hari ni... terima kasih...

Jumaat, 7 Januari 2011

Sanah Helwah....

hari ni dah cukup umur.. 22 thn.. hehe
semalam ramai kenalan yang wish bezday..
actually suka.. tapi malu... gak lah.. cos dah besar kan...
tq all my friend...
terima kasih ye semua..
doakan saya makin matang.. dan makin.. comei.. haha.. bleh ker?..

terima kasihlah kat semua..
xmampu rasanya nak sebut nama sorang2 ramai. sangat...
sebenarnya...
memang seronok ye.. bila kita.. nak sambut hari lahir.. tapi
pernah x kita terfikir.. yang bila usia semakin meningkat...
amalan kita meningkat ker x???

saya tanya ni utk ingtkan diri saya jugaklah...
sekali lagi tq kepada semua lah ye...
doakan saya.. semoga berjaya di dunia dan akhirat
amin....

Bhs Mandarin.. Siri 1

sudah seminggu aku mengikuti kuliah...
bnyak ye.. ilmu yang dapat dipelajari...
sekadar perkongsian..

semester ni aku amik bhs mandarin..
nak blajar cakap cina..
ayuh pembaca sekali.. kita tingkatkan kosa kata...
meh cni.. aku nak kongsi sedikit...

kita belajar order.. makanan dulu ye..

CHAO FAN = NASI GORENG
CHAO MIAN = MEE GORENG
JI FAN = NASI AYAM
ZHOU = BUBUR
KAO ROU = DAGING PANGGANG
ZA FAN = NASI CAMPUR
BAI FAN = NASI PUTIH

ok seterusnya.. kita order minuman lak ye...

LENG SHUI = AIR SEJUK
MEILU= MILO
KA FEI = KOPI
KE KOU KE LE = COCA COLA
NAI CHA = TEH SUSU
KAI SHUI= AIR KOSONG..

ok sekarang.. anda sudah boleh berlatih membuat order makanan
n minuman dalam bhs mandarin..


Practice make perfect...

utk pengetahuan pembaca..
belajar bahasa mandarin ni.. x leh main hentam.. sebut je.. huhu
sebab kalau salah jeda... akan tukar makna lain..

oleh itu, kita perlu berguru...

mana2 ilmu pun.. kita perlu berguru..
ibarat nya kita belajar tajwidlah...
kalau sekadar tau teori... belum tentu dapat baca Al-Quran dengan betull.
jadi kita kena jaga.. harakat.. bacaan .. panjang pendek...ayat..

nanti saya buka kelas tajwid pulak ye...

huhu...
moga bermanfaat utk semua..
jangan malas belajar ye.....

Karnival Insaniah Bestari 11





Jumaat, 31 Disember 2010

Saya Ada Seorang "Kawan"..

saya ada seorang "kawan"....
saya mempercayainya...
setiap tutur katanya..
setiap butir bicaranya..
setiap tingkah lakunya..

saya ada seorang "kawan"..
saya menyayanginginya..
setiap saat dan setiap masa..
setiap detik dan ketika...
dalam tidur mahupun jaga...

saya ada seorang "kawan"..
saya menerimanya..
setiap perbuatannya..
setiap tegurannya..
setiap nasihatnya....

saya ada seorang "kawan"..
saya memahaminya...
setiap permintaannya..
setiap kehendaknya..
setiap harapannya..

saya ada seorang "kawan"..
saya mencemburuinya...
setiap kejayaannya,..
setiap kegembiraannya..
setiap kemampuannya..

saya ada seorang "kawan!!!"..
saya ada seorang "kawan!!!"..
saya ada seorang "kawan!!!"...

tapi rupanya..
dia tidak memahami saya..
dia tidak mengerti saya..
dia tidak mengetahui kehendak saya..

saya ada seorang "kawan"..
selalu dijadikan tempat cerita..
bergelak tawa..
dan berjenaka..

tapi rupanya...
dia... tak ambil kisah semuanya..

hmm ...
mungkin dulu saya hanya ada seorang "kawan"..
yang x memahami..
yang x mengerti..
yang x mengetahui..

tapi sekarang saya ada

KEKASIH HATI...
KEKASIH HATI MILIK ABADI..
SENTIASA MENEMANI DISISI..

Selasa, 21 Disember 2010

Doa Wahdah.....

Ya Allah aku rindu untuk melaungkan doa wahdah...
aku rindu.. ya Allah..
aku rindu
benar- benar rindukannya..
bilakah kali terakhir aku membacanya..???
Ya Allah peliharalah hatiku..


