Selasa, 19 April 2011

Pemilik Sebenar Hatiku..

“Assalamualaikum...” Tanpa ku sedar ungkapan permulaan itulah yang membawa aku sejauh ini.. “Astagfirullahalazim apa yang telah aku buat ini..” getus hati kecilku.. Sedar tidak sedar hampir 4 bulan aku hanyut dalam angan-angan yang tiada penghujungnya…

Hujan renyai-renyai memandu mindaku untuk kembali berfikir tentang kehadiran insan misteri ini dalam kehidupanku.. sunyi rasanya diriku pada malam ini.. kerana telefon bimbit kesayanganku sudah tidak dihujani dengan kata-kata yang sedikit sebanyak berjaya mencuit hatiku.. dalam diam.. aku terleka dengan dunia yang ku cipta sendiri.. wajarkah aku berperasaan sedemikian..??

Aku mula memberi ruang yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa dalam diriku.. ketegasan yang kuperjuangkan kian longgar. Entah kenapa hatiku tiba-tiba merasakan bahawa kehadirannya membawa keselesaan.. sudah banyak kali aku memasang benteng yang ku anggap sangat kukuh sehingga tidak boleh ditembusi lagi.. namun rupa-rupanya bata- bata yang tersusun itu makin rapuh.. maka benteng itu sudah tidak sehebat dulu lagi..

Perasaanku mula dibuai rasa yang kononnya bahagia.. mungkin desakan hatiku yang membawa diriku melalui jalan ini.. hatiku mula memberontak perasaan ingin tahu.. tapi ku sekat supaya peganganku terpelihara.. tapi setiap kali dia muncul berhampiran denganku.. prinsipku sedikit goyah.. kerana apa? Kerana aku punya rasa ingin tahu..

Pada ketika ini jugalah.. syaitan mula menampakkan dirinya.. nafsu mula mengorak langkah melakukan tugasnya.. mindaku mula melupakan hakikat batasan pergaulan dalam agama… aku cuba menafikan supaya diriku tidak terjerumus dalam kancah yang dirancang oleh mereka ( Syaitan & nafsu) aku terus bertahan dengan prinsipku ..

Mataku memandang di luar jendela.. keadaan gelap dengan hadirnya samar-samar cahaya mengingatkan aku pada ketenangan tidurku yang diganggu…

Deringan lagu 3 malam tanpa bintang telefon bimbitku kedengaran.. sayup-sayup dalam mimpiku.. tiba-tiba aku terpaku lantas bangun, duduk dan termangu.. tatkala.. di hening subuh pagi aku dikejutkan dengan ucapan selamat pagi yang kononya sering kali menjadi permulaan hari paling bahagia bagi pasangan yang sedang memadu asmara… Tapi aku bukanlah pasangan yang sedang bercinta.. dan aku tidak rela diperlakukan sebegitu rupa…

Oh.. tidak.. insan misteri itu muncul lagi..kali ini bukan dalam bentuk illusi tapi realiti.. Ya Tuhan tetapkanlah hati hambamu ini.. perasaan ingin tahu yang ku miliki kini bukan untuk ditahan-tahan lagi.. kali ini aku memang ingin tahu.. biarlah apa yang terjadi.. biarlah dengan tanggapan orang disekelilingku.. yang penting bagi aku kini ingin menamatkan permainan yang tidak masuk akal ini..

Aku tekad.. perasaanku bulat.. aku tetap.. biarlah.. untuk yang terakhir.. aku perlu tegas supaya hatiku tidak diganggu dengan anasir-anasir yang tidak membawa aku mengingati Pencipta.. aku perlu tegas supaya hatiku tidak menjadi kotor dengan palitan maksiat yang aku lakukan..aku perlu tegas.. supaya.. hatiku tidak teragak-agak memperjuangkan hak pemilik sebenar hatiku ini.. Ya “PEMILIK SEBENAR HATIKU” kerana semua itu aku perlu tegas..

Pengalaman itu mengajarkan aku.. kenali dengan lebih dekat erti kehidupan.. terokai lebih dalam prinsip hidup beragama.. dan yang paling penting menguji aku dalam memprakktikannya ilmu yang terbuku didada..

Maka aku mulakan langkah dengan memalingkan perasaanku ini kepada yang lebih berhak.. alhamdulillah semakin berhasil walaupun pada mulanya.. kekhusyukkan solatku terganggu.. amalan harianku semakin yanqus..( menurun) solat malamku.. jauh sekali.. sudah lama ku tinggalkan.. Ya Allah aku malu dengan Mu.. aku malu.. kali ini.. aku benar-benar ingin berhenti dan tidak akan ku ulangi lagi.. Walaupun aku tidak pernah melakukan yang selebihnya..

Betullah.. setiap kata-kata kamu akan diuji..aku juga tidak terkecuali.. dan aku sedar yang aku sedang diuji.. maka kekuatan imanlah yang akan menjadi garis panduan utama.. suasana damai menemani rentak jariku di papan kekunci.. ku catat lakaran hati ini untuk memberi pedoman kepada yang lain.. walaupun aku bukannya penulis yang ternama.. aku hanyalah insan yang sekerdil Cuma..

Ingatlah sahabat jagalah pergaulan.. jangan terlalu mengikut perasaan.. kerana kelak diri yang akan merana.. jauhilah pergaulan yang tidak berlandaskan syariat Islam.. supaya tidak menyesal di kemudian hari.. bersabarlah menanti kerna bagi ku Allah menjanjikan yang terbaik untuk hambanya.. dan hanya Dialah yang tahu siapakah yang terbaik buat diriku.. begitu juga kalian..

Fikirlah dahulu sebelum bertindak.. jangan terburu-buru.. membuat keputusan… ini adalah soal kehidupan di dunia dan akhirat.. jangan sesekali mencuba.. kerana.. indahnya hanya seketika bukan untuk selamanya..

PEMILIK SEBENAR HATIKU ..ialah Allah yang Maha Berkuasa......

khar, upsi..1.11pg...200411

2 ulasan:

  1. salam imtihan buat sahabatku,
    moga itu yang terbaik buatmu..
    ingatlah pesanku ini,
    walau ku bukannya insan yang layak memberikan nasihat,
    namun tegakkan prinsip dirimu..
    teguhkan tiap apa yang kamu pertahankan,
    jika sampai masanya juga,
    prinsip + pegangan itu harus kamu pertahankan..
    bukan semasa berkawan namun semasa kamu juga bakal bergelar seorang zaujah..
    pesanku buat sahabatku tersayang,
    sungguh sukar kita mencari insan yang memahami prinsip diri,
    sangat payah kita mendalami hati insan yang tidak mengerti pegangan yang kita pertahankan..
    Kuatkan hati dan juga iman..
    pasti kamu temui yang layak dan sepadan buatmu..

    Seperti katamu padaku dulu:
    " semuanya telah dituliskan oleh ilahi..satu masa nanti kita akanb temuinya juga"..

    -- walau saya nie nakal2 sikit, namun saya harap awak faham apa yang prinsip + pegangan itu ya!...hihi...semoga kamu sentiasa bahagia selalu..sayang kamu sahabat...=) =)

    BalasPadam
  2. ish..prinsip itu..

    1) jangan keluar berdua dengannya selagi belum sah
    2) menjaga adab dan pergaulan semasa ke semasa
    3) pertahankan apa yang kamu pegang walaupun dia sudah menjadi tunang kamu..

    ( apa yang saya cerita kat awak tentang masalah saya itulah--- ish mesti lupa nie)..

    BalasPadam