Hati ini telah bersatu.. bersatu di perut bumimu.. Hati ini telah bersatu.. bersatu memikul beban dakwah Mu.. Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendokong syariatMu di alam maya..
Rabu, 28 Mac 2012
Bersyukur...
tersangkut-sangkut di setiap hembusan nafasku..
kenapa jarang sekali aku melafazkan rasa syukur..
kenapa jarang sekali aku menerima pemberian Allah ini seadanya..
perasaan ini...
juga Allah yang anugerahkan..
perasaan ini
juga Allah yang hadirkan..
aku perlu bersyukur..
kerana Allah masih memberikan aku kesempatan
untuk memiliki perasaan yang pelbagai ini..
aku perlu bersyukur..
kerana aku masih punya nikmat rasa...
rasa sedih..., rasa kecewa.. rasa rendah diri...
dan bermacam-macam lagi...
aku perlu bersyukur..
supaya aku tidak selalu memikirkan
perkara yang tidak sepatutnya..
aku perlu bersyukur..
walau apa jua yang aku rasa..
aku perlu belajar..
belajar menyimpan segala rasa
yang tidak sepatutnya diluahkan..
aku perlu belajar..
belajar menerima segala
yang berlaku seadanya..
aku juga perlu belajar..
belajar memendam segala perkara...
tapi aku juga khuatir..
sedang aku leka memendam...
sedang aku leka menyimpan..
sedang aku leka menerima..
aku takut aku gugur di tengah jalan..
Allah berikanlah aku kesempatan dan peluang..
untuk merasai nikmat kurniaan Mu Tuhan..
Sabtu, 24 Mac 2012
MATA LALAT vs MATA LEBAH...MANA SATUKAH KITA?

MATA LALAT vs MATA LEBAH...MANA SATUKAH KITA?
Di kalangan manusia ada 2 jenis m...ata , mata lalat dan mata lebah.
Mata lalat :
Cuba perhatikan jika lalat terbang di taman bunga yang indah , apakah yang ia perhatikan ?
Lalat walaupun di taman yang penuh dengan bunga2 & pohon yang cantik , ia tetap akan mencari makanan yang kotor.
Mata lebah :
Cuba perhatikan pula jika lebah terbang di kawasan pembuangan sampah , apa yang ia cari?
Ia tetap mencari bunga yang wangi untuk dijadikan makanannya.
Apa moral dari dua jenis keadaan ini ?
Apakah kita dari jenis mata lalat yang hanya mencari kelemahan orang lain ? Adakah kita mahu jadi seperti lalat, yang mencari makanan kotor , kemudian hinggap pula pada sajian manusia & kemudian membawa mudarat pada yang memakannya?
Atau kita dari jenis mata lebah yang sentiasa mencari kebaikan orang lain ? Adakah kita seperti lebah yang meghasilkan madu yang dapat menjadi ubat penawar pada penyakit manusia ?
Alangkah baiknya jadi seperti lebah , hanya mencari yang elok meskipun dalam keaadaan yang kurang elok.
Sentiasalah bersangka baik.Apabila bersangka baik , tutur kata , tindakan, segalanya akan menjadi baik.
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri....
Pesanan ini untuk diri saya juga.
Ahad, 18 Mac 2012
Aku Manusia Biasa...
Aku bukan manusia yang gila pada pangkat yang bukan aku punya,
Aku bukan manusia yang terlalu skema.
tapi
Aku adalah manusia yang suka pada penghormatan kepada manusia lainnya,
Aku adalah manusia yang simple dan mudah dibawa berbicara,
Aku adalah manusia yang tidak terlalu banyak kerenahnya.
namun,
Apa perasaan aku sebenarnya??
Terkilan??
Terasa??
Terpinggir??
Tidak Dipeduli??
Apa yang aku tahu...
Aku bukan mengejar nama,
pada semua yang aku lakukan,
sebaliknya aku mengejar pahala,
yang telah Allah janjikan.