لا إله إلاّ الله


إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون


لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر

ALHAMDULILLAH

Allah maha Pengampun...


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222)

Pada zaman Nabiullah Musa As, datanglah kepada Beliau seorang wanita untuk bertobat kepada Allah atas semua kesalahan yang telah dia perbuat selama ini.Wanita tersebut berkata:" Wahai Nabiullah, saya jauh-jauh datang kesini hanya untuk bertaubat kepada Allah, mohonkan Taubatku diterima oleh-Nya". Nabi Musa AS, berkata:" Gerangan dosa apakah yang telah engkau perbuat, hingga engkau ingin bertaubat kepada Allah SWT?". Wanita tersebut berkata kembali:" Aku telah berzina dengan seseorang dan telah melahirkan seorang bayi, karena rasa malu dan takut diketahui oleh orang lain, maka aku bunuh bayi terserbut".

Demi mendengar itu semua, Nabi Musa sangatlah marah, lalu Beliau berkata:" Pergilah engkau, jangan kau bakar aku dengan api neraka yang diakibatkan oleh perbuatanmu itu!!". Wanita tersebut menangis lalu berkata:" Wahai Nabi Allah, tidakkah aku dapat bertaubat kepada Allah, dan aku berjanji tidak akan mengulangi semuanya itu". Nabi Musa AS, masih dalam keadaan marah mengusir wanita tersebut sambil berkata:" Dosamu terlalu besar dan tidak bisa dimaafkan".

Lalu pulanglah wanita tersebut sambil menangis. Tidak lama dari kejadian tersebut, datanglah Malaikat jibril kepada Nabi Musa AS. Jibril berkata:" Wahai Musa, Allah telah menengurmu, mengapa engkau tolak tobatnya wanita tersebut, padahal wanita tersebut telah benar-benar mengakui kesalahan dan menyesal atas semua kesalahannya itu, dia ingin kembali ke jalan yang benar, harusnya Engkau membimbingnya bukannya mengusirnya!!!".

Demi mendengar itu semua, Nabi Musa berkata:" Dosa wanita tersebut terlalu besar wahai Jibril, dan Aku tidak yakin Allah akan mengampuni dosa tersebut". Jibril berkata:" Allah maha pengampun lagi maha mendengar taubat dari Hamba-Nya yang benar-benar ingin bertaubat, Bahkan dosa yang lebih besar dari itupun Allah pasti akan mengampuninya".

Berkata Nabi Musa AS:" Dosa apakah yang lebih besar daripada dosa wanita yang telah berzina dan membunuh anak dari hasil perzinahan tersebut, Ya Jibril???". Jibril menjawab:" Seseorang yang meninggalkan Sholat dengan sengaja". Mendengar itu semua Nabi Musa menangis dan dia menyesal atas kekeliruan yang telah Beliau lakukan kepada wanita yang benar-benar ingin bertaubat.

RENUNGAN

1. Allah SWT adalah dzat yang Maha pengampun kepada Hamba-Nya yang benar-benar ingin bertaubat.

Tidak ada manusia yang tidak punya dosa, karena manusia selalu dihinggapi dosa. Dan manusia yang baik bukanlah manusia yang tanpa dosa, tetapi manusia yang apabila dia melakukan dosa, dia menyadari kesalahan dan bertaubat kepada Allah.

Oleh karena itu sebelum terlambat, marilah kita memohon ampun kepada Allah, sering-seringlah ber"istighfar". Mudah-mudahan semua dosa kita bisa diampuni oleh Allah SWT. Amien.

2. Meninggalkan Sholat dengan sengaja adalah sebuah dosa yang amat besar, melebihi dosa seorang penzinah dan pembunuh.

Oleh karena itu janganlah kita dalam hidup ini meninggalkan sholat yang 5 waktu. Sesibuk apapun kita, kita harus tetap menjalankan sholat karena itulah jalan kita untuk mengingat Allah, dan itu adalah kewajiban kita sebagai umat Islam.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Amal yang pertama di hisab Allah adalah sholatnya seorang hamba. Apabila baik sholatnya, maka baik pula amal yang lainnya. Dan apabila buruk Sholatnya, maka buruk pula amal yang lainnya.

Semoga tulisan sederhana ini membawa banyak manfaat bagi yang membacanya. Segala kesalahan adalah dari saya pribadi, untuk itu saya mengucapkan mohon maaf yang sebesar-besarnya. Dan kebeneran itu mutlak milik Allah SWT.


http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Taubat/Utama.html
http://www.dudung.net/artikel-islami/allah-maha-pengampun.html