Aku bukan mengejar pangkat
yang bukan aku punya,
sebaliknya aku cuba sedaya upaya,
melaksanakan amanah ini sebaiknya.
Aku bukan manusia yang terlalu skema
pada masalah yang kecil di depan mata,
sebaliknya akulah manusia ringkas
yang mudah dibawa berbicara.
Aku adalah manusia yang tidak banyak kerenehnya,
Datanglah kepadaku dan jelaskanlah semuanya,
supaya aku tidak terus berperasangka yang x sepatutnya...
Datanglah kepadaku dan sampaikanlah yang sebenarnya,
supaya hatiku jauh dari perasaan yang tidak diduga,
Datanglah kepadaku dan beritahu dengan cara yang sebaiknya,
supaya tidak ada pertelingkahan di antara kita..
Aku mendepakan tangan disusuli dengan senyuman..
mengharapkan Kau datang membawa jawapan..
bagi menghilangkan perasaan terkilan....
Aku duduk mengadap kiblat,
supaya Allah melapangkan hatiku,
dari bersangka buruk pada yang tidak sepatutnya,
Aku berdiri dengan penuh ketenangan,
menunggu Kau.. datang memberi kelegaan
pada perkara yang merunsingkan...
Aku berada disini sayang,,
Aku ada disini sayang
Aku ada disini sayang,,
bukan utk orang lain tapi untuk mu
SAYANG...
Biarpun dalam keadaan duduk mahupun berdiri,
Aku tetap menunggu Kau datang memberi jawapan..
supaya aku boleh meneruskan senyuman...
Jumaat, 17 Februari 2012

yang sentiasa bersangka baik pada manusia lainnya..
Akulah manusia - - - - - -
yang sering menganggap semua manusia itu baik budinya..
Akulah manusia - - - - - -
yang beranggapan mereka akn jujur bersahabt denganku..
tapi..
rupanya ada gunting dalam lipatan..
ada musuh dalam selimut...
sungguh aku tidak sangka tindakan itu
bukan untuk menyatukan tapi memisahkan...
akulah manusia yang selalu menganggap
semua manusia yang berkawan dengan aku tulus dan jujur
rupanya yang ada di mataku
hanyalah pura-pura dan dramatik belaka..
sungguh aku tidak sangka..
virus apakah yang disuntik
sehingga menyebabkan hidupku berubah arusnya..
sehingga aku hilang kepercayaan darinya...
sehingga aku tidak punya siapa...
teringin utk aku bertanya...
Apakah selama ini gelak dan tawa hanya sekadar utk berpura??
sungguh aku tidak sangka
rupanya dia di depan mata...
sekali lagi aku hilang percaya..
arrggggghhhhh!!!!
aku ini mudah percaya kah??
sekali lagi ruang dan peluang yang ku hampar luas..
ku tarik sedikit demi sedikit..
supaya tidak ada lagi kesempatan
yang diambil atas kebahagian orang lain...
perlahan-lahan aku berundur...
sungguh aku tidak layak..
kerna aku manusia hina...
yang tidak punya apa.....
aku sedar yang semua orang punya hak..
tapi aku juga punya hak...
kenapa hak aku tidak terbela...
sebaliknya prasangka yang bebas ditabur merata-rata...
selalu aku ingtkan bukan hanya pada diriku..
malah pada manusia yang ada disekelilingku...
" KALAU SALAH CAKAP SALAH"
" KALAU X SUKA CAKAP X SUKA"
kerna aku tidak boleh menerima...
sikap manusia yang berpura...
janganlah sampai menipu pada diri sendiri
kerna itu akan mengundang DOSA!!..
perlukah utk aku lontarkan bahawa
"Aku ikhlas dalam persahabtan yang aku bina"
bukan utk berpura..
tapi utk saling percaya...
sungguh aku tidak menduga...
semua yang lahir dibibirku
akn menjadi nanah pada manusia lainnya...
kerna aku selalu berfikir bahawa
segalanya adalah yang terbaik yang telah aku putuskan utk mereka...
CUKUP!!!
aku tidak suka pada manusia yang berpura...
aku tidak suka pada manusia yang bersembunyi di sebalik tawa...
aku tidak suka pada manusia yang tersenyum kerana terpaksa....
kerana di mataku..
semuanya jujur bershabt denganku..
aku sedar yang aku kini sudah tidak punya siapa..
aku sedar yang aku kini manusia yang menumpang kasih...
tapi jujurnya aku perlukan mereka...
dan aku berharap.. bahawa biarlah persahabatan yang dibina...
berlandaskan hati yang terbuka...
aku suka bersikap jujur..
dan aku juga mengharapkan mereka jujur denganku.....
Ahad, 12 Februari 2012
indahnya Hidup jika Semuanya Kerana Allah
pagi yang cerah ditemani dengan
cahaya mentari pagi..
ohh.. hari ni sudah cukup umurku..
aku sudah 23 tahun.. alhamdulillah..
terasa diri ini perlu bermuhasabah..
melihat kembali dosa-dosa semalam..
supaya tidak berlaku lagi kesalahan
pada hari yang mendatang..
tiupan angin pagi membuatkan tubuhku sedikit kedinginan..
" hmm sejuknya." terdengar kata suara hatiku..
sudah lama rasanya aku tidak memandu seawal pagi seperti hari ini..
matlamat hari ini sempat ku catit dalam mindaku semalam...
"TAFSIR SURAH AL HUJURAT"..
ku buka kalam suci Al-Quran dihadapan bukit bukau..
di bawah payungan langit Tuhan yang kebiruan..
di temani dengan tumbuhan hijau di kiri dan kanan..
di samping sahabat-sahabat seperjuangan..
terlihat Kekuasaan Allah dan Kehebatannya...
MasyaAllah....
Ku syukuri nikmat Mu Tuhan...
WAJIB KE TAK WAJIB USRAH..
“ Usrah itu wajib dan tak wajib”. Jawab ana dengan tenang dan yakin. “maafkan saya, macam mana pula tu?” Soal pula peserta muslimat yang lain. Ana sudah duga persoalan itu akan keluar. Mulut mengukir senyum. Bagus, stratergi untuk memancing minat mereka bertanya dah mengena.
Begini, usrah itu wajib kepada orang yang menjadi ahli da’wah dan tidak wajib kepada yang bukan ahli da’wah.” Permulaan jawapan yang sengaja dibiarkan berselirat. Ya. Umpan mengena lagi, kali ini dari adik muslimin. “Erm.. macam mana tu abang hakim, bukan ke setiap orang yang mengatakan lailaha illa allah itu seorang daie”. Jelas kelihatan dan keserabutan di muka setiap peserta.
Slot tengahari memang sukar untuk dipenuhi. Mata mudah mengantuk. Badan cepat letih. Sebab itu ana mengambil pendekatan provokasi dalam menyempurnakan slot ketika cinta bertasbih tengahari ini. Slot yang menjemput naqib yang pernah mengendalikan smart group dengan jayanya satu ketika dahulu. Entah kenapa, komiti gatal menjemput ana dan ana pula terlepas cakap memberi persetujuan. Sedangkan, ana bukanlah yang terbaik. Namun, kerana Allah demi Islam, ana galas juga amanah ini.
Ana menjawab, “Sebenarnya, kewajiban menyertai usrah ini jatuh kepada ahli da’wah iaitu orang yang telah berintima’ @ menyertai jemaah islam secara langsung. Sebagai analogi, hanya orang yang mendaftar di university sahaja yang wajib masuk ke lecture. Masyarakat yang tidak mendaftar di universiti tidak wajib untuk masuk ke lecture walaupun umur mereka sebaya.”
Justeru, dengan persetujuan menyertai jemaah islam bererti kita telah bersetuju menurut segala perancangan yang disusun oleh jemaah. Perkara pokok sebuah jemaah ialah tarbiyyahnya dan tunjang tarbiyyah ialah usrah.
Menyertai usrah adalah wajib kepada ahli jemaah kerana disitu tempat percambahan fikrah jemaah berlaku. “Abang Hakim, maknanya usrah tue tempat kita menuntut ilmu ye?” seorang peserta mengajukan soalan. Ana tersenyum. Bagus, mereka semua bersemangat dan tidak tidur.
“Usrah bukanlah tempat menuntut ilmu!” Beberapa orang peserta kelihatan tercengang dan terkebil-kebil mata. Ana menyambung lagi, “Usrah juga bukanlah tempat untuk berukhuwwah” Kelihatan kerut di beberapa muka peserta. Sengaja ana biarkan mereka terus berfikir.
Sebenarnya usrah adalah tempat untuk kita berbincang, bukan untuk menadah kitab. Usrah bukanlah tempat untuk berukhuwwah, tapi tempat untuk membina ukhuwwah. Outcome dari usrah barulah kita katakan mendapat ilmu dan ukhuwwah.
Sebagai analogi, di kilang kereta, orang tak naik kereta. Di situ tempat buat kereta. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses ‘tarbiyah’ itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai…. Bersiap sedialah dengan komen dan kutukan pengguna.
Begitulah dengan usrah, segala proses pembentukan itu berlaku dalam usrah. Dari seorang yang tidak dikenali kepada orang yang terkenal. Hasilnya hanya dapat dilihat di luar usrah. Sebab itu dahulu pernah dipopularkan satu istilah, “Usrah yang sebenar bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al fatihah.”
Muka peserta sudah mula cerah. Awan redup keliru mula berarak pergi. Kini perlu menghuraikan jawapan tidak wajib usrah pula. Peserta semakin tekun dan fokus. Perasaan ingin tahu mereka dicabar. Bagaimana satu soalan boleh ada dua jawapan yang bertentangan?
Tidak wajib menyertai usrah kerana dia bukan ahli da’wah. Menurut al Fadhil Ustaz Fathi Yakan, mad’u boleh diklasifikasikan kepada 2 golongan. Golongan istifadiah dan golongan jamhariah.
Golongan istifadiah ialah golongan ekslusif. Mereka sudah ada kesedaran islam. Bahkan mereka sudah mula dan mahu menyebarkan islam. Bagi golongan ini, mereka wajib berusrah kerana mereka merupakan golongan yang sudah berintima dengan jemaah. Mereka inilah yang kita gelarkan sebagai ahli da’wah.
Golongan jamhariah ialah golongan orang awam. Mereka baru nak berjinak-jinak dengan Islam. Kalau di UTP, mereka ialah adik-adik smart group. Mereka belum lagi menjadi ahli da’wah. Pendekatan kena berbeza dengan orang yang berlatar belakang pendidikan Islam. Kena banyakkan program sampingan seperti ziarah, riadah, makan bersama, rehlah dan apa sahaja yang boleh menarik minat.
Rumusan sudah dibuat. Peserta mengangguk-angguk tanda faham. Selepas habis slot tengahari itu, ana pasang satu video klip gambar usrah yang ana kendalikan. Ada yang kehairanan. Tiada pun ‘sut usrah’ yang kami pakai ketika usrah?
Ya, memang tiada set jubah dan serban dalam usrah kami. Wahai adikku sayang, tiada siapa kata usrah hanya boleh dijalankan di masjid semata bukan? Ingatlah , usrah bukanlah tempat untuk menuntut ilmu, tapi tempat untuk membina kefahaman. Selamat berusrah adik-adikku. (^^)/"
Berkongsi
Aku suka bercerita..
Aku suka meluahkan...
entah kenapa.. hari demi hari..
aku rasakan simpati pada insan yang sering ku jadikan tempat luahan...
aku rasakan yang diriku ini semakin menyusahkan...
zalikha kenapa dengan awak ni???
entah kenapa aku rasakan yang aku sudah tidak berkepentingan...
aku semakin dilupakan kah??
Aku ini menyusahkan kah??
aku ini terlalu menyayangi kah???
aku akui bila mana rasa sayang itu semkin subur dalam hatiku..
semakin sukar utk aku melepaskan...
tapi kenapa dengan aku ni??
apa masalah aku sebenarnya ni??
hari ini..
terasa diri aku kesepian..
mengenangkan dosa-dosa semalam...
dalam kegelapan aku maraba-raba mencatit segalanya...
dalam celahan cahaya aku menatap wajahku sendiri..
apa yang akan jadi dengan diriku ini...
apa yang akan terjadi pada masa hadapan kelak..
aku ni siapa sebernarnya...
bnyak aku berfikir hari ini..
hinggkan tiada setitis air yang membasahi lidahku hari ini...
hinggakan tiada sebutir nasi yang singgah di mulutku hari ini..
tiba-tiba kurasakan bagaikan orang yang berpuasa..
kenapa ye??
apa yang sehaarusnya aku lakukan..
kenapa dengan aku nie...
Allah aku tidak dapat menemui jawapan...
semalam aku membaca buku ..
penuh semangat dan jiwaku terasa berkobar-kobar..
tapi hari ni..
semunya bagaikan hembusan angin semalam..
kenapa ye..
mungkin aku x cukup motivasi lagi ni..
x pon.. aku kian alpa dengan bayang-bayang...
tapi bayang-bayang apa yang aku fikirkan..
x de pulak rasanya..
Allah semakin berat...
berikanlah aku kekuatan...
berikanlah aku semangat..
aku takut aku tidak sempat meneruskan...
aku takut aku tidak sempat menghabiskan...
sisa-sisa yang telah aku mulakan...
zalikha... teruskan semangat..
jangan terus begini...
beljar menerima semuanya yang ada disisi..
hmm ...
baru ku sedar yang tiada apa yang perlu ku kenangkan ...
segalanya hanya tinggal kenangan..
yang ku bayangkan hanya angan-angan...
Allah...
Rabu, 1 Februari 2012
Solat Subuh!! Solat Subuh!!
Oleh Ust Zuridan Al-Teminie
Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid. Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman namun kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendokong perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh di Masjid.
Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam samada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan, makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW di awal pagi. Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja di awal pagi dengan perasaan yang segar dan sihat. Oleh kerana itulah kehidupan generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat dan bertenaga di siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah ummat ku diwaktu paginya”. Hadis riwayat Ahmad
Bagi membantu sahabat-sahabat untuk bangun awal diwaktu pagi supaya dapat bertahajjud, solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan solat subuh berjamaah di Masjid, di sini dinukilkan beberapa kaedah yang sedikit-sebanyak dapat membantu.
Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:
1) Tidur awal:
Menjadi kebiasan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim. Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaiakan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh”.
Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.
2) Memelihara adab tidur:
Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng. Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentias dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal.
Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat.
3) Memenuhkan dada dengan Iman dan ‘amal soleh:
Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.
4) Menjauhi perbuatan maksiat:
Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah. Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.
5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid
Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secra berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis riwayat Imam Muslim.
Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ
Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.
Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.
Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam.
6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh.
Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.
Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.
Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.
Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:
((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا))
Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.
Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu tersebut. Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka.
Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal.
7) Menjauhi sifat-sifat munafiq.
Kehadiran diri ke Masjid di waktu subuh adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda:
((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))
Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim.
Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.
Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.
Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya. Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.
Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.
http://zuridanmdaud.blogspot.com
Ahad, 29 Januari 2012
Untuk Awak..
saya baru nak kenal awak..
saya baru nak rapat dengan awak..
saya baru nak tahu hati budi awak...
tapi hari ni saya dah sakitkan hati awak..
saya tahu perit utk awak terima..
saya tahu sakit utk awak menelannya..
lepas awak cakap begitu..
baru hati saya tersedar..
yang saya sudah melampau dengan awak...
awak..
awak baik..baik sangat..
awak terlalu baik...
awak baik sangat....
saya salah awak...
lidah saya ni awak...
lancar bertutur dengan ayat2
yang awak x selesa nak dengar..
mulut saya ni awak..
selalu bercakap sebelum otak saya
sempat memproses.. tentang baik buruknya..
awak hakikatnya kali ini
saya dah terlepas menyakiti hati awak...
saya tahu...
saya dah x leh pusing semula masa tu awak...
yang dah berlaku saya x leh padam lagi dah...
saya tahu dalam diam awak terluka
saya tahu dalam senyum awak derita..
saya tahu.. even awak x pernah mengatakannya
saya sedar awak...
saya belum cukup rapat utk kenal awak sepenuhnya..
saya belum cukup mesra untuk mengetahui rahsia dalam hati awak...
tapi saya nak bagi tahu awak..
yang saya bersedia menjadi pendengar utk awak..
saya rela sekiranya ...
awak ingin luahkan yang awak kecewa dengan sikap saya..
saya tahu saya bukan idola yang terbaik utk awak...
saya tahu semua tu..
sebab saya selalu sangat terlupa tentang sikap buruk yang ada pada saya...
sikap buruk ini jugalah yang menyebabkan awak terasa kan...
awak..
saya minta maaf awak..
saya x dak niat utk semua itu awak..
masa tu saya hanya fikir...ini yang terbaik utk awak...
mungkin cara saya salah awak..
saya minta maaf..
awak..." saya minta maaf.... awak... jangan pergi jauh dari saya"
harapnya awak terbaca...
Kadang-Kadang
kadang-kadang kita lupa yang manusia mudah disakiti..
kadang-kadang kita lupa yang luka manusia sukar diubati..
kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan
kita suka menyakiti..
kita suka menindasi..
kita alpa dengan perkara yang hakiki..
kita alpa dengan percaturan yang Allah beri..
dan disebabkan kadang-kadang jugalah
kita selalu melakukan perkara yang sama..
walaupun kita sudah sedari akan kepahitannya..
kita selalu melakukan kesilapan yang sama..
walaupun ketika kita melafazkan bicara
kita sedar yang kita sedang menyakiti...
kita masih terus dengan kesalahan yang sama..
walaupun ketika kita bertindak kita
tahu akan ada hati-hati yang terluka..
kita masih mengulang yang sama..
walaupun kita tahu ia boleh menjarakkan
hubungan yang sedang terbina...
kadang-kadang kita rasa kita berada di tempat yang sebetulnya..
kadang-kadang kita rasa yang kita sudah cuba yang terbaik utk semuanya..
kadang-kadang kita rasa yang kita lebih tahu segalanya...
kerana kadang-kadang inilah yang menyebabkan..
kita menutup peluang utk orang lain berbicara..
kita menyekat telinga kita untuk mendengar penjelasan yang sebenarnya..
kita menghalang minda kita utk berfikir perkara yang baik tentangnya..
dan kerana kadang-kadang ini jugalah...
kita akan mula kehilangan sahabt kita perlahan-lahan..
kita akan mula terasa dengan perkara yang x sepatutnya..
kita akan mula melihat yang kita semakin jauh dengan orang y kita cinta..
kerana banyak sangat kadang-kadang...
kita lupa yang tidak semua orang boleh menerima penjelasan
sekiranya perkara yang dikatakan kadang-kadang tetapi berulang-ulang...
"Surah Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”.
buanglah sikap kadang-kadang..
fikirlah perasaan orang..
lihatlah dulu keburukan yang ada dalam diri kita..
lagi berkata tentang orang..
keburukan sendiri akan terbuka jua akhirnya...
"maafkan saya